October 20, 2009

“Semua ahli AMI UPSI dapat penempatan”- Presiden

Tanjong Malim, 20 Okt. – Presiden Alumni Mahasiswa Islam (AMI) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bersyukur apabila semua ahlinya mendapat penempatan masing-masing selepas berjaya menamatkan pengajian dan bergraduat pada Ogos lalu.

Beliau yang memaklumkan perkara tersebut kepada UPSIkini melahirkan rasa syukur dan gembira dengan khabar tersebut dan berharap semua ahli AMI akan terus memberi sumbangan dan bakti dalam kerjaya sebagai guru pula.

“Saya benar-benar bersyukur dan rasa gembira dengan perkhabaran tersebut dan ini menunjukkan bahawa kebergantungan kita kepada Allah di samping usaha dan doa yang dipanjatkan dimakbulkan-Nya”,ulasnya.

Dalam pada itu katanya, ada beberapa ahli AMI yang memohon untuk menangguh penempatan pada hujung Oktober ini kerana ingin menamatkan kontrak perkhidmatan di Sekolah Agama Rakyat di kawasan mereka yang berakhir hujung tahun ini.

7 comments:

tiga naga said...

kahkahkah....ahli2 pertubuhan haram AMI adalah seperti berikut:
Majlis Tertinggi:
a) Reejaluddeen Nainaa
b) Azeehar Maideen
c) Tee Gee Mereecan
d) Shahreezan Kuttee
yeker dapat posting?
dapat SJKT mana?
kahkahkah...........

Anonymous said...

ahhh kan.. aku bru je nk tnye pasal bdak2 ni..pas tu tiga naga dh bangkitkan isu ni.. aku rase dia org dpr SKJT Tg. MAlim kot..hehehehe

lucu lah....

Anonymous said...

Jadi masuk lahh AMI kan? tu moteff nya kan..huhuhuhu

Raja Hasbullah said...

Tahniah kepada semua ahli AMI..
Tg dan Ijan dapat posting kat n9..

Kerja kuat kat N9..
kita akan tawan N9 pada pilihanraya akan datang..

InsyaAllah...

Anonymous said...

BELAJAR LA BERTERIMA KASIH KEPADA KERAJAAN KITA YG ADA SEKARANG...SEMUA AKAN DAPAT POSTING INSYAALLAH... BERSYUKUR PADA ALLAH S.W.T ATAS USAHA ANDA SELAMA NI DAN JGN SEKALI2 LUPA TERIMAM KASIH KPD KERAJAAN MALAYSIA KERANA MENYEDIAKAN TEMPAT UTK ANDA2 SMUA...

مَعهَدين الُمعلمْ said...

Terima Kasih Kerajaan.....
:)

anak omak said...

bengong punyer raja hasbullah...
ko ingat n9 nak terimo ko duo ekor mcm tg n ijan tu..buek nyomak jer kg den...poe blah la....