October 8, 2009

Adriyani : NUTP beri jaminan bela bakal guru

Tanjong Malim, 8 Oktober – Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) memberi jaminan untuk membela bakal guru berhubung isu penempatan yang dikatakan akan dilewatkan bermula tahun hadapan.

Kenyataan tersebut disampaikan Presiden NUTP, Hashim Adnan dalam satu perbualan telefon bersama Adriyani Yamin (gambar), Exco Kebajikan & Kemasyarakatan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPSI semalam.

Adriyani yang memaklumkan perkara tersebut kepada UPSIkini tengah hari tadi mengatakan NUTP berpendirian isu lewat ditempatkan tidak relevan sekiranya dilihat kepada statistik persaraan guru-guru pada tahun hadapan.

Tambahnya, faktor kewangan juga tidak seharusnya menjadi alasan yang akan menyebabkan bakal-bakal guru yang terdiri daripada pelajar-pelajar pendidikan menjadi korban.

Pada bahagian akhir kenyataannya, Adriyani menyeru semua mahasiswa terutama di UPSI supaya bertenang dalam berdepan dengan isu ini dan menjadikan jaminan pembelaan NUTP ini sebagai semangat untuk meneruskan pengajian.

Sementara itu, beliau yang mewakili MPP Pro Kebajikan akan mengeluarkan satu kenyataan media berkenaan hasil perbincangan bersama NUTP sebagai penjelasan kepada semua.

23 comments:

Anonymous said...

Baguslah kalo da macam tu...harap2 NUTP menepati janjinya dalam membela nasib bakal2 guru pelapis pada masa hadapan...

Anonymous said...

eh, korang ismp bukan guru lagi. beri penekanan kat budak dpli yang dah lulus nih.

Anonymous said...

eh budak DPLI...jgn la ego sgt...x semestinya da lulus...kmu x terlibat dlm pembekuan posting ne...jgn terlalu sombong...ingt asal usul anda...

Anonymous said...

dpli dh tau dh lulus, buat apa nk menyibuk.. ini perjuangan ismp bukan dpli.. dpli menangguk di air keruh jek..

Anonymous said...

lebih LA pulak budak DPLI ni..Aku selama ni hanya berdiam diri je..tapi tgk eh, korang ismp bukan guru lagi. beri penekanan kat budak dpli yang dah lulus nih aku sakit hati betul la.aku cabar kau budak dpli Mari kita debat secara terbuka.

Anonymous said...

watpe nak debat nye, baik debat dgn kpm. lagi ada faedah. kalu debat ismp-dpli dapat apa? betul la stetment tuh. ada salah ke stetment tuh. korang kene lepas tapisan dulu, baru la jadi guru. kalu xlepas nak perjuangkan apa?

Anonymous said...

toksah la gaduh2..buang yg keruh ambil yg jernih..kite sama je di sisi allaw s.w.t...takde beza ismp n dpli..rasa cam malu je nak baca komen2 yang kutuk sana, kutuk sini..lebih baik tumpukan pada study..nak exam dah ni...

sayangupsi said...

dah la kwn2..jagn gaduh2 ye..sila beri komen2 dgn bersopan. br nmpak spt guru bitara.betul tak?=)

Anonymous said...

DPLI mmg dh lepas dr KPM, tp sedarlah, belum tentu lg lepas belajar di UPSI.. xpyh nk berlagak.

Anonymous said...

betul2 aku setuju ngan sayangupsi..orang yg suka gaduh2 ni pemikiran cetek..cmner nak menegakkn jiwa bangsa nanti..hehe..jgn marah!!!

Anonymous said...

Daripada Dpli

Salam wat adik-adik. Semoga perjuangan anda akan berjaya. Tapi jangan la lain kali salahkan sesiapa. Cari punca asal kepada masalah ini bukannye salahkan sesetengah pihak secara membabi buta. Kami mencadangkan

1) Diadakan satu petititon berkaitan isu penempatan ini.
2) Mpp bersama nutp mendesak kerajaan untuk menjamin hal ini agar tidak berlaku lagi
3) Adakan satu kajian berkaitan hal ini dan majukan kepada menteri pelajaran
4)Adakan kerjasama dengan fakulti pendidikan unversiti yang lain agar mencapai kata sepakat.

PERTAHANKAN HAK KORANG!

Cikgu Fairus said...

salam.. buat adik2 UPSI, jgn putus asa.. drpd gaduh ngn abang n akak DPLI ni, ada baiknya kita bekerjasama kan lagi best..

Anonymous said...

kan bagus kalo ISMP dan DPLI leh bekerjasama. kasi gegar sikit pengurusan UPSI...tapi secara profesional lah..

Anonymous said...

hoho, oit, ko g cek berapa orang budak dpli yang xlepas kat upsi. bodohnye la.


pakar bidas.

Anonymous said...

pe le pedahnye korg gaduh2..dpli or ismp sme je duk kt upsi..x dpt pe pon gduh2..ni ke sikap cikgu mse akn dtg??aku x tau le pe yg ade kt lam jiwe korg ni..asyik nk gaduh je..asal aku bukak upsikini msti ade gaduh2..muhasabah le diri..wt le pertemuan secare terbuka semua wakil2 ismp & dpli ngn pihak upsi sekali..jumpe kat dewan sict ke dewan A ke..bincang cara baik..cari jln penyelesaian..

