October 6, 2009

Cuma lewat bukan beku, TNC A&A sahkan kenyataan masalah ‘posting’

Tanjong Malim, 6 Oktober – “Bukan beku cuma dilewatkan.”Berikut kenyataan spontan Prof Dr. Zakaria Kasa, Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa UPSI ketika menjelaskan perkara tersebut kepada Nur Aqilah Hanis, Exco Akademik & Kerjaya MPP yang menemui beliau awal pagi semalam.

Menurut Zakaria, apa yang diucapkannya dalam acara perasmian 'Simposium Halatuju Pendidikan Fizik Di Malaysia' tempoh hari merupakan kenyataan yang harus diterima semua pihak terutama di pihak pelajar kerana ia bukan sahaja melibatkan UPSI malah seluruh institusi yang menawarkan program pendidikan.

Dalam pada itu katanya, punca utama keadaan ini berlaku adalah disebabkan kelembapan ekonomi negara dan masalah kewangan yang dihadapi dalam pentadbiran Kerajaan Malaysia.

Ketika ditanya adakah isu lambakan guru menyumbang kepada tindakan tersebut, beliau berkata masalah utama adalah kewangan namun di pihak Institut Perguruan (IPG) yang ditadbir di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) juga dilaporkan akan mengeluarkan graduan pertama Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dan sedikit sebanyak menambah bilangan bakal guru.

Sementara itu, pihak KPM sememangnya akan memberi keutamaan kepada pemegang Biasiswa KPM untuk ditempatkan ke sekolah-sekolah selepas tamat pengajian.

DPLI tak terkecuali

Pelajar-pelajar Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) juga dikatakan tidak terlepas daripada isu lewat ‘posting’ seperti yang dihadapi bakal graduan lain di semua IPTA dan IPG tahun depan.

Dalam penjelasan Zakaria dalam perbincangan bersama Nur Aqilah Hanis, Exco Akademik & Kerjaya MPP, pelajar-pelajar DPLI juga bakal menghadapi situasi yang sama dengan bakal graduan lain dalam isu ‘posting’ ini.

Jelasnya, DPLI juga berkemungkinan lewat ditempatkan ke sekolah-sekolah selepas mereka menamatkan pengajian mereka tahun hadapan, tidak seperti pelajar DPLI sebelum-sebelum ini.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan kepada semua warga UPSI agar tidak meletakkan kesalahan atau punca masalah ini kepada pelajar DPLI kerana program ini merupakan program di bawah KPM dan pelajar DPLI yang terpilih hanyalah individu yang mengisi pelaksanaan program tersebut bagi menjayakannya.

Ditanya apakah akan ada lagi pengambilan DPLI selepas ini, beliau berkata tidak ada lagi pengambilan DPLI selepas ini, pengambilan ini adalah yang terakhir.

Pelajar UPSI perlu bersedia dan terima hakikat

Zakaria juga dalam penjelasannya meminta agar semua pelajar UPSI bersiap sedia dengan makluman awal ini dan harus menerima hakikat bahawa keadaan seperti ini pasti akan berlaku dan secara kebetulan masalah tersebut timbul pada ketika ini.

Namun katanya, ini bukanlah bermakna palajar langsung tidak berpeluang untuk menjadi guru, cuma pelajar perlu mempelbagaikan kemahiran supaya peluang untuk masa depan juga akan lebih luas.

48 comments:

ERic said...

jangan salahkan pihak yang merana juga... diorang pun mangsa...

Anonymous said...

apa lagi mpp. jalankan tanggungjwb anda. jumpa menteri atau kita buat rapat umum. xkan nak biar mcm tu je. ingat kita ni boleh dipermainkan ke. kuasa mahasiswa adalah suara sakti................ Aku dengar kalu ada perarakan ramai nak join. betul ni kalu kali ini mensi jadi kalu buat

kebenaran hakiki said...

erm....
upsikini suka sgt buat cite..
perangai busuk betul...
klu nk porak peranda org...
jgnlah.
nanti klu korang( krew upsikini ) kena porak peranda plak..
tahu plak nk marah org..
jadi..
dh besar panjang mcm nie pun nk kena ajar ke... pk rasional skit lah...

Anonymous said...

hahaha..
bangang jugak saudara KEENARAN HAKIKI nie..

kan tu dah jelas kenyataan daripada TNC..
bukan crite UPSIKINI reka2..

