October 16, 2009

Gangguan bekalan elektrik di UPSI

Pihak Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Harta Benda (JPPHB) UPSI memaklumkan bekalan elektrik akan diputuskan buat sementara waktu di Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, UPSI bagi menjalankan kerja-kerja pemasangan kabel bawah tanah dan penyambungan bekalan elektirk di Bangunan E-Learning. Gangguan bekalan elektrik akan berlaku bermula pada jam 10.00 pagi 17 Oktober 2009 (Sabtu) sehingga 7.00 malam 18 Oktober 2009 (Ahad).

Antara lokasi yang terlibat adalah di kawasan yang menggunakan Pencawang Elektrik No. 1, 5 dan 7 iaitu :
  • Perpustakaan Tuanku Bainun
  • Auditorium
  • Bangunan Palapes dan Suksis
  • Galeri Seni
  • Bangunan Yusof Ahmad
  • Tangki Air
  • Blok A (JHEPA)
  • Blok B (Fakulti Bahasa)
  • Bangunan Suluh Budiman
  • Bangunan Pusat ICT
  • Tadahan Utara
  • Blok C dan D
  • Lampu Padang UPSI
Pihak JPPHB turut memohon agar semua pihak mengambil langkah awal keselamatan dengan menutup semua suis dan soket serta peralatan-peralatan elektrik sepanjang tempoh gangguan tersebut.

5 comments:

Anonymous said...

ala...mcm mn nk stdy ni...hehehhe...tlglah wahai saudara Zulhilmi...akmal...n d geng huhu

Anonymous said...

baru ganguan sikit da nak panik..guna la lilin..tak kan tak biasa.

Anonymous said...

kalo area dewan kuliah ade ganguan x/???

Anonymous said...

boleh la upsi jimat sikit.

Anonymous said...

mr teller ni org utara ka, selalu je cuti xda update. Pastu mybe hang ni dah sem 5 ke atas.