October 4, 2009

UPSI guna semula logo lama, kekal tulisan jawi

Tanjong Malim, 4 Oktober – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kembali menggunakan logo lamanya dalam usaha mengekalkan tulisan jawi yang tertera dan tahun bermulanya era SITC.

Penggunaan semula logo tersebut mula meluas dan disedari ramai setelah mendapati tatapan utama laman web UPSI memaparkan logo tersebut bersama Jata Malaysia.


Penggunaan semula logo tersebut dikatakan sebagai langkah mengekalkan logo asal UPSI yang digunakan semasa awal penubuhannya pada Mei 1997. Selain itu ada juga pendapat yang mengatakan ramai tokoh bahasa UPSI mahu loga asal dikekalkan yang memaparkan tulisan jawi Universiti Pendidikan Sultan Idris di samping catatan tahun penubuhan SITC, 1922, di dalam logo tersebut.

Langkah ini walau bagaimanapun dikatakan bakal menelan belanja agak besar dalam penjenamaan semula dengan menukar kembali semua logo baru UPSI kepada logo lama tersebut, menurut beberapa pihak.

Logo baru UPSI sebelum ini diperkenal dan digunakan sebagai logo rasmi UPSI bagi menukar logo lama semasa UPSI di bawah pentadbiran Tan Sri Dato' Dr Muhammad Rais Abdul Karim yang menjadi Naib Canselor UPSI pada ketika itu.


4 comments:

Penuntut kesedaran awam said...

tulisan JAWI sememangnya harus dikekalkan untuk menjadi simbol negara yang menjadika agama ISLAM sebagai agama rasmi... tetapi hanya sekadar tulisan JAWI dikekaltan tanpa ada kesedaran dalam kalangan masyarat tetang pengetahuan pembacaan tulsan JAWI ianya tidak akan bermakna... Terutama warga UPSI yang mungkin hanya megenali tulisan JAWI pada LOGO UPSI... tahniah UPSI atas penggekalan tersebut...

Anonymous said...

biasala tu...orang politik dah kehabisan duit. maka dengan penjanaman semula tu boleh la buat duit sikit. macam haram jadah. untuk bakal-bakal cikgu posting kena beku, duit nak di habiskan untuk buat logo semula ada..
tunggu apa lagi lepas ni?

Anonymous said...

bila nak update ni

Anonymous said...

pada saya, logo baru lebih cantik. kerana tertera perkataan Universiti Pendidikan Sultan Idris itu sendiri. jenama yg digunakan adalah UPSI. pengetahuan suluh budiman itu cuma 'sidekick' nya. logo baru juga lebih 'bold' lingkaran garisan kuningnya. menampakkan logo tersebut lebih kemas. jika mahu kekalkan tulisan jawi tidak ada masalah.