October 15, 2009

Mantan ahli MPP dapat anugerah daripada UMNO

Tanjong Malim, 15 Okt – Seorang bekas pelajar UPSI yang juga merupakan ahli Majlis Tertinggi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPSI sesi 2007/08, saudari Khasyatul Rodziah Ilias dilaporkan terpilih sebagai penerima Anugerah Nadi Negara Wanita UMNO 2009 sempena Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam.

Beliau antara 11 penerima anugerah yang dipilih di kalangan graduan muda. Anugerah tersebut merupakan pengiktirafan kepada mereka yang cemerlang akademik selain bertujuan membajai bakat kepimpinan sebagai persediaan melahirkan golongan pemimpin bagi melestarikan Malaysia.

Dalam kenyataan berkenaan anugerah yang diterimanya Khasyatul dipetik sebagai berkata anugerah yang diberi kepadanya akan menjadi pendorong untuk beliau terus bergiat aktif dan menjadi pendidik yang berkualiti.

Mengulas tentang perkara tersebut, Ketua Penerangan Pro Kebajikan UPSI mendakwa anugerah yang diterima Khasyatul yang juga merupakan mantan ahli MPP membuktikan beliau sudah mula aktif dalam politik khususnya parti UMNO sejak dalam pengajian di UPSI.

“Ini jelas, mereka sering dakwa ada pelajar terlibat dengan politik luar, dan saya nak sahkan perkara tersebut sekarang, merekalah yang terlibat dengan politik luar, parti UMNO tapi yang menghairankan pihak yang berkaitan buat nampak tak nampak saja perkara tersebut”,ulasnya.

Tambahnya lagi,”kenyataan beliau juga sudah membuktikan beliau terlibat dengan politik sejak dalam pengajian apabila beliau berkata ‘akan terus bergiat aktif’, maknanya sebelum ni pun dah aktif”.

Dalam pada itu, Pro Kebajikan turut menggesa pihak universiti berlaku lebih adil dalam memantau pergerakan pelajar dalam menyertai aktiviti parti politik di luar.

“Saya nak pesan kepada pihak yang bertanggungjawab, jangan bersikap ‘double standard’ dalam memantau perkara ini, bila parti UMNO kamu diam, bila ada aktiviti UMNO dan BN dalam kampus kamu diam, sebelum ini bukan main bersungguh-sungguh nak berlaku adil, tak mahu ada politik dalam kampus, tapi bila UMNO kamu senyap. Adil ke ini?,”katanya.

Terdahulu, Khasyatul Rodziah dilaporkan antara graduan yang gagal mendapat penempatan pada sesi kali ini.

20 comments:

Anonymous said...

dapat anugerah dr umno tak semstinye melambangkan seseorang tu menyokong umno...bab ni kene paham lebih skit..jangan jumud sgt...lagipun anugerah tu selepas dia habis belajar di upsi..itu terpulang pada hak dia..sebab dia takda kaitan ngan pentadbiran upsi lagi..

Anonymous said...

rijaluddin juga setelah hbis pengajian dan berkonvo baru terlibat dgn politik luar. tp itu jadi hal la plak.. mane logik klau baru2 bergiat dlm politik, trus boleh dapat anugerah.. msti kene bnyak bg sumbangan dan kerja keras..

Anonymous said...

wah..gagal posting tp dapat anugerah..cemerlang sungguh..

Anonymous said...

UMNO memang semua boleh...apa da..

Anonymous said...

Takpe..fail posting bole jadi Puteri UMNO..Untung2 bole kawen ngan Pemuda UMNO mana-mana..kontraktor sume tu..kaya dol..tapi no. 2 r..
haha..

Anonymous said...

pemuda umno pun xder selera la dgn minah ni...

Anonymous said...

biasalah kat upsi, dak2 pompuan biasanya especiallay from johor, lau check mmg siap dgn kad ahli lagi...
xsemua, tp ni pengalaman di upsi...
tp xtau lah ngan dia niii...

Anonymous said...

biase r UMNO..

Raja Hasbullah said...

