October 15, 2009

Pengambilan baru : Hanya empat program ditawar, tiada jaminan penempatan

Tanjong Malim, 15 Okt.- Pengambilan pelajar baru bagi ambilan Disember 2009/10 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) hanya menawarkan empat program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan iaitu Sains Kejurulatihan, Seni Komunikasi Visual, Multimedia dan Teknologi Rekabentuk Berkomputer yang mengambil masa 4 tahun atau lapan semester pengajian.

Program dibuka kepada calon lulusan STPM, Matrikulasi dan Diploma untuk setiap program yang ditawarkan.

Kesemua program yang ditawarkan adalah untuk pasaran terbuka (open market) dan tidak mempunyai sebarang jaminan penempatan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) selepas tamat pengajian berdasarkan iklan yang disiarkan web permohonan atas talian UPSI.

Bagi mereka yang berminat, sila layari laman web www.upsi.edu.my/online.

20 comments:

Anonymous said...

aku xbagi sedara mara aku mintak.

Raja Hasbullah said...

Ala bagi jer..
Rezeki Milik Allah..

InsyaAllah..

Anonymous said...

nak jd cikgu KPM..mintak IPG lah..tapi result pun bleh tahan gak..

Anonymous said...

pesan la kt sedara mar, anak branak, shbt handai.. jgn suh mrk msuk progrm ni..

kalu U lain y twr blh lg pk 2x..
jgn la kmaruk nk msuk U smpai jd mngsa hutang.

Anonymous said...

"Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan iaitu Sains Kejurulatihan, Seni Komunikasi Visual, Multimedia dan Teknologi Rekabentuk Berkomputer yang mengambil masa 4 tahun atau lapan semester pengajian."

lbh baik ambik y bkn pakej pendidikan, lg sng cr keje. dh la posting seakan mkn ssh, kn plak blaja 4taun, htg pn mnimbun.. x berbaloi lgsung.

Kos Multimedia dan Teknologi Rekabentuk Berkomputer?????? x yah la weh, x bnilai komersial lansung..kang nnti kn tanam jagung kt kg..

x-po said...

aku xbg adik aku isi..wtpe isi kalau dh xda jaminan keje..sia2 je hutang ptptn nnt

undersky said...

negara membangun=rakyat meganggur...........masjid cantik(maklumlah negara maju)=orang xde sbb minda x membangun= ????

Anonymous said...

Stop je terus...

oleh butter said...

Anonymous said...
Kos Multimedia dan Teknologi Rekabentuk Berkomputer?????? x yah la weh, x bnilai komersial lansung..kang nnti kn tanam jagung kt kg..


rasanya lgi bgus dari subjek pendidikan lain sebab terbuka pada pasaran luar. tak la hanya nak bergantung pada nak jdi cekgu semata-mata.lagipun peluang ada kat mana-mana. kalo tak da kerja juga jom ikut aku p noreh getah..ko ngajor la pokok getah tu puas-puas.

Anonymous said...

tak kisah la nak belajar kat mana dan kos ape pon, yang penting ikhlas nak ilmu, kalau ikhlas tuhan akan tolong, kalau ada ilmu tinggi mane pon kalau tak ikhlas... sia2 je ilmu tu...

mentaliti masyarakat kita ni belajar setakat nak kerja saje, aku pon dulu dapat ilmu yang orang kate xde mase depan, tapi skarang ni rezeki aku lebih daripada orang yang mengata aku tu...

kesimpulannya, belajar kerana nakkan ilmu bukan stakat nak kaya je...

john jenin said...

1 bismillah pun berguna kalau belajar.. inikan pulak kalau ambik ijazah.. xkn x berguna langsung kot... jadi le pensyarah kat kolej.. xkn nak jadi cikgu je.. politeknik pun boleh ape....

Anonymous said...

ha VISCOM....cian la bdk viscom

Anonymous said...

huhu camne arr budak2 yg lepasan graduan kos ni..huhu rs cam nyesal dlu amik kos ni..xdijamin penempatan la plak...adui haii...harap2 dapat penempatan secepat mungkin...bodo jer upsi ni bukak kos ni...name jer universiti pendidikan...baik amik kat u lain 2thun jerk...leh jerk mintak jadi pensyarah...aku bngang jugak..dlu janji lain..bl da jadi isu ni..lepas tgn...huhu

Anonymous said...

hai...ak dpt kos multimedia so ak x tau nk g ke x..kos ni ok x?snang dpt keje x?kompom ke jd ckgu?blaja susah x psl ak x tau sgt psl multimedia..plez kasi komen

azim fauzi said...

Macam mane nk cakap ah, selagi UPSI berdegil menawarkan kursus bukan pendidikan 4 tahun jugak takde sape nk percaya UPSI lagi. Dahlah lama, kursus tak penah dengar.. Duit keluar juga.. pastu siap bagi tau lagi kursus ini tak diiktiraf Kementerin Pelajaran.. Bodoh ke ape..

UPSI baik macam ni lah.. selain program pendidikan 4 tahun buatlah program bukan pendidikan 3 tahun .Mcm sejarah, Bahasa, Sains tulen, geografi, Muzik, Seni, dan lain-lain yang kau U lain 3 tahun je. Kadang-kadang title pendidikan kat ijazah macam lagi susah dapat kerja sebab componey tau ko memang nk jadik cikgu.

Kalau Ijazah Sarjana Muda ko dalam bidang sains (BcSc), sastera (ScArt), busines (BBA), dll aku bukan nk cakap lagi senang carik keje gune ini.. blaja pon singkat..berbaloi tak payah tunggu 2-3 tahun nk posting keje.. 4 tahun dah abis dah.. bila nk keje 30 thun?? dalam open marketkan ade.. takpayah jumpe budak2 nakal kt sekolah balik.. tinggal nk usaha je.. jgn malas nk keje senang bayak cuti..mcm mane melayu nk maju..

Anonymous said...

bakal mengambil program ini.ada tak yg tlh ambil program ini dah dapat kerja?kalau ya, kerja apa?

Anonymous said...

salam
kepad sahabat sekalian
keje kat malaysia ni berlambak
jgn pikir hutang
tiada kejayaan tanpa pengorbanan dan resiko
korang tau tak designer kat company oil n gas bayar berapa untuk yang ada diploma or deegre?
korang pasti terkejut dengan nilai dia
klu sape2 amik deegre teknologi reka bentuk jgn risau pasti ada cuma korang kena tau caranya nak dapat kerja n gaji lagi best
jadi pikir2kan
hehehe
sekian nukilan
bye

fizz sahrudin said...

slain jd cikgu, lecture, amek kos ni bleh jd ape???

Anonymous said...

Salam, sy nk tanye klu amik program yg open market nnt bile grad nk keje ape?sy dpt offer ijazah sarjana muda pendidikan (teknologi rekabentuk berkomputer)dengan kepujian.tolong beri sy pendapat.kerana saya akan mendaftar pada 26 disember 2010.

Anonymous said...

saya dapat UPSI...kos teknologi rekabentuk berkomputer....macam mner???akan masuk maybe lepas raya nie.....macam mner????