Tanjong Malim, 20 Okt. – Semua lapan ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Pro Kebajikan menolak cadangan Biro Politik & Risikan (BPR) Pro Kebajikan untuk tidak bertanding dalam Pilihan Raya Kampus akan datang.
Koordinatornya, Akmal Madzir yang juga merupakan Exco Latihan & Pembangunan Sahsiah MPP mengatakan cadangan tersebut merupakan langkah ke belakang setelah Pro Kebajikan berjaya mendapat mandat besar mahasiswa pada PRK yang lalu.
“Kami dalam barisan MPP yang membawa nama Pro Kebajikan berpendapat cadangan tersebut merupakan langkah ke belakang yang tidak sejajar dengan kehendak mahasiswa yang sudah memberi kepercayaan kepada kita”, ulasnya.
Tambahnya, “meskipun kajian BPR membawa kepada cadangan tersebut, namun saya yakin dengan sokongan mahasiswa, terus bertanding adalah pilihan terbaik bagi memberi peluang kepada mahasiswa memilih barisan kepimpinan terbaik’.
Beliau mengulas perkara tersebut selepas timbul desas-desus mengatakan Majlis Tertinggi Pro Kebajikan akan mempertimbang cadangan BPR Pro Kebajikan untuk tidak bertanding dalam PRK akan datang.
Sementara itu, Exco Akademik & Kerjaya MPP, Nur Aqilah Hanis dalam kenyataannya turut memberi respon yang sama – mahu Pro Kebajikan menghantar calon terbaik dalam PRK akan datang.
Katanya, penghormatan kepada arahan ketua adalah perlu namun keadaan semasa yang mahu perubahan menyeluruh dalam kepimpinan MPP menjadi tanggungjawab Pro Kebajikan untuk merealisasikannya di samping melahirkan kepimpinan yang dinamik dan bersifat kemahasiswaan.
7 comments:
kepada pelajar dpli selamat berjaya dalam peperiksaaan.................
Good Luck
Salam kepada pro kebajikan
Saya tidak bersetuju kerana membelakagi ketua. Mesti diadakan musyawarah antara ahli untuk mencapai persetujuan. Betul bahawa saya katakan bahawa kenyataan saya sebelum ini agar pro kebajiakn bertanding . TETAPI JANGAN MEMBELAKANGI KETUA ANDA! Saya cukup pantang hal yang begini. Sepatutnya sebagai seorang ketua perlu memanggil semua jawatankuasa untuk mencapai kata sepakat berdasarkan kajian yang diperolehi. Sebagai seorang ketua perlulah mempunyai keanjalan dalam membuat keputusan berpandukan quran, sunnah, qias dan ijmak ulama. Tetapi saya tetap bersetuju agar prokebajiakan bertanding. Tetapi terserah kepada ketua untuk membuat keputusan kerana telah DIBAIAH oleh ahli.
UPSI CEMERLANG BERSAMAMU......
tolong perhatikan kelab kebudyaan upsi..lelaki tak macam lelaki. dah teruk sangat. Universiti lain asyik mengata..ini soal maruah bakal guru..tolong perbaiki keadaan ini.
ya..selamat ya...
Salam..
ade sape2 tau tak sapa nama penyelaras DPLI kat UPSI ni?kalau ade no tel. tlg bg skali erk..
*lelaki lembut.??aww...!!! tak kuasa nyah..*yg sepatut nampak benda ni adalah org berwajib..bukan pelajar..pelajar tugas utama belajar..jgn pentingkan sgt nama tempat blajar kalau kita sendiri blajar pon main²..ada apa dgn nama.?? *tak bawak masyuk syurga nyah..*
nyah....CITRA warna bak kata BUDI jiran aku..hehe
Budi jejaka Penang,,
Hang memang trok..
result ang terok
Post a Comment