UMNO memang keparat..

bacull..

Aspirasi(kualiti) kat UPSI nie anak buah UMNO la..

Dasar penjilat..
double standard..

x adil..

Anonymous said...

UMNO boleh saje...
buatlah ape pun..

klu dh namanye UMNO..

kita ni insan yg kudus..
bak kata pepatah..
mreka tu durian,
kita ni mentimun,
digelek luka,
menggelek pun luka..

tp...Allah itu maha adil..
tggu je...
haha..

Anonymous said...

tahniah la dapat anugerah dari umno ek, lepas ni boleh la duk mengampu mintak projek k. dah xleh posting kan. apa ye sumbangan dia kat upsi ni sampai dapat anugerah, aku sokong kalu bagi kat akmal ke, hanif ke. ni hak yang mengampu la yang dapat. nasib badan...............

Anonymous said...

molek sangat la dapat anugerah, anugerah paling hebat mengampu ek. tapi bukan ke politik kalu umno bagi hadiah kan. cuba tgk kat um sekarang. 8 org kene panggil sebab bawa masuk exco kerajaan selangor sebagai pengadil n panel. aku dah pening ni

Anonymous said...

eleh akupun sokong aspirasi jugak dulu...padahal bila kat luar aku sokong PR...tp bg aku politik kampus adalah politik kampus..takde kaitan ngan luar..politik luar adalah luar..takde kaitan ngan politik kampus..tu je senang..bg aku poltik kampus tuk pilih wakil pelajar tuk universiti...bukan utk negara atau negeri aku...

Anonymous said...

Kalu buleh anugerah dari PAS??? apa akan jd ek?

undersky said...

walaupun kita pembangkang jgn kutuk sgt ore ni weh..payoh nak mintak ampun...dosa nga tuhan buleh mintak nga dio tp dosa nga ore ni susoh wei

xpdc said...

aku pun setuju ngan mamat undersky.
biarkan je ape yg mantan mpp 2 nk dpt. ape kt nk kecoh2 kan.
makin lame makin muak dgn drama UMNO nih. PR pun satu lg, jgn terikut2 ngan budaya UMNO nih. dulu kini dan selamanya susah nk berubah.

note: aku benci kalu ahli politik cakap dgn gambaran bahawa rakyat akan menerima bulat2 ape yg dikata. INGAT APE, KT NI BODOH SANGAT KE? stupid politician, kdg2 mrk ni tak lebih dr pandai ckp ngan memutarbelitkan ayat. i2 je yg lebih politikus nih......

Anonymous said...

apa kes melibatkan negeri johor nie?ni main kotor...wat generalisasi secara umum...mana rakyat johor???bersuara anda..

Anonymous said...

pemilihan ni bukannya dipilih melalui org tu ahli umno atau tak...die tengok apda pencapaian akademik dan juga bakat kepimpinan dan aktif dal bidnag kokurikulum..bukan aktif dalam UMNO...HARAP PAHAM....tp skang die kan dah abis blajar so, up to her lah nak masuk parti mane...

Anonymous said...

pemilihan ni bukannya dipilih melalui org tu ahli umno atau tak...die tengok apda pencapaian akademik dan juga bakat kepimpinan dan aktif dal bidnag kokurikulum..bukan aktif dalam UMNO...HARAP PAHAM....tp skang die kan dah abis blajar so, up to her lah nak masuk parti mane...

pro demokrasi said...

entahla dengan sistem demokrasi kat mlysia ni. Aku pon xphm. Kalau stdent skog pmbgkang krajaan mrah. Tpi lau stdent pro umno xpe lak. xder gna krajaan duk laung2 ngra ni dmokrai. tpi die sndri x dmokrasi. igtlah rkyat bukan bdoh cam thun 60-an ag...ketidakadilan yg umno bw leh memakan diri.!!!! tggulah PRU 13..aku bknnya anti krajaan or pro pmbgkang. Tp ape yg kita buat kdg2 leh mmakan diri sndiri. Aku cme nk KEADILAN dan KETELUSAN....