October 3, 2009

Mahasiswi UPSI masuk ICU kena denggi

Tanjong Malim, 3 Oktober – Seorang mahasiswi program Pengajian Malaysia semester satu UPSI dimasukkan ke wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Slim River malam semalam selepas disahkan terkena demam denggi oleh pihak hospital.

Beliau pada awalnya mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Tanjong Malim dan dibawa ke Hospital Slim River selepas disyaki mengidap demam denggi.

Beliau yang dikenali sebagai Wan Aini Wan Ibrahim dilaporkan masih belum sedarkan diri sehingga hari ini.

Menurut wakil Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), saudara Akmal Madzir yang melawat beliau di Hospital Slim River pagi tadi, tahap kesihatannya dilaporkan masih belum pulih dan sehingga pagi tadi beliau masih belum sedarkan diri.

“Sehingga pagi tadi ketika kami melawat beliau di Hospital Slim River, beliau masih belum sedarkan diri dan masih ditempatkan di wad ICU”, katanya.

“Jadi, saya menyeru seluruh warga UPSI untuk sama-sama kita berdoa agar kesihatan beliau pulih seperti sedia kala”,katanya lagi.

Pelajar terbabit yang menginap di blok D Kolej Zaaba (KZ) walau bagaimanapun tidak dapat dikenal pasti di mana lokasi awal beliau terkena demam denggi.

Tindakan susulan akan diambil oleh pihak kesihatan sekiranya mengetahui di mana lokasi awal beliau terkena demam denggi memandangkan penyakit ini merupakan penyakit bawaan nyamuk Aedes.

5 comments:

Anonymous said...

semoga cepat sembuh...amin....

Anonymous said...

mai la kita rmai2 bc yasin tun wan aini

Anonymous said...

kami pelajar-pelajar dpli mendoakan agar mangsa denggi upsi cepat sembuh dan sejahtera.

hamba_ALLAH said...

:: syafakillah ya ukhti..
moga cpt sembuh spt sediakala.. amin ya ALLAH..

Anonymous said...

g la sembur nyamuk dkt kolej3 kediaman..
betindak la wahai pihak yg bertangung jawab

xkan nk tgu ade lg yg nk masuk icu...

giler ke ape