October 21, 2009

Bakal guru pegang janji Menteri Pelajaran 13 000 guru tambahan

Tanjong Malim, 21 Okt.- Bakal graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mampu menarik nafas lega dengan pengumuman keperluan 13 000 guru tambahan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pelajaran dalam sidang Dewan Rakyat semalam.

Muhyiddin mengeluarkan kenyataan tersebut dalam jawapannya kepada soalan Mohd Noor Othman (Hulu Terengganu) berkenaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang akan diganti dengan dasar baru, memartabatkan Bahasa Melayu dan memperkukuhkan Bahasa Inggeris(MBMMBI) mulai 2011.

Mengulas berkenaan kenyataan tersebut, Exco Akademik & Kerjaya Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Nur Aqilah Hanis (gambar) berkata, kenyataan itu adalah positif untuk bakal guru dan sudah pasti janji tersebut dipegang apatah lagi apabila timbul isu penempatan akan dilewatkan baru-baru ini.

“Bakal guru sudah pasti positif dengan pengumuman tersebut dan kita akan berpegang kepada janji tersebut’, ulasnya.

Jelasnya lagi,”perkara tersebut akan menjadi satu lagi bukti bahawa guru memang diperlukan cuma apa yang menjadi persoalan sekarang adalah, kenyataan yang dikeluarkan adalah berhubung dengan isu MBMMBI yang menjurus kepada bekalan guru Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris, bagaimana pula dengan guru-guru subjek lain. Jadi kita kena lihat juga keperluan guru-guru opsyen lain.”

Beliau sebelum ini mendedahkan kenyataan bekas Menteri Pelajaran, Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein yang mengatakan sebanyak 26 000 kekosongan jawatan perguruan akan diisi sebagai maklum balas terhadap isu kemungkinan berlaku kelewatan penempatan.

29 comments:

Anonymous said...

itu usaha yang dibuat oleh kerajaan UMNO/BN yang Pro-Kebajikan benci sangat tu la..

undersky said...

menteri lepas pun dah janji nak hapuskan kpli

Anonymous said...

X PAYAH HAPUSKAN KPLI@DPLI, IDEA NAK HAPUSKAN PROGRAM NI DARIPADA ORANG YANG X PERPANDANGAN JAUH... PENDEK AKAL...

Anonymous said...

geng menteri gebang mcm tu la...bom ja lebih..

Tidak Bernama Berkata said...

Tapi harus diingatkan, yang 13 000 tu untuk pendidikan Bahasa Inggeris jer.. Yang lain2 jurusan macamner plak saudari Aqilah.. Jangan pandai publish muka kat upsikini tp berbangga dengan usaha orang lain..

Anonymous said...

Sama-sama kita berdoa yang terbaik. Aqilah, thanks atas usaha anda.

Anonymous said...

KPLI@DPLI MANSUH JE LAH... KORG TU YG PENDEK AKAL... DULU XPANJANG AKAL PIKIRAN.. ALIH2 IJAZAH XLAKU...

Anonymous said...

kpd bernama...kamu lah bg gamabar kt upsikini...mungkin usaha kamu akn dinilai..jgn suka duk menagata org jer...kira aqilah tu lbh baik dari kamu la..atleast ada juga usaha dia drpd kamu yg suka hentam org jer...bawak bertaubat jer la...

Anonymous said...

alahai mpp upsi sorang ni, xpaham2 situasi semasa, kalau la bn yang janji jangan diharap akan tunaikan la, melainkan ada kepentingan tertentu.

Syahir Mohamad said...

Salam..

Rasa 13000 tu tak semua utk pendidikan BI.. kalau tak silaplah.. Dalam akhbar ada kata 1000 utk pendidik BI. Entahlah. Kadang2 media pun tak jeles @ saya yg silap. Lagipun MBMMBI kat gabungan 2 subjek iaitu BM dan BI so kedua2nya amat penting. Tapi semua tu kata2 org politik, susah nak caya. Tapi buat sementara waktu ni amat melegakan. Apa2 pun kita semua perlu menyiapkan diri dengan perbagai kemahiran.. heheh..
Wassalam

Anonymous said...