Anonymous said...

fight for ur right! buang je gstt yg byk2 kat sek tu.. byr gaji dia org beribu leh plak. penat kita timba ilmu selama 4 tahun belaja ilmu pendidikan tp xde keje. gstt yg xtau pape tu, boleh plak keje di sekolah.

Anonymous said...

yess..abslutelyyyyy..payment 2k lebih woo sebulann..padahal mngjar siap sila panggung atas kusi..ajar sivikje..ari2 masuk klas suruh budak bace..dia buat apa?..mmmhhh

Anonymous said...

yess..absltlyyyy..payment 2klebihh woooo sbln..ilmu pndidikan x de pn..bckground course lain..keje cikgu..background ckgu pn x dpt jd ckgu..tgok mngjar siap sila panggung lg..ajar sivik..masuk klas suruh budak bace..haii la bdan..haii la nyawa..

Buai Laju-Laju said...

sedara !!! bgn k!!!

kalo 1 batang pokok kne serang penyakit nematode.

kite nk salahkan akar sbb akar parasit tu blh masuk?

salahkan daun sbb resap virus?

salahkan btg sbb xkuat daya tahan?

salahkan parasit tu sbb ancam pokok kite?

knp kite sndri yg xnk usaha kawal, racun nematode tu??


ni mslah kewangan k? tukar la PM.
byk korupsi.. isu PKFZ blh lepas..isu kpl selam lepas..ape lg bunuh Altantuya??

mat mongol...mat mongol...

kite xnk bukak mate lg? die untung kt kroni2 je..pusing2 duit kt kroni die..org bwh merana.

bangun!!!

ain fathihah fhm said...

semoga kita semua dipermudahkn jalan..

Anonymous said...

ni semua akibat rasuah la..
kekadang nak tergelak bila baca paper utusan ke, berita harian ke mengatakan bahawa ekonomi negara punya la kukuh padahal hampeh...menipu kuat..

alih2 alasan diberikan ekonomi lembab..ape nie...jgn la kerajaan duk menipu rakyat..

yang jadi mangsa kita la pelajar, rakyat...mane mpp yang di lantik?...

2010 posting said...

Tanjong Malim, 6 September???? ape da reporter salah date...

kesahan kurang tol artikel dorg ni...

Anonymous said...

UNTUK KEBAJIKAN SEMUA SAYA MENCADANGKAN

SATU PERHIMPUNAN AMAN
TEMPAT: HADAPAN BAGUNAN CENSELORI
TARIKH: 8/10/2009 (KHAMIS)

INSYALAAH, SAYA AKAN CUBA DAPATKAN BANTUAN DARI RAKAN SAYA(MPP) DIUNIVERSITI LAIN UNTUK TURUT SERTA.JANGAN MAINKAN PERASAAN MAHASISWA. SEMUA PELAJAR UPSI DITUNTUT HADIR. JUGA MPP UPSI JUGA DIHARAP TURUT SERTA. KITA MINTA PENJELASAN DARIPASA IBUNDA NC SENDIRI.

Anonymous said...

ape da salah date...ade ke 9 sept??? ku ragui tol la reporter nih

Mr. Teller said...

Pihak UPSIkini memohon maaf atas kesilapan tarikh (6 September)yang tertera sebelum ini..

Teruskan Bersama UPSIkini..

Anonymous said...

tunggu jer kesahihan DARI KPM.. stakat UPSI tak der hak nak letak n posting pelajar.. Pasti ada cara.. TQ juga wat TNC UPSI n UPSI blog.. buka mata bakal2 guru nie takder la lena sangat..

Unknown said...

Kalau boleh adakan perhimpunan aman di kawasan PRK Bagan Pinang mana tau kalau-kalau ada rezki pilihanraya kecil.

Anonymous said...

salam semua...alasan kewangan xde menunjukkan pengurusan kerajaan sangat lemah..kehendak rakyat didahulukan hanya retorik semata2...kite mesti perjuangkan hak kite,sy setuju klu wat rapat umum semua mahasiswa bakal guru untuk menuntut hak kita jika hak kita dicabar..

Hang cangkul said...

sukan f1 kerajaan hbis beratu2 juta..pnddkan rakyat diabaikan..ni lah slogan 1 mlysia, kroni didahulukan duit dijolikan..nk tunjuk ke negara luar kita ni kaya rkyat malaysia yang sengsara..orang krajaan tak apa dah kerja,dpt gaji ribu2 bleh sara anak bini,ni dah la blajar 4 tahun tp tak dapat kerja..ape kejadahnya smua ni..

