October 1, 2009

HEP masih mencari tarikh sesuai adakan PRK

Tanjong Malim, 1 Oktober – Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (JHEPA) UPSI sehingga hari ini dilaporkan masih mencari tarikh sesuai untuk adakan Pilihan Raya Kampus (PRK), berikutan tamatnya tempoh setahun perkhidmatan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sidang ini pada 8 November 2009.

Desas-desus sebelum ini mengatakan PRK berkemungkinan akan diadakan pada Oktober ini bagi memilih barisan baru MPP. Namun timbul juga cakap-cakap mengatakan PRK berkemungkinan diadakan pada Januari hadapan berikutan kesuntukan masa pada semester ini dengan pelbagai program dan perancangan yang belum dilaksanakan.

Pihak HEP sebelum ini bercadang untuk menggunakan kaedah yang sama sebelum PRK diadakan dengan meletakkan pra syarat supaya semua calon yang berminat untuk bertanding perlu menghadiri beberapa siri kursus bagi melayakkannya membeli borang pencalonan seterusnya bertanding dalam PRK. Namun sehingga minggu ini, pengumuman berkenaan kursus tersebut masih belum dikeluarkan dan mengukuhkan pendapat mengatakan PRK hanya akan diadakan pada tahun hadapan.

Sementara itu, sumber dalaman turut memaklumkan piahk HEP masih menunggu arahan daripada pihak kementerian Pengajian Tinggi berhubung perkara tersebut. Katanya, KPT masih belum mengeluarkan sebarang arahan berkenaan tarikh yang ditetapkan bagi menjalankan PRK di kampus-kampus.

Dalam perkembangan berkaitan, PRK yang bakal berlangsung di UPSI dijangka akan menyaksikan pertembungan besar antara dua kumpulan utama seperti PRK sebelum ini. Pro Kualiti yang dahulunya dikenali sebagai kumpulan aspirasi pada ketika ini dikatakan telah menjalankan kempen kecil-kecilan dalam menonjolkan muka-muka yang bakal bertanding dalam PRK kali ini.

Pro Kebajikan pula dilaporkan masih belum menumpukan sepenuh perhatian kepada PRK yang bakal berlaku kerana belum menetapkan sama ada akan menghantar calon untuk bertanding ataupun tidak. Namun, Pro Kebajikan dikatakan sudah menerima tawaran beberapa calon yang mahu bertanding atas nama kumpulan tersebut.

Walau bagaimanapun, PRK UPSI bakal mengukur kematangan mahasiswa dalam menentukan calon pilihan mereka dalam siri kempen yang dijalankan menjelang tarikh pembuangan undi yang masih menjadi teka-teki di kalangan pengundi di sini.

4 comments:

مَعهَدين الُمعلمْ said...

Ermmm...
Xsabo dah nie...
hahahaha

Anonymous said...

Satu je sesiapa yang menang pastikan maksiat disini terutama melibatkan pelajar upsi dibendung . jangan biar ia menjadi barah dan menjurus kepada meningkatnya baby LUAR NIKAH.....................

Anonymous said...

upsikini best......... upsikini jalankan tanggugjawab anda . Jangan bayes cam akhbar kat luar sana. Tv3 suku, Utusan meloya.............

Anonymous said...

HEPA tkut pro asparagus kalah truk tue, kahkahkah