October 12, 2009

Kerana ramai gagal, KASIH anjur Bengkel Rahsia Lulus Posting

Tanjong Malim, 12 Okt – Isu penempatan yang masih menjadi topic perbualan hangat warga UPSI kini memberi ilham kepada Persatuan Bimbingan dan Kaunseling (KASIH) UPSI untuk menganjurkan ‘Bengkel Rahsia Lulus Posting’.

Penganjuran bengkel ini dikatakan mempunyai kaitan dengan suasana semasa di UPSI setelah timbul berita mengatakan penempatan pada kali ini menunjukkan bilangan calon yang gagal agak ramai berbanding sebelumnya.

Dalam pada itu, pada ruangan iklan program ini yang disiar di MyUPSI Portal, tertera kenyataan untuk menjelaskan kesahihan isu penempatan yang bakal dibekukan bermula tahun hadapan.

Bengkel yang membuka ruang kepada 300 peserta ini akan diadakan pada 24 Oktober ini bertempat di Dewan Kolej Ungku Omar dengan yuran penyertaan sebanyak RM 20.00.

37 comments:

Anonymous said...

Mr Teller boleh x bg tahu pelajar2 nie posting dimana???

1. Azhar
2. Rijaluddin
3. Tengku Abd Ghaffar
4. Shahrizan.

Dikhabarkan mereka sume ini x dipostingkan kerana membangkang universiti dulu. Betulka? kenapa abang2 senior cakap g2?

Anonymous said...

xyah la, aku rasa baik import penceramah dari agensi yang ada banyak pengalaman la.dah boring penceramah upsi punya. rasa tak berkembang la plak.

anti isa said...

hehhe...
utk pengetahuan adik yg bertanya ni...azhar, rijaluddin, TG dan sharizan dah dihantar ke kamunting, taiping..mereka posting situ kot...

Anonymous said...

SALAM...UTK PENGETAHUAN, BENGKEL INI SUDAH DIRANCANG DARI SEMESTER LEPAS LAGI... TETAPI KESUNTUKAN WAKTU MENYEBABKAN BENGKEL INI DIADAKAN PADA KALI INI...IA XDE KAITAN LANGSUNG DENGAN ISU SEMASA SEKARANG...IANYA HANYA HANYA KEBETULAN...TQ KPD UPSI KINI KERANA MEMBERIKAN PUBLISITI DLM BLOG INI...

Anonymous said...

x di postingkan..,biar betol..

xkan kerana bangkang je tak dapat posting...

agak2 ar...

Anonymous said...

persoalan ini perlu dijawab kenapa kerajaan mewujudkan dpli...kerana untuk mengisi kekosongan pendidikan...saya student ismp akui kelemahan pelajar ismp menghadapi emosi ketika temuduga..berbeza dengan senior-senior dpli...

apa yang penting, diharapkan bengkel ini dapat menyedarkan kami selaku ismp..masuk upsi tak semestinya jadi cikgu sbb kita bukan tajaan KPM..

Anonymous said...

kebiasannya macam tu lahhh, xposting bkn sbb xlulus temuduga/ujian insak.... tp xtau lah kann, org "kuat" sbelah sana pn ada jugak xposting...

Raja Hasbullah said...

Antanra msg Abg Tg kepada aku bila dia dapat posting::::

"Alhamdulillah ana dapat posting kat Negeri Sembilan. Doakan ana semoga tetap komited dengan perjuangan Islam"

Abg Sharizan plak dpt posting kat Negeri Sembilan gak..

Rijal dan Azhar pun dapat posting tapi aku tak tahu kat mana. xdak nombor nk msg

Tu lah nk cakap.rezeki tu hak milik Allah. Xyah takut nk bercakap benda benar kat universiti ini..

Ganyang Aspirasi(Kualiti)!!!

Anonymous said...

pembangkang???... tnggu anuar jd PM dlu la br leh posting..wahahaha


suh je diorg ni keje McD @ 7E dlu

Anonymous said...

bengkel nie dah lama kasih rancang sebelum isu posting lagi..tp pelaksanaan je lambat sikit..upsi kini kecoh jerk..asyik nak menghentam jerk...bengkel ni bukan rahsia...umum...terbuka pada semua.apa kes ni mr teller?pelik la..

no money said...

rasanya mereka posting semuanya...

posting nie semua dah ditentukan Allah...

Allah dah rancang apa yang terjadi...

so x jd masalah kalo dia tue penyokong atau pembangkang universiti..

mungkin mereka bangkang sebab benda betul...

kita nie tidak patut jadi pak turut atau menyalahkan orang...

so tidak salah mengemukan pandangan untuk kebaikan bersama...

contohnya hari ini, masa nak isi kolej terdetik lihat financial...

bendahari upsi kenakan saya bayaran yuran double...

dah potong dalam ptptn tp masih tulis berhutang

so takkan saya ikut saja...

kalo anak yb bolehlah kot...

saya ada hak membangkang kenyataan bendahari adalah salah...

sekarang bendahari kata akan tengok balik...

adakah ini kira pembangkang???

kadangkala kita lupa hak kita sebagai mahasiswa untuk membangkang sistem u utk kebaikan semua..