*bagi yang tak insaf2 lagi tu..lu pk la sndiri

Anonymous said...

Lewat tempatkan guru, NUTP minta penjelasan k'jaan
Abdul Rahim Sabri
Okt 6, 09
12:04pm
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) akan meminta penjelasan daripada kerajaan berhubung laporan akan berlaku kelewatan penempatan guru-guru lepasan graduan institusi pengajian tinggi (IPT) yang mengikuti program pendidikan.

Laporan mengenai kelewatan tersebut disiarkan dalam blog upsikini.blogspot.com yang memetik Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Dr Zakaria Kasa sebagai menyatakan demikian.

Beliau dipetik berkata demikian dalam ucapan perasmian simposium halatuju pendidikan fizik di Malaysia, anjuran Persatuan Mahasiswa Sains (PMS) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA) UPSI beberapa hari yang lalu.

Prof Dr Zakaria dipetik berkata, punca utamanya adalah disebabkan oleh kelembapan ekonomi negara dan masalah kewangan yang dihadapi dalam pentadbiran kerajaan.

Beliau dilaporkan berkata kenyataan itu harus diterima semua pihak, terutama pihak pelajar kerana ia "bukan sahaja melibatkan UPSI, malah seluruh institusi yang menawarkan program pendidikan".

Ketika diminta reaksinya, Presiden NUTP, Hashim Adnan berkata persatuannya berpendirian bahawa pendidikan bukanlah merupakan satu kos tetapi adalah satu pelaburan demi masa depan negara.

"Jangan nafikan hak-hak anak rakyat Malaysia untuk belajar," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini

Anonymous said...

kelemahan menteri malaysia dalam menguruskan aset negara. amat malang dan celaka bagi rakyat yang mendapat pengurusan negara macam ni. negara kita bukanya miskin dan papa! berapa duit atas yang habis atas kerja atas angin puak yang mengamalkan rasuah ni! berubah la.. apabila kena atas kepala puak guru baru nak sedar mata dan telinga. golongan guru bukan golongan yang patut ditarik hidung macam lembu.

golongan guru aadalah golongan tinggi ilmu dan sahsiah!

lu pikir la sendiri.kalau pelajar upsi nak terus dengan hidup dgn cucuk hidung..teruskan la...letak la akal pada peringkat atas..


budubersuara

Anonymous said...

pa kata kita panggil anuar setel benda ni baru gemak sikit!!!

Anonymous said...

aku tetap nak salah kan dpli..x diorg x salah pesal tahun depan da x ambik student dpli?...da xde keje nak jd cikgu, alasan sanggup tgll keje asal semata-mata nak jd cikgu..bohong la wei..

Anonymous said...

pa kata kita panggil anuar setel benda ni baru gemak sikit!!!

kecewa said...

salam..mana MMp upsi..penakut..pjuangkan hak pendidikan mahasiswa

Anonymous said...

pa kata kita panggil anuar setel benda ni baru gemak sikit!!!

Anonymous said...

TAK PAYAH LA BUAT PERHIMPUNAN AMAN KE...BE PROFESSIONAL K...JUST HANTAR WAKIL..FACE TO FACE..MPP,THAT'S UR JOB..JAGA KEBAJIKAN PELAJAR...KITA SEBAGAI BAKAL PENDIDIK TIDAK ELOK MEMBUAT PERHIMPUNAN SEDEMIKIAN RUPA...NANTI TIMBUL PLAK ISU2 YG LAIN..INGAT SIKIT..UPSI NI KECIK JE..SATU TANJNG MALIM BOLEH TAU APA2 BERITA PASAL UPSI...SO BEHAVE YOURSELF...AND AS THE REMINDER FOR ME TO..

Anonymous said...

duit dah habis pasal tubuhkan team f1 Malaysia.. hahaha..

Unknown said...

hmm, kene tungu KPM decide je la, jgn mkn sgt brita ntah pape tuh...lau jadi nk wt mogok aman, britahu time bile, sng rmai leh join...HIDUP CIKGU2 UPSI

Anonymous said...

aper kate stop amik dpli n ismp lepas nih. tutup jew koz pendidikan utk 10 thn. pastu dah rse kurang guru or ekonomi dh stabil bru bkk balik koz pendidikan.hohoho =D

Anonymous said...

pa kata kita panggil anuar setel benda ni baru gemak sikit!!!

