October 14, 2009

Selepas DPLI, DPAKK pula dakwa dianak tiri

Tanjong Malim, 14 Okt – Jika sebelum ini pelajar-pelajar Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) mendakwa mereka dianak tiri, kini pelajar-pelajar Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak (DPAKK) turut mendakwa perkara yang sama berlaku kepada mereka.

Menurut sumber yang menyampaikan perkara tersebut kepada UPSIkini, pelajar-pelajar DPAKK yang rata-ratanya merupakan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) merasakan sistem pengurusan bagi program mereka tidak begitu diambil berat pihak pentadbiran.

Dakwaan tersebut kata sumber, merujuk kepada pertanyaan yang dibuat oleh pelajar-pelajar DPAKK kepada pihak pentadbiran mengenai jadual peperiksaan dan prosedur pendaftaran kursus bagi semester hadapan yang masih belum diketahui sehingga hari ini.

Meskipun sudah beberapa kali menemui pihak fakulti bagi mendapatkan penjelasan, pegawai yang bertugas dikatakan hanya memberi jawapan ‘tak tahu’.

Dalam pada itu, urusan pendaftaran kursus bagi pelajar-pelajar DPAKK juga masih belum diketahui sehingga hari ini dan menimbulkan tanda tanya di kalangan mereka mengapa urusan tersebut tidak selaras dengan pelajar-pelajar lain.

Sumber turut menambah, keadaan ini sudah lama menjadi rungutan di kalangan mereka namun tidak tahu di mana harus menyalurkannya kerana kebanyakan mereka merupakan pelajar lepasan SPM dan kurang arif dengan suasana belajar di universiti.

Program DPAKK merupakan program baru yang ditawarkan UPSI dengan tempoh pengajian selama 3 tahun.

10 comments:

Anonymous said...

cemerlang upsi ni
sok2 wat la utk lepasan pmr lak
xpon lepasan upsr
leh aku suh adek2 aku apply kt upsi
ni
besh giler blaja cn!!

Anonymous said...

yelah rambo malaya, adik aku yg lepas tabika boleh mintak x.?

Anonymous said...

masing2 ada hak nak belajar... tak kisah spm ke, pmr ke, upsr ke, tabika ke, siape anda nak pertikaikan hak orang lain? adakah anda yang jadi penggubal dasar? kerajaan buat sesuatu tu nak puaskan hati semua pihak.. bukan nak puaskan hati kamu2 ni saje... pemikiran anda2 ni smua sempit... kebudak2 budakan....

Anonymous said...

Makin ramai yang terasa ngan UPSI ni eak....

Anon ke 3, betul la yag ko cakap tu.. Tapi betul juga yang Rambo, Anon 1 n Anon 2 cakap... Kalau tak mampu nak uruskan, jangan amik ramai2.. Kalu leh IPG n KPLI pun dia nak rembat bawa kat sini...

Anonymous said...

Kesian lah student DPAKK, itulah masyarakat kita. Mentang2 lah dia orang lepasan SPM, br jeh mengenal kehidupan universiti dah ada yang tindas. Inilah diskriminas namanya. Korang student DPAKK cuba lah mengadu kat MPP. Tugas dia orang mmg untuk menjaga kebajikan pelajar. Tapi kalo dia org pun x boleh pakai, terpaksa amik tindakan lain lah. Korang mesti ada penyelaraskan? Bincang lah dengan penyelaras. Tak pun korang leh wat pungutan suara @ memorandum bantahan..serahkan pada MPP then suruh diaorg serahkan pada yg berkenaan. Nak lagi rare korang adu kat tv3, atau akhbar2. Tpi sebolehnya, biarlah professional tindakan kita tuh..hehe

Anonymous said...

komen no 1 dan 2..

mmg pmikiran x mtg... geshh mluat sngguh

Anonymous said...

"Meskipun sudah beberapa kali menemui pihak fakulti bagi mendapatkan penjelasan, pegawai yang bertugas dikatakan hanya memberi jawapan ‘tak tahu'..."


pecat jer y peg y x bguna tuh.. sistem upsi mmg dh korup.. itu y jelas!

sbb tu la KPM tubuhkan dan kembang biakkan IPG. sbb KPM blh control 100%..

UPSI sbg bdn autonomi?? lantak la korg nk p trjun lombong pn.. revert blk la upsi jg ipsi pas2 dok bwh KPM..hahaha

Anonymous said...

Ramai ckp DPLI anak tiri aku tak kisah pun janji tempat aku belajar kat proton city lebih "advance" dr belajar dlm kampus, dan duit elaun masuk tiap bulan.tak kisah lah jadi anak tiri janji lagi bahagia.

tak terkilan kenyataan sewaktu minggu suai kenal yg UPSI terpaksa mengambil dak2 DPLI kerana arahan.Universiti lama aku jauh lebih canggih dr UPSi

Yg bagus UPSI ni student ISMP dia baik2 klu sejahat2 mereka pun apalah sgt.

Anonymous said...

nak tanye..siapa penyelaras DPLI kat UPSI ni bleh sape2 tlg bagtau..kalau ade no telefon tlg bg skali erk.

Anonymous said...

tu la..tamak sgt upsi ni..amik ramai2..pastu produce kan penganggur2 terhormat yg ada diploma n ijazah..kagum btol..