October 14, 2009

Aktiviti Kokurikulum berlangsung seperti biasa pada hari Deepavali

Tanjong Malim, 14 Okt – Semua perjumpaan dan aktiviti kokurikulum berkredit bagi pelajar-pelajar Ijazah Sarjana Muda akan berjalan seperti biasa pada 17 Oktober ini meskipun pada tarikh tersebut merupakan sambutan hari Deepavali.

Pengumuman tersebut dikeluarkan Pusat Kokurikulum UPSI dalam MyUPSI Portal kira-kira jam 11.05 minit pagi tadi.

Bagi pelajar kaum India yang menganuti agama Hindu, pelepasan akan diberikan kepada mereka pada tarikh tersebut dan mereka dikehendaki mengisi borang pengecualian mengikuti perjumpaan atau aktiviti kokurikulum di Pejabat Am Pusat Kokurikulum, UPSI.

8 comments:

Anonymous said...

kesian kat kwn2 kita, xkan masa raya xnak sambut. prihatin la sikit kat kwn kita beragama hindu. kan 1 malaysia

sayangupsi said...

betul3

Anonymous said...

apela pihak pengurusan upsi.. ska ati tok nenek die jer..

x pnh fikir psl isu sensiviti kaum india y bragama hindu..wlpn minoriti mereka berhak mndapt lynan y sama.. patut la diorg tubuh HINDRAF


idup 1 malaysia

idup pendemokrasian pendidikan

Anonymous said...

lor...kwn2 kite yg agama hindu mmg upsi bagi pelepasan kn n dikecualikan dr hadir ko-k pd deepavali. ape yg nk bising upsi tak jaga sensitiviti plak...baca pengumuman tu btul2 sblm nk bg komen!!

Anonymous said...

nape sampai ada diskriminasi mcm tu, kan pelik bagi pelepasan. ingat org india ni org sakai ke. Saya xsetuju la mcm ni, biar la dia rasa kita hormat pada dia. jangan la doudle standrd plak. yelah bagi pelepasana. tapi seolah-olah perayaan mereka tu xpenting sangat............ harap hormat menghormati.

Anonymous said...

ore lain yg bkn beragama hindu pn nk sambut gk deepavali..kwn2 sy rmai gk org hindu,,upsi nie mmg x smbt seruan PM, najib kta kn 1 malaysia...

upsi kejam!!

Anonymous said...

smua kelas pada hari tersebut dah dibatalkanlah.......................................

Anonymous said...

"Aktiviti Kokurikulum berlangsung seperti biasa pada hari Deepavali"

Kejiiii!!!