Anonymous said...

budak UPSI ni memang ler minda tertutup... sebabtu korang tak berkualiti... interview dan insak pun leh tak lulus, hampeh...

Anonymous said...

kerajaan beri pekerjaan..diTENTANG
kerajaan x beri pekerjaan.. pun diTENTANG

graduan lain x diberi kerja pn diorg x bsg.. nape graduan pendidikan msti nk wajibkan kerajaan y sediakan..

last2 tentang kerajaan..dasar kufur nikmat..

ikut la jejak langkah DSAI y haloba tuh..nnti br hangpa tau langit tu tinggi ke rendah..


tubuh parti utk kepentingan diri sendiri.. tp pengikut diorg x pnh pk dan x mmpu utk pk..

tp gua x heran pun.. sbb org gila cm kahar ahmad yang mgaku rasul pn ada pengikut..

Anonymous said...

aku rasa x logik r alasan x de duit..gile ke??dulu ckp ekonomi akan berkembang 2010..kenapa masih disorokkn hal ni pada pelajar ipt sedangkan ipg lama da tau pasal ni..still lagi ada orang yg kurang pandai yg x nmpk kerajaan da tipu banyak kali da..

-thethinker- said...

anonymous October 6, 2009 5:11 PM :

apa laa hang nii , mana boleh hang bandingkan UPSI /Maktab perguruan ngan Universiti lain.. tak sama laa.. bangang..

uni lain , takda sain kontrak , nii pelajar maktab , lepas graduate kena kerja ngan kerajaan selama satu tempoh masa yg ditetapkan dlm kontrak , kalu tak .. kena bayar pampasan..

depa tuu bakal guru , tak kerja ngan kerajaan , nak kerja ngan sapa... pakai otak laa sblm komen

Anonymous said...

pelajar dpli takde kene mengena dgn sume ni. macam ni ke sikap cikgu? baru kene sergah sikit da nak menggelabah.kebanyakan salah kan DPLI sebab belajar setahun sahaja untuk dapatkan title cikgu tu. pernah tak kamu terfikir yang DPLI ni pun da ade degree dan pernah lalui semua pahit getir untuk bekerja?
pernah tak terfikir yang kebanyakan pelajar DPLI dulu pun ade PTPTN jugak..kami dulu pun lalui macam pelajar ISMP. semua sama.

jangan nak salahkan pelajar DPLI.pelajar DPLI juga ade hutang PTPTN juga. tak kire lah pelajar DPLI atau ISMP, kita kan da berada di bawah unit yang sama. tak boleh nak salahkan satu pihak.

GSTT juga tak terlibat dalam masalah ini.

harap semua boleh buka minda dan bersabar dengar berita ni. itu sume adat resam pendidikan. Kita mesti bekerjasama dan berdoa supaya berita ini tidak betul2 terjadi.

Anonymous said...

kalu otak tu selalu dipakai smpai terpakai..mmg jd cm nih..

mengharapkan kerajaan jer.. tp bla ade pemimpin bengong y cb nk hapuskan hak keistimewaan mlyu sokong plak..kerbau..

cba la msuk sektor swasta ngok..

pusat tuisyen brsepah nk kan tenaga pengajar..otak jumud

y sain kontrak x yah cite la ngok, tu lain kes ngok.. ni kes utk ismp ngok..ngok2..ngok

Anonymous said...

bawak bersabar k
selain sek2 bwh kpm
ada sek swasta
degree upsi jg blh u ajr ipts atau jd tutor di ipta

susah2 hijrah je ke luar negara
sambil boleh makan angin kt sana
boleh mengajar di sana

SO x semptkan fkran bhw dgree UPSI hanya u ngaja di sek2 under KPM shj

anyway gud luck for all

Anonymous said...

ada org xpuas hati la, huhu baca la catatan tuh, bila elaun aku nak masuk nih.

Anonymous said...

Be professional skit wahai para bakal guru sekalian.... Buat perhimpunan aman atau rapat umum, lepas tu apa hasil yang korang dapat?? It's the KPM to decide atau Kerajaan, OK. Not us!! Kita ni berstatus Saya Yang Menurut Perintah sahaja dan bukannya Saya Yang Memerintah.. Dis is small matter only la... Posting dilewatkan... Apa yang teruk sangat? Sekurang-kurang nya kita boleh kena posting lagi cuma lewat je....

