October 2, 2009

Etika pemakaian kasut pelajar perempuan dilonggar

Tanjong Malim, 2 Oktober – Isu pemakaian kasut yang menjadi pertikaian ramai pelajar perempun sebelum ini mendapat reaksi positif daripada Bahagian Perundangan Pelajar Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (JHEPA) UPSI.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan dalam MyUPSI Portal semalam, Bahagian Perundangan Pelajar JHEPA bersetuju untuk memberi kelonggaran terhadap peraturan pemakaian kasut bagi pelajar perempuan yang digunapakai sebelum ini.

Keputusan tersebut dibuat berdasarkan maklum balas dan cadangan yang diberikan oleh pelajar berhubung perkara tersebut sebelum ini.

Dalam pada itu, BPP JHEPA turut memaparkan beberapa gambar contoh kasut yang dibenarkan menurut kelonggaran peraturan yang dibuat.

Walau bagaimanapun peraturan pemakaian kasut seperti yang digariskan hanya berkuatkuasa selewat-lewatnya mulai semester 2 sesi 2009/10.


9 comments:

Anonymous said...

dah tu mcm mane dgn saman yang kami kena? jawab jgn xjawab.

Anonymous said...

ala pakai la apapun. asal tutup aurat dan tidak menjolok mata sudah. Pak guard pulak satu hal. Kami ni nak gak kebebasan untuk pakai apa yng selesa. Dah hampir 20 tahun kami pakai seragam sekolah. Please................

Anonymous said...

Skema btol. baek suh pakai kasut sukan semua kalau nak tutup semua. takpun kasot phua chu kang

Anonymous said...

melecet kaki guna kasut tutup... dah la kena jalan jauh g....kaki pun berdarah...tapi kena tahan juga.... saman yang dikenakan 2 biarla tarik balik....

Anonymous said...

nk tau jgk sal bonceng laki gan pmpuan boleh ke x...bub baru2 ni masih kelihatan laki gan pmpuan bonceng skali...nk tau pjelasan yg sbenar...tlg bgtau...bub ada pak guard yg tahan ada yg x...tlg pjelaskan...

Anonymous said...

salam..
berkenaan isu kasut ini sepatutnya tidak menjadi isu yang besar sekiranya ada perbincangan dan kefahaman pihak HEPA..ini kerana kalau ditinjau di sekolah-sekolah guru2 di kebanyakannya hanya menggunakan kasut yang bertumit tinggi dan terbuka jarang sekali mereka menggunakan kasut bertutup..kasut bertutup ini di malaysia adalah kurang strategik kerana cuaca dan persekitaran yang panas..bagi sesetengah orang pula penggunaan kasut bertutup akan mengundang penyakit bengkak kaki,cagu,atau kaki berbau.oleh itu, penggunaan kasut yang selesa adalah lebih penting diutamakan..memandangkan kita di UPSI lebih banyak berjalan kaki..selain itu, harga kasut bertutup juga mahal dan tidak tahan lasak..diharap isu kasut ini tidak lah menjadi masalah kepada semua pelajar UPSI..banyak lagi isu2 yang perlu ditekankkan dan diberikan perhatian untuk menjaga disiplin pelajar UPSI berbanding isu kasut..

Anonymous said...

kasut bertutup ni bukan mmberi keselesaan kpd kami, tapi menyakitkan kaki ade la...cuba la longgarkn ckit..kmi ni byk berjalan..kmi rsa lebih selesa ksut yg terbuka..xde la kmi nk pakai selipar jepun sekalipun..kami tau la jg etika berpakaian...klo nk kmi pakai kasut bertutup baik kte bt uniform sekolah...lg baik..senang

Anonymous said...

satu lg,peraturan sal kasut ni sentiasa berubah2 & perubahannye mendadak...sekejap ni bley,sekejap xbley...kdg2 sedih jgk la bile dulu ckp sandle leh pkai,kita beli la,pastu xleh lak,suh beli kasut tumit tinggi yg b'tali lak,kita pon beli la,pastu xleh pkai lak,kena kasut bertutup penuh lak...tukar lg...pastu skang ade kelonggaran plk,kasut ttp depan & blkg plk...dlm 1 sem 4,5 kali kena tukar kasut...ptptn kami bkn juz tuk kasut jew...pak guard(kt tmn u) plk wat muka bengis mase tahan bdk..tp hari lain pewitt2 mcm tikus usik pompuan...

Anonymous said...

nth r dieorang ni...aku luku kan pintu pagar tu...baru tau