Dasar baru ini memerlukan kita menyediakan 13,000 guru termasuk sekurang-kurangnya 1,000 guru Bahasa Inggeris baru yang mahir," katanya.

itu petikan daripada utusan malaysia jadi maksud dia daripada 13000 tu 1000 daripadanya adalah guru bahasa inggeris dan yang lain may be sains dan matematik...
sekadar berkongsi

asparagus said...

aqilah suka menangguk di air yg keroh...

suharisah said...

Home Tuition sape nak join ?? sekurangnya ada keje nak buat dari tunggu posting yang entah bila.

undersky said...

apakah hujah kamu mengatakan idea tersebut pendek akal

bersyukurlah said...

memetik kepada kenyataan di atas, dapat sy simpulkan bahawa tidak bernama berkata kurang membaca,pendek kata pemalas..klulah saudara/saudari tidak bernama membaca dengan teliti sudah pasti golongan 13000 tu bukan hanya untuk pendidikan bahasa inggeris..usaha yang dilakukan oleh pihak blogger sgt dihargai..walaupun sy sudah mengajar tetapi sy sering mengikuti perkembangan di UPSI..

Anonymous said...

KPLI dan DPLI diwujudkan sebab kekurangan guru, guru kurang sebab budak ISMP UPSI ramai yang tak dapat posting sbb gagal INSAK dan temuduga.. ni bemakna golongan ni tak berkualiti dan tak layak nak jadi cikgu...

layak jadi orang yang BONGKAK! RIAK! TAKBUR!

Diernie said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

kpli dan dpli mmg dah diberhentikan la.. bile terdesak je buka balik.. apa la budak2 upsi ni.. nmpak sgt desperate dan menyalahkan orang lain.. pentingkan diri sendiri sampai nak tutup rezeki orang lain...

undersky said...

hujah dari mereka yang "berkualiti" macam tu ye..apa2pun sama2 kita memartabatkan guru dimalaysia kita

Anonymous said...

ntah la ismp ni.....
nak ckp tu skit.....
mcm x tau perkembangan....bye....

Anonymous said...

kepada pelajar ISMP anda sebenarnye buka pekong sendiri dalam blog ni, skarang ni dah kecoh korang ni belagak, cam dah bagus, suke salahkan orang lain, suke cari gaduh dah yang sewaktu dengannye. ISMP universiti lain xde cam korang... sebab baru2 masuk UPSI korang dah tanam prasaan riak, takbur, tinggi diri dapat masuk UPSI yang kononnye akan jadikan korang cikgu lah konon.. korang tengok la dunia luar.. dah tak wujud plajar u yg macam korang ni... x tau malu ke?

Anonymous said...