* pesanan kepada semua pelajar upsi sila periksa bayaran yuran anda...

masuk upsi portal => financial => financial information

Syahir Mohamad said...

salam..
hhehehe..

Anonymous said...

biar btul dorg ni xposting.. rasenye azhar dan rijal ni pernah cube bertanding MPP atas tiket pembangkang universiti.. nasib dorg la...

Anonymous said...

Tengku Abd Ghafar dan Shahrizan dah dipostingkanpun. Masing2 di N9..Alhamdulillah

Rijaludian dan Azhar juga dapat. Rasanya di selangor dan perak takpasti.

SO MESEJNYA DISINI. mereka bukanlah membawa mesej buruk di kampus. Mereka dahulu mahu bertanding atas tiket sendiri..

Yang saya dengar khabar 2, ke 3 orang MAJLIS TERTINGGI MPP GAGAL DALAM TEMUDUGA. SAYA TAKNAK CAKPLAH NANTI MENGAIBKAN PULAK..

anda carilah sendiri.

ALHAMDULILLAH ANA JUGA BERJAYA DITEMPATKAN. SYUKUR...

Cikgu Eyu said...

Assalamualaikum w.b.t.

sy cadangkan, utk bengkel tsebut pe kata jemput mereka yg bpengalaman dlm mhadapi ujian psonaliti n interview.. xsalah kalo jemput abg n akak dr program dpli/kpli sbb mereka telah lulus smua tu, paling tidak biar kami cerita pngalaman 'tketar2' time tmuduga tu hehe.. diharap jg akan merapatkan lagi jurang di antara kita bakal pdidik seantero negara.. insyaAllah..

Anonymous said...

haha...lucu la upsikini..

mana la mr. teller ni dpt berita program kasih ni disebabkan oleh isu semasa..lawak2...ingt senang2 ke nak anjur program dlm masa yg singkat, tau2 je la upsi ni, nak lulus program pn senang...lg2 klu program persatuan..so mesti la program ni dah lama dirancang sejak dulu..ape la..tu pn xle fikir..mcm ne nk jadi wartawan upsi ni..sepatutnya kena tanya persatuan kasih dlu, btl ke x..bru siarkan berita ni..

baik tukar nama la, jd mr. liar..hihi

tp ape2 pn thanks sbb bagi publisiti percuma kat sini..hehe...sayang upsikini..

cacen86 said...

erm...kalau anda pelajar tajaan KPM,tk semestinya anda konpim posting yer

sebab,kawan2 saya yg KPM,sgt ramai dpt surat dukacita...

jangan main2 dengan INSAK,,tu je...

Anonymous said...

pakatlah ramai2 bukak pusat tuisyen..buat signboard besaq tulih 'dimiliki oleh graduan UPSI'. attraction tu. buat pakej then promote kat sekolah. seelok2nya gabung dgn pelbagai bangsa utk attract semua student. kalu melayu je yg bebudak cina tanak masuk. cikgu kan dibenarkan mengajar tuisyen sekarang. rezeki dimana2 sahaja. aku plak nak ambik tender kantin sekolah. ngam2 tempoh 2 tahun dgn tempoh kontrak kantin sekolah 2 thn gak haha

Anonymous said...

tak payah bimbang la izlan mpp tahun lepas pun gagal posting juga...mpp aspirasi lak tu dia la yg kuat duk hentam pro mahasiswa tp dia sndiri gagal posting

Anonymous said...

kami ISMP yg dpt temuduga ni nk offer jgk, amik kami jd penceramah hal2 temuduga niii, xkan DPLI jer pikir dia leh lps temuduga tuuu... kami pn sama jgk...hahaha

Anonymous said...

Salam

Kita ambillah senior yang penah lalui temuduga. Mcm abg2 dan akak2 tahunni yang lulus. Dorang tentu tahu..sebelum,semasa dan selepas.

Anonymous said...

x Yah la Panggil KPLI DPLI dan orang2 lain..Bekas Graduan UPSI yang dah tamattuh hebat..suh diorangje..

Mana2 yang lulustu minta dorang bg tau cara dan pengalam,n dorang..

KITA ADA PRODUK SENDIRI GUNALAH KEPAKARAN YANG ADA

Cikgu Eyu said...

jemput reramaaaii..!! muehehehe..!

