October 2, 2009

Pelajar Pendidikan Seni tahun akhir merungut, tak tahu sekolah untuk praktikal

Tanjong Malim, 2 Oktober – Pelajar-pelajar program Pendidikan Seni hari ini mengadu mereka masih tertanya-tanya di mana sekolah yang bakal mereka berpraktikal. Ini berikutan maklumat berkenaan praktikal bagi pelajar-pelajar terbabit masih belum diketahi meskipun pada awalnya dijangka keluar selepas cuti hari raya yang lalu.

Rungutan ini disampaikan seorang pengirim emel kepada upsikini@gmail.com beberapa hari lalu.

Menurut kandungan e-mel yang dikirimkan, pelajar di fakulti tersebut terpaksa menunggu maklumat berkenaan senarai sekolah yang dibenarkan untuk menjalani praktikal sehingga hari ini daripada pihak pentadbiran fakulti sedangkan pelajar daripada fakulti yang lain rata-rata sudah mempunyai maklumat tersebut.

Tambahnya lagi, pihak fakulti turut menyekat pelajar fakulti tersebut untuk memilih mana-mana sekolah untuk berpraktikal dan hanya akan ditetapkan oleh pihak fakulti atas alasan mempercepatkan proses. Namun katanya, ketetapan tersebut tidak menggambarkan proses yang dibuat adalah cepat malah lebih lambat daripada fakulti-fakulti lain.

Apabila sesetengah pelajar mengajukan masalah tersebut kepada pihak fakultit, pengirim berkata, pihak fakulti memberi alasan senarai sekolah dan pelajar masih belum diserahkan kepada fakulti oleh Unit Latihan Mengajar (ULM).

Apa yang lebih menghairankan, pihak fakulti menghalang pelajar-pelajar yang terlibat untuk merujuk perkara tersebut kepada pihak ULM, katanya pada bahagian akhir e-mel tersebut.

Terdahulu UPSIkini menyiarkan rungutan sebahagian besar pelajar yang didenda kerana lewat mendaftar kursus praktikal beberapa minggu lalu sehingga memaksa Exco Akademik & Kerjaya MPP, Nur Aqilah Hanis campur tangan dengan memohon kepada pihak akademik mengurangkan jumlah denda yang dikenakan.


15 comments:

Anonymous said...

kesihan la kalu gtu. nape sampai leh jadi mcm ni. kalu mcm tu la jadi nye. xpayah letak la universiti pendidikan lah. Buat sijil terbuka je senang.Hutang pun xbanyak sangat sampai 4 thn

MawarMaSs said...

Salam Syawal & Salam Puasa 6...bukan FSM je yg tak tahu..huhu..kami di sem 7 pendidikan Sains (KIMIA) pun sama...tahu negeri je..tapi partner, sekolah yg nak mengajar pun belum tahu lagi..kami juga pihak penyelia yg tetapkan semua..duk tunggu2...bila la nak tahu..mcm surprise jah..hoho..Wassalam

Anonymous said...

Aku bengang la pasal praktikal. tgk kwn2 kat u lain tu senang je dapat posting. diaorng bukan edu so senang la dapt praktikal kat syarikat2. Aku setuju la kalu degree kita bukan khas untuk pendidikan sahaja. Lagi senang dan tak terikat. Diharap pihak pentadbir pastikan bahawa kami bukan hanya untuk menjadi warga pendidik sahaja!

Unknown said...

salam...
tak tau la nak ckp cam mane dh..seolah-olah menganayai kami sebagai seorg pelajar UNIVERSITI PENDIDIKAN..pengurusan tak macam berpendidikan...
yang pelik nye masa blaja suruh menguruskan masa dengan betul tp sebaliknya pihak pengurusan lak yang tah ape2..

kalo nak ikutkan dh bosan blaja kat upsi nie...baik blaja kat u lain yang lebih pratikal...

Anonymous said...

salam...
tak tau la nak ckp cam mane dh..seolah-olah menganayai kami sebagai seorg pelajar UNIVERSITI PENDIDIKAN..pengurusan tak macam berpendidikan...
yang pelik nye masa blaja suruh menguruskan masa dengan betul tp sebaliknya pihak pengurusan lak yang tah ape2..

kalo nak ikutkan dh bosan blaja kat upsi nie...baik blaja kat u lain yang lebih pratikal...

Anonymous said...

bila kami boleh tahu kat mane kami praktikal. susah la mcm ni. Aku sokong la dgree kita dibuka xpayah nak jadi cikgu semata-mata. banyak lagi peluang kije kat luar.

Anonymous said...

aku nk bg pendapat sikit...x semestinya korng masuk upsi korang kena jadi cikgu...blh jer kl x nak...senior aku ader yang x jadi cikgu, depa jadi ushwn...kl x nak jd cikgu jgn isi brg posting nnti...:)..pasal praktikum plak...fakulti aku pun x tau lagi...korang tanya terus je lah kt ULM...aku hr tu ader mslh dgn borg praktikum...penyelia tu lmbt sgt, so aku g jumpa ULM...tanya sendiri baru puas ht...ramai lg yg x tau...aku punya ROS 2 pun x da khabar berita lagi...sebarang taklimat x de psl ROS n praktikum...;)

massa said...

entah la aku pun tak fhm ngan upsi pngurusan entah apa2. aku punya penempatan prktikal pun tak kuar g. tggu punya tggu tak juga kuar aku pun tak tau apa masalah diorg ni

Anonymous said...

memohon ke mengarahkan agar pihak akedemik kurangkan denda?tulis betul2..jangan tipu,kami semua dah tahu apa Aqilah buat..

Anonymous said...

bar arr..org nk praktikel jauh2 ckp duit fakulti da bis die yg gune byk duit fakulti..dekan la ni pnyer psl..dh la botak..duit fkulti bkn utk bdk muzik jer..seni, vskom ngn KH pn tmsuk skali..time org len bt program, bapak ssh nk dpt kelulusan bajet..kalo muzik, sumernyer dpt..ntah2 ko ambik duit 2 ko buat isi perut ko...stakat pndai men kompang xyah jdi dekan la..g la marhaban ke kt kmpung..dpt jgk pahala..nk blgk pndai la 2..ko igt ko bkuasa smpai bl2 ke ha?nnti ko dh jatuh, ko tau la lgit 2 tggi ke rndh..bdk muzik dh tau dh dpt mn..cp blh plih tmpt sndiri lgi 2..

Anonymous said...

cmner kiter sumer xnk jd ckgu?dh 4 thun bljr dan diajar utk jadi ckgu..biler jd pkra cmni msti la naik angin jgk..len la kalo bljr 4 thn bkn smata2 utk ke seklh..phm?

Anonymous said...

PENING KEPALA

Anonymous said...

Biaseler..fakulti seni..mcm2 hal la

Anonymous said...

diorg kato kalo nak nengok U yg terbilang gemilang cemerlang tu nengok siapo yg merajui nyo...tapi den x salah kan VC tu tapi dek an dek an lo... kekadang ado jugo lechoro yg x pakar dlm bidang..cam kek sains tu ado yg x tahu nak ngiro mol, nak namo kimia tapi di bori jago amali yg cam kinetik termo kordinatan... fikir2 la sendiri

LatiepHatta said...

cuak nyer...1 sept nie nak daftar tok seni kat upsi...