13 000 guru diperlukan..hm...nampak macam ramai guru diperlukan....tapi ada tak terlintas difikiran kita 13 000 datangnya dari mana?
kita lihat kpm mempunyai anak sendiri IPG dan anak susuan DPLI n KPLI...anak angkat?IPTA...
saban tahun IPG mengeluarkan produk mereka sendiri...berapa banyak IPG di Malaysia?cuba kira..andaikan ada 13 IPG(kiraan kasar mengikut 1 negeri 1 IPG)
1 IPG mengeluarkan 500(andaian) kalau 13 IPG? ada 7500 produk..dicampur pula anak susuan boleh mencecah 10000 produk khas dari IPG...anak angkat?(IPT) hanya tinggal 3 000 ruang untuk mereka(UPSI,UPM,UKM,UTM, dan beberapa IPT lain)..adakah 13 000 yang dinyatakan Muhyidin berbaloi?? pelajar yang sedia maklum menuntut ilmu perguruan selama 4 tahun boleh diketepikan dengan mudah...pelajar yang hanya 1 tahun menuntut ilmu perguruan boleh diserapkan ke sekolah dengan begitu mudah...berbaloi?kesilapan yang besar apabila KPM dan KPT dibahagi kepada 2 kementerian..masing2 mahu menunjuk kuasa masing2...mangsanya pelajar jurusan pendidikan...belajar dibawah KPT..bekerja dibawah KPM yang telah sedia maklum mempunyai anak kandung...kesilapan memilih hishamudin sebagai menteri pelajaran dan kesilapan terus berlaku apabila muhyidin mengalas portfolio yang sama...sejarah Malaysia berlaku apabila TPM Malaysia yang pertama memegang portfolio menteri pelajaran...PPSMI dimansuhkan MBMMBI diwujudkan...krisis yang sama akan timbul sama seperti PPSMI..penempatan guru sekali lagi akan menjadi isu...pelajar diwar2kan untuk buka minda..masuk UPSI bukan diwajibkan menjadi guru...satu kenyataan yang tidak dapat diterima akal..mengapa?? kita lihat kurikulum UPSI sendiri..adakah jurusan yang diterima mendidik pelajarnya untuk menempuh alam pekerjaan luar bidang pendidikan?? pensyarah akan memarahi kita "macamni ke nak jadi cikgu?" ayat biasa yang kita boleh dengar...bidang pengajian kita terang2 mengajar pelajarnya untuk menjadi pendidik..pedagogi..sosiologi..dan subjek2 pendidikan boleh dijadikan subjek pilihan...kurikulum seharusnya dirombak untuk mempersiapkan pelajarnya menempuh alam pekerjaan yang lain..bukan pendidikan....tetapi tidak..kenapa? kerana UPSI bukannya IPT penyelidikan..teknologi atau sebagainya...tetapi gah dengan Universiti PENDIDIKAN Sultan Idris...banyak kursus yang ditawarkan UPSI tidak relevan dengan keperluan guru disekolah..mahupun keperluan pasaran pekerjaan luar...unjuran bilangan guru yang diperlukan diberikan oleh pihak KPT tidak sama dengan pengambilan pelajar pendidikan...hasilnya timbul isu lambakan guru..tiada penempatan...dan pelbagai lagi isu pendidikan...sekian bicara

1 IPG mengeluarkan 500(andaian) kalau 13 IPG? ada 7500 produk..dicampur pula anak susuan boleh mencecah 10000 produk khas dari IPG...anak angkat?(IPT) hanya tinggal 3 000 ruang untuk mereka(UPSI,UPM,UKM,UTM, dan beberapa IPT lain)..adakah 13 000 yang dinyatakan Muhyidin berbaloi?? pelajar yang sedia maklum menuntut ilmu perguruan selama 4 tahun boleh diketepikan dengan mudah...pelajar yang hanya 1 tahun menuntut ilmu perguruan boleh diserapkan ke sekolah dengan begitu mudah...berbaloi?kesilapan yang besar apabila KPM dan KPT dibahagi kepada 2 kementerian..masing2 mahu menunjuk kuasa masing2...mangsanya pelajar jurusan pendidikan...belajar dibawah KPT..bekerja dibawah KPM yang telah sedia maklum mempunyai anak kandung...kesilapan memilih hishamudin sebagai menteri pelajaran dan kesilapan terus berlaku apabila muhyidin mengalas portfolio yang sama...sejarah Malaysia berlaku apabila TPM Malaysia yang pertama memegang portfolio menteri pelajaran...PPSMI dimansuhkan MBMMBI diwujudkan...krisis yang sama akan timbul sama seperti PPSMI..penempatan guru sekali lagi akan menjadi isu...pelajar diwar2kan untuk buka minda..masuk UPSI bukan diwajibkan menjadi guru...satu kenyataan yang tidak dapat diterima akal..mengapa?? kita lihat kurikulum UPSI sendiri..adakah jurusan yang diterima mendidik pelajarnya untuk menempuh alam pekerjaan luar bidang pendidikan?? pensyarah akan memarahi kita "macamni ke nak jadi cikgu?" ayat biasa yang kita boleh dengar..._____________

kat atas ni satu lagi hasil terjemahan idea yang kolot dan punyai fikiran yang tak berkembang. suke sangat salahkan orang lain kan? nampak tak kesalahan diri sendiri? salahkan kementerian pelajaran ngan kementerian pengajian tinggi berpecah, salahkan kerajaan pilih menteri yang pegang port folio kementerian pendidikan, macam2 yang disalahkan, salah sendiri????