Anonymous said...

salam...
info ni sy dpt dr panel interview posting..dia mmg tidak berpuas hati dgn budak upsi kerana:
1. HANYA tahu basic dlm pendidikan..(PIPP,FPK)
2.kurang menguasai bhs inggeris
3.gagal utk menonjolkan diri,apabila d interview bersama calon dr IPTA/S lain..

so,saya harap bengkel ni dpt utk mengisi kekurangan yg ada pd pelajar upsi coz saya pun pljr upsi..rasa malu pun ada bila panel bercerita ttg jwpn2 yg diberikan oleh calon upsi..harap bengkel ni dikendalikan oleh org berpengalaman baik sbg panel mahupun calon...

dak DP ngah praktikal.. said...

xpe la kalo xnk kwn ngn dak dpli pon... nk wt cmana.. isk.. isk..

semoga mdapat apa yg diimpikan.. amin..

Anonymous said...

jangan le jadi kata orang 'bodoh sombong' tunjuk ego sendiri. jatuh standard ke kalau minta nasihat DPLI/KPLI dalam isu ujian insak dan temiduga? realitinya diorang smua dah lalui ujian tu smua. Dalam keadaan kritikal perlukan bantuan tapi masih lagi memilih bentuk bantuan? sy yakin pelajar DPLI/KPLI x kedekut ilmu untuk dikongsi dengan pelajar ISMP.

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Alhamdulillah....cikgu tg, cikgu rijal, cikgu azhar dan cikgu shahrizan dapat posting...semoga menjadi seorg pendidik yang dpt membentuk peribadi seorg muslimin dan muslimat sejati...amiiiin..

Anonymous said...

teller smkn gile...gile syok sndiri..

ko ska sgt tgok org kutuk ngutuk dlm blog ko ni..jd skg ni aku plak nk kutuk ko spy ko insaf skit..kahkakah

Anonymous said...

ngarut jer KASIH ni..lbh2 lg peg.kaunseling y kerek 4-5 ekor tuh..

==============go to hell================

Anonymous said...

SALAM..
Panasnya isu ni...
cuma nak tambah satu perkara yang pelajar upsi lupa dalam isu interview/posting ni..selain daripada ujian insak dan temuduga,jumlah CGPA kita pun penting..terutama untuk pelajar upsi yang fokus pada pendidikan..korang kena bersaing dengan student U lain yang lagi terror daripada korang..percaya laa, kami pelajar DPLI pun telah ditetapkan pointer sebanyak 3.++ baru lepas untuk ujian MEDSI..(baru MEDSI blm temuduga lagi, bukan senang kami nak dapat DPLI)..so jangan lupa pointer pun penting..untuk adik2 ISMP jangan la putus asa..cuba lagi..ni baru satu cabaran..akan ada lagi cabaran yang lagi besar pada masa akan datang yang mesti korang hadapi..jangan melatah..peaceee =)

Anonymous said...

kami budak ismp pun pointer juga 3.00 tok ujian INSAK dan temuduga ISMP. ingat snang ke nak ambik Ijazah Sarjana Muda Pendidikan.

Anonymous said...

Pointer tak memainkan peranan..Kawan aku 2.76 relax je dapat penempatan

yang 3.66 tuh dok tak dapat..apa kes?

Anonymous said...

syarat ambik ujian MEDSI/MTEST CGPA 2.75 keatas... tak pecaye bace balik iklan tawaran DPLI@KPLI...

Anonymous said...

salam...sorry, klu aku ganggu ruangan ini....aku bukan warga UPSI, tp dari warga IPTA lain....seronok apabila membicarakan kegagalan dlm petempatan ini. pihak universiti dah bagi kita segala2nya.... pensyarah yg hebat, bahan ilmiah yg berilmu, kemudahan awam yg sempurna.... yg perlu kita buat pelbagaikan corak pengetahuan yang sedia ada. tambahkan nilai "softskill" dalam membentuk kejujuran dalam diri kita. insya`allah.

Anonymous said...

hahaha..macam2 la korg ni...posting ni bukan kira pembangkang ke...bukan ke..tp ia rezeki allah...angpa nak buat bengkel ni tuk apa?tak payahla...utk pengetahuan anda..posting kali ni bukan pasal tak lulus intebiu atau insak...tapi sengaja digagalkan...buat la bengkel macamane pun...kalo dah digagalkan ...tetap gagal takleh posting gak...macam2 andaian yg korg buat...tak pelik ke yg tajaan kpm pun gagal posting..bile semak takda ape gagal lulus sume ujian intebiu dan insak..kalo dah kata nak bg laluan pada geng dpli posting..nak wat camne..skang ni camne?kalo sengaja digagalkan..?ape nak jawab?pegi kpm..peg kpm hanya tau senyum je,..diorg pun tak tau nak jawab...haaa...camne sekarang..?

Anonymous said...

kutuk mengutuk semakin berleluasa, blog ni dah jadi medium utk sape2 yg nak kumpul dosa...

insaