October 14, 2009

Penempatan : PSR, B&K antara yang ramai gagal

Tanjong Malim, 14 Okt – Graduan program Pendidikan Sekolah Rendah (PSR) dan Bimbingan & Kaunseling dilaporkan antara program yang paling ramai gagal ditempatkan dalam keputusan penempatan pada kali ini.

Kegagalan ramai graduan PSR dikatakan mempunyai kaitan dengan persaingan yang perlu mereka lalui dengan lepasan Institut Perguruan Malaysia (IPGM) – di bawah pentadbiran Kementerian Pelajaran Malaysia yang membekalkan tenaga pengajar di sekolah-sekolah rendah seluruh Malaysia.

Dalam pada itu, bagi graduan B&K pula, bilangan permohonan dikatakan terlalu ramai daripada keperluan sehingga memaksa pengambilan perlu dikurangkan di samping kegagalan calon melepasi temuduga dan ujian INSAK yang dijalankan.

Terdahulu, KPM melalui Ketua Penolong Setiausaha Unit Perkhidmatan Guru (1) memaklumkan kira-kira 400 calon yang memohon untuk mengisi jawatan Guru Sandaran Siswazah Terlatih (GSST) gagal dalam sesi temuduga dan ujian INSAK yang dijalankan seterusnya gagal ditempatkan ke sekolah-sekolah.

14 comments:

Anonymous said...

salam MPP perlu buat sesuatu untuk perjuangkan hak kami pelajar Program PSR untuk posting...masalah posting bagi program PSR upsi memang tiada kesudahannya...setiap tahun masalah akan berulang....please MPP buka mata perjuangkan hak kami pelajar PSR macam mana pula ngan batch sem 8 ni yang harus bersaing ngan IPG keluara pertama ijazah....kenapa psr upsi masih tidak dipandang...

Anonymous said...

Dengar cite Azhar fail..Betul ke?
Aku tak heran kalo cite ni betul..sebab dulu memang dia master mind geng2 kebajikan ni..pertikai e voting lah ape lah..ok la, dapat 8 org menang..skang tak dapat posting..berbaloi ke??

Anonymous said...

kpd pelajar psr, sila rujuk kpd mpp fakulti anda kerana wakil dari fakulti anda lebih memahami..

azhar fail?? klau betul die fail, xberbaloi la usha dia selama ni jadi mastermind kebajikan.. bertanding calon, kalah, support kebajikan tetap pro kebajikan xkemane.. tp rezki allah yg beri, mungkin allah dah rancang sesuatu yg lebih baik untuk nya..

Anonymous said...

Biar betul wei..Jgn pepandai wat citer..

Anonymous said...

Azhar lulus..

Geng MPP yang budak PSR tu kantoi..sape dak pompuan johor tu...ha dia kantaoi..ada lag b2 3 ekor budak MPP atasantu kantoi gak...

Anonymous said...

logik gak tiap2 tahun penempatan tuk psr selalu de prob.coz tiap2 thn der kpli (bsr) bhagian sekolah rendah dri ipg yg akan posting.kpli tu pun bukan skit2..thn lpas jer lbh kurng 5000..n mula thn dpn lak n thn2 seterusnya student ijazah from ipg lak akan dipostingkan..n rata-rata semua ke sekolah rendah.. kpli+ijzah ipg so mmg ramai..n kementerian akan utamakan mereka dlu sebab diorg mmg program bwah kpm..ntahlah...

raja hasbullah said...

hahaha...
cite pasal azhar memang xbetol pun.
aku tahu azhar posting kat mana..
memang azhar kawan baik aku.

Azhar n da geng2 yg 'nakal' dulu2 kat UPSI sume kerajaan bagi posting..

Kn aku dh cakap posting tu milik Allah bukan milik kerajaan..

BANGANG TAK HABIS-HABIS!!!!

undersky said...

ini betul-betul...bukan cobaan!! alaa ajiss

Anonymous said...

nak tanya pasal budak pendidikan jhas ramai x yang xdapat posting.dah psr dengan budak bnk ramai yang gagal.macam mana pulak dengan budak sains matematik.

Anonymous said...

UPSI jangan tawarkan kursus PSR sebab dah ada dak IPG... Tu je jln penyelesaiannya...

Anonymous said...

PSR = Pendidik Senang Relax

Anonymous said...

"macam mana pulak dengan budak sains matematik."

nak bagi maklum bls yg ni je...ermm,takat ni bdk math xder dgr lg yg gagal,x taw la kalau ada...tp mostly tercampak ke sabah n sarawak..xpela asal dpt posting jer...
utk yg dpt posting,tahniah..yg gagal ley cuba wat rayuan..

undersky said...

penempatan psr seperti biasa...jgn risau...

Anonymous said...

aku dak science dan dah dapt penempatan..tapi aku harap masalah penempatan PSR dapat diselesaikan.aku ramai kawan PSR. diorang sedih, aku pun tak hepi..
semoga Allah permudahkan rezeki dan urusan kita semua.