-xnk gadoh-

Anonymous said...

bagus lah upsi letak bdk DPLI nun jauh di proton.. layak sangat tuk korang yg xder budi bahasa (bukan semua).. huhu.. korang dok kutuk upsi jer.. padan muka.. xder masalah carik masalah.. upsi dah tau korang ni jenis lupe daratan.. korang menyelam lah kat tasik proton tu.. haha.. jgn tak timbul sudah ler..

i love upsi

Anonymous said...

alaihai ada lagi suruh wat pertemuan terbuka dpli vs ismp. xpayah la oi, buang masa je. nak debat untuk tahu sape yg berkuaiti ke? xpayah nak debat la. Kualaiti ke xkualiti ke bergantung pada seseorang la. Soalnye sekarang adalah problem yang kita hadapi. antara debat dgn kpm dgn dpli mane korang nak. aku nak debat dgn kpm sebab ini masa depan aku. entah la, kalu leh, pemikiran kita jauh kehadapan. jangan sempitkan pemikiran la. seumpama kucing siam debat dgn kucing parsi. sape lebih cantik. last2 org ambik kesempatan,

Anonymous said...

gadoh..gadoh..gadoh..

ktorg x pnh mrhkn ISMP..tp ptadbiran n pgurusan UPSI

korg pn kalu mrhkan nyamuk jgnlah klambu dibakar

smpai bdk seni nk pratikum pn bmslh..jd phk pgurusan la wajar diserang bkn DPLI..

ktorg slalu bsg sbb xmau pkra cm ni blaku la..psl elaun dsb

korg jgn takut ngn pgurusn upsi y mls tuh..

baik korg pn g attack pgurusan dr caci maki DPLI..korg maki cm ner pn ttp x leh wt pe2 slagi pgurusan korup.

Anonymous said...

aku dah tanya dah kat kpm pasal budak ismp nih. kpm cakap ismp ni selalu salah faham, kos pendidikan tidak menjamin ismp menjadi seorang guru. perlu lalui beberapa tahap penilaian yang telah ditetapkan. Kos pendidikan di universiti adalah salah satu kos pembelajaran di universiti. Ini bermakna kpm mempunyai standard tersendiri dalam membuat tapisan. buat pelajar dpli n kpli tahniah untuk anda. moga dgn penerangan ini ismp boleh paham.

Anonymous said...

Daripada bdk ismp..
assalamualaikum w.b.t..
dah beberapa ari dh sya melihat dan membaca komen-komen yang tidak enak di baca..kita ni sesama islam pun nak gaduh2 ker??
sudah2 la wahai teman2 islamku..
bdk ismp,dpli,kpli,ipg sumenye sama..rezeki kta hnya Allah yg tau..sy pun hnya mmpu berserah jer selepas sy interview ari tu wlupun sy dh bt yg terbaik..sebab sy tahu wlupun sy ykin dengan prestasi sy sms interview tapi sy tahu hnya Allah yg tahu sy ade rzki or x dlm bdg perguruan ni..
alhamdulillah..sy dpt jgk posting wlupun jauh di borneo..jd,untuk sape2 jgn berlagak dn igt anda sume berkuasa atas dunia ni..

tuk dpli(sy tujukan kpda bdk dpli yg terlampau yakin)..igtlah bkn KPM yg menentukan tkdir anda wlupun anda dh llus atau dh lepas tapisan..anda sume blm d 'tapis' oleh Allah..jd jgn keluarkan ayat yg bole menimbulkan riak dan bangga..bukankah perkara itu dibenci oleh Allah?nsb kita,kita xtau lg..

tuk sume xkira la dpli,kpli,ipg n ismp,semoga brjya dalam bdg prguruan..igt tkdir kita bkn dlm tgn sape2 tp Allah..

assalamualaikum..

Anonymous said...

slm..
ape dh jd sbnrnye kt upsi ni??serba serbi x betul..ada smthng yg tengah buat "onar"..bdk2 upsi pon dh gaduh2..(ismp & dpli)..pe sebenarnye ni??mcm2 mslah..x "syok" le stdy lam keadaan cm ni kt upsi..msti ade "kepale" yg wt kecoh ni..ingt la bg sesepe yg wt kecoh ni..Tuhan akan balas balik pe yg korang wt ni..smbyg 5 kali sehari pon klu suke caci mencaci, maki memaki..x maknenye..profesional le sikit..pikir sebelum cakap or nk bg kenyataan tu..

-hamba Allah-

Anonymous said...

Sumber (Laman Web KPM): http://www.moe.gov.my/index.php?id=93

Laluan Perguruan
Individu yang ingin menyertai kerjaya perguruan boleh berbuat demikian secara berikut:

Bagi lepasan SPM boleh memohon untuk mengikuti Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM) atau memohon opsyen pendidikan melalui matrikulasi untuk ke Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Bagi individu yang telah mempunyai ijazah dan berminat, boleh memohon ke program Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI).
Latihan Pra Perguruan

Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM)
Pelajar lepasan SPM yang berminat untuk menjadi guru boleh memohon secara atas talian untuk mengikuti KPLSPM. Pemohon yang berjaya melalui syarat-syarat awal kursus akan mengikuti latihan perguruan selama empat tahun. Pada akhir pengajian, pelatih yang berjaya akan dianugerahkan Sarjana Muda Pendidikan dalam bidang yang dipilih. KPLSM menawarkan kursus perguruan bagi semua peringkat sekolah.

Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI)
Kursus ini terbuka kepada individu yang telah memiliki ijazah pertama dan berminat untuk memasuki bidang perguruan boleh memohon untuk mengikuti KPLI secara atas talian. Pelatih KPLI akan menjadi guru di sekolah rendah sahaja.

Anonymous said...

kepada (daripada ismp)

Oww sekarang baru hang ingat tapisan allah, dulu hang duk sedap salahkan dpli kpli, dah kene batang idung sendiri baru ingat allah. dasar manusia. tu la sebelum cakap pikir jauh2 tapi jangan sampai terbabas plak.