bila kementerian pendidikan pecah jadi 2 iaitu jadi KPM ngan KPT, ini adelah disebabkan kerajaan nak ringankan beban kementerian pelajran, sekolah makin banyak, murid makin ramai, IPTA/IPTS tumbuh cam cendawan lapas ujan.sbb tu dipecahkan jadi 2 kementerian.kerajaan nak capai negara maju taun 2020 mesti punyai ramai golongan yang ade Phd, sbb tu IPTA/IPTS makin banyak.

najib lantik muhyidin yasin jadi timbalan pdana mntri merangkap menteri pelajaran tunjukkan kerajaan amat mementingkan bidang pendidikan kat negara ni. bidang pendidikan amat dipandang serius. tak tefikir ke?

bukak la skit minda tu...

pelajar universiti selain UPSI yang dah tamat pengajian bukannye ramai yang dapat keja ngan bidang masing2, ade je yang kje jauh lari dari bidang masing2, xde masalah pon? ade yang betani, beniage, keje jadi kuli pon ade asalkan dapat duit halal. ni baru suruh cari alternatif lain selain pendidikan salahkan orang lain wujudkan silibus kurikulum 100% bidang penididikan.

bagi anony yg tulis kat atas ni seolah2 masalh besar negara skarang ni isu kekurangan guru, bukak la minda tu woi! kerajaan banyak lagi benda nak disetelkan, bukan masalah ko sorang je....

ko ni golongan yang x besyukur, asik nak merungut je, tu la idup dah slalu sangat dibantu.. suruh bedikari skit mula la menggelabah... salahkan orang tu la... salahkan orang ni la... hampeh la ko ni...

Cikgu maktab said...

untuk makluman semua, IPGM seluruh negara ade 24 buah.....aku bukan KPLI, tapi student kluaran IPGM 1st bacth yang spatutnye posting januari 2010, tapi akan di postingkan disember 2009,klau setiap IPGM mengeluarkan lbih kurang 350 student utk dipostingkan bulan 12 ni termasuk kpli, cuba kira dah berapa?? bukan ke dah 8400, cuma ade lbih kurang 4000 lbih utk diisi oleh graduan pendidikan IPTA...cukup ke yang kosong tu utk diisi oleh graduan pendidikan, untuk pengetahuan korang jugak, ura2 yang kata posting di bekukan tu memang betul, orang2 kuat kt BPG tu da pening kepala sbb kena bekukan posting, ni info direct dari pensyarah2 IPGM yang terlibat ngan mesyuarat tersebut, klau x percaya lagi,cuba perhati kenapa kami kena posting 1hb 12?? coordinator IPGM kami bagitahu, nama kena msukkan dalam tahun ni jugak, tuk elak x leh posting, satu lagi, kenapa KPLI ambilan thn depan x diiklanlan, sebaliknya amik calon simpanan ambilan khas kpli sr jun 2009 sahaja, bila amik calon simpanan, pengambilan hanya sedikit sahaja, lebih kurang 50 student je satu maktab..pikir2 kan la ye wahai bakal2 guru sekalian...

- IPGM kampus teknik, kuala lumpur

Anonymous said...

dapat duit la masa jual borang bai

Anonymous said...

Grad+menggangur.....mmm apa ye aku nak buat...try mintak kpli la bleh gak jd cikgu..blajar tak lama..elaun pun dapat..huhu...bdk edu yang blajar 4 taun pun xblehj challenge..nak masuk upsi kena pointer tinggi..nasib baik ada kpli