Kalau kena buang pengajian sebab buat mogok, atau apa-apa yang menentang undang-undang,ha... menangis air mata darah pun tiada gunanya....

Jangan ambil hati tentang pendapat kecil ni, ok... Saya cuma mahu kita semua fikir seperti seorang guru saja. Baik dan Buruk tindakan kita ni...

Anonymous said...

inilah slogan malaysia yang baru, pencapaian di utamakan raktat di dahulukan.kalaulah slogan modal insan sudah tentu x jadi macam ni.betul x.

Anonymous said...

Tahniah kepada anda kerana berjaya menonjolkan kejaguhan anda memperjuang cerita ni yer?saja bikin gempak la kan?Dah x der isu..

Anonymous said...

Anonymous said...
aku tetap nak salah kan dpli..x diorg x salah pesal tahun depan da x ambik student dpli?...da xde keje nak jd cikgu, alasan sanggup tgll keje asal semata-mata nak jd cikgu..bohong la wei..

October 6, 2009 1:54 PM


bangangla ko ni!!!
kalau dapat jumpa budak ni memang aku tangan2 muke dia bagi dia sedar diri sikit!!!

ko nk bukti apa lg yang kami ni(DPLI) bukan xde keje dulu!

lu kasi reveal lu punya tempat kita boleh jumpa la dude...

mana simpang ko ni!!!?

otak jangan jadi JUMUD!!!

org lain belajar bertahun2 pun tak dijanjikan kerja relax jer dude...
lu kecoh apahal?

-BUDAK TANI-

Bournville said...

buat bakal2 cikgu..

jgnlah suke mendengki sesama kite

DPLI or ISMP same je..

masing2 nak cri rezki'

bezanya..ISMP belum kenal dunia pekerjaan..jgn men ckp ikut suke..pk dulu..bile dh kije bagu tau..dh tertulis takdir kami(DPLI)de rezki ntok jd cikgu..so jgn nk slhkan kitorng plak..

mulekan hidup dengan lebih ikhlas..
rezki semua Allah yang tentukan..
dh besarkan..bley pk sendiri

Anonymous said...

TEMUDUGA DAN UJIAN MedSI DIPLOMA PENDIDIKAN / IJAZAH PENDIDIKAN
PANDUAN UJIAN DAN TEMUDUGA DIPLOMA DAN IJAZAH PENDIDIKAN


Profesion Perguruan

Mesyuarat Penyelarasan Kementerian Pelajaran Malaysia dengan Kementerian Pengajian Tinggi pada 29 Ogos 2006 bersetuju bahawa pengurusan pengambilan ke program pengajian Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) diwajibkan melalui Ujian Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI) dan temu duga mulai Sesi Akademik 2007/2008 untuk memastikan kualiti guru yang dilahirkan oleh kedua-dua kementerian berdasarkan Standard Guru Malaysia seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).


PENGENALAN : MedSI

Untuk mencapai status negara maju menjelang 2020, negara memerlukan tenaga kerja mahir yang mencukupi dalam pelbagai bidang. Penyediaan tenaga kerja ini memerlukan sistem pendidikan yang cekap dan guru yang berketrampilan sesuai dengan bidang-bidang yang diperlukan negara. Untuk merealisasikan matlamat tersebut, pemilihan calon guru harus dibuat dengan lebih objektif berdasarkan ujian dan temu duga. Seperti yang diketahui umum, bukan semua individu sesuai untuk menjadi guru.

Berdasarkan matlamat di atas, satu instrumen telah digubal oleh Jawatankuasa Pembinaan Instrumen MEdSI yang terdiri daripada sekumpulan pakar dari Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Instrumen MEdSI mengukur kualiti intrinsik calon guru dari segi Personaliti, Minat Kerjaya, Nilai Integriti dan Kecerdasan Emosi. Maklumat yang diperoleh daripada pengukuran ini digunakan untuk memilih calon guru yang sesuai untuk kemasukan ke program pendidikan di IPTA.

Kandungan Instrumen
Instrumen MEdSI mengandungi 300 item dalam empat bahagian iaitu:

1. Personaliti
2. Minat Kerjaya
3. Nilai Integriti
4. Kecerdasan Emosi

http://www.freewebs.com/kpli/tipujiandiplomapendidikan.htm

PELAJAR ISMP PUN DAH JALANI UJIAN INSAK DAN TEMUDUGA... MAKSUDNYA DISINI PELAJAR DPLI DAN ISMP SAMA JAK....CUMA DPLI SUDAH ADA DEGREE MEREKA SENDIRI.... SO JANGAN SALAHKAN SESAMA SENDIRI. JANGAN MENGATA AKU LEBIH ENGKAU KURANG.... JADILAH GURU DENGAN HATI YANG IKHLAS.... HUHUHU.....

Anonymous said...

UPSI xpatut libatkan IPGM sebab..kami dipilih dan ditentukan nilai kemasukan berdasarkan berapa guru yang akan kuar pada hari kami graduate contohnya. ambilan julai 2007 dorang da kira berapa yang akan bersarah pada 2012 begitu.kami dibayar untuk belajar..kami ada kontrak..pelajar UPSI tiada jadi kamu harus sedar dengan kedudukan kamu di mana..kami yang belajar di IPGM seluruh Malaysia berbeza dengan UPSI ataupun mana-mana U yang mengeluarkan ijazah pendidikan. jan men sedap mulut ja kalau cakap atau tulis blog. jangan fikir dari satu sudut saja.

Anonymous said...

ape daaaaa cikgu pon gaduh...ank murid gaduh kat sekolah korg nk sebat....kalu cikgu2 kat cni gaduh sape plak yg nak sebat????....aduhai cikgu2...dont'be emosional like that....jgn belajar kerana dijanjikan pekerjaan...kalu termakan janji ni la akibatnya....abis belaja konfom dapat keja....kalu korg ada mindset ni abes la....yg sebenarnya korang kene bertawakal n berserah kepada Allah diatas rezeki yg korang akan dapat selepas tamat pengajian...aku yg dh 6 tahun belajar elektrik kat uitm pon xmengharap keje malahan aku berserah n bertawakal dgn rezeki Allah....ni lain plak ngn graduan upsi,marah sgt sbb xdapat keja....budak U lain xmarah pn kalu xdapat keja,relax jer...sggp jek wat keje pape pn...keje kat seven e la n macam2 lg...jgn salah Allah sbb korg xdapat keja....padahal byk lg keja bleh wat kat dunia ni....xsemestinya keja cikgu....tp kalu dapat alhamdulillah rezeki Allah bg...course pendidikan pn sama ngn course lain yang ada kat U kat malaysia ni...xdijanjikan pekerjaan...baik elektrik,mechanical n suma la...suma xdijanjikan pekerjaan...suma atas rezeki masing2...nape nak kecoh2 salahkan suma org sbb xdapat keja cikgu...aku xdapat keja jd engineer pn aku xkisah pn...ttba plak dapat dpli dapat jd cikgu...nak salahkan sapa...xkan nk salahkan Allah kot bg rezeki kat aku jd cikgu...korang yg kos pendidikan yg xdapat cikgu byk lg keja bleh wat,xsemestinya mesti jd cikgu sbb pengambilan pelajar pendidikan xpenah abis...tiap2 taun amik...saingan sengit...suma org dh ada ijazah skg ni...nak xnak kena la up lg level..wat master ke phd ke mayb peluang korang utk dapat keja cerah...leh jd lecturer n sbagainya....pikir2kan la wahai graduan UPSI yg bijaksana....jgn cakap ikut emosi...

Anonymous said...

salam..
hmmm...
btol kate sesetengah student DPLI tu..
dlm hal ni, korg xleh nk slhkn DPLI jerr..
n jgn la libatkn student IPGM plak..
student IPGM xde kne mengena dlm mlsh kelewatan posting korg(student upsi)..
klau nk cri pihak yg nk juga diprsalahkn, korg patut slhkn kerajaan..
bkn DPLI, IPGM,or GST..
aku turut brsimpati dgn masalah ini..
tawakal jela ea..

Anonymous said...

apela main salah2kn org.. pigi minta penjelasan kementerian lg ade rasional pe.. buat makluman plajr2 upsi.. nasib korgla yg mintk upsi pasal pe?? mintk ipg la lainkali.. toksah dengki2 camni.. hati busuk org xsuke.. name upsi pun xwangi cam mse jd mpsi dlu dah.. apela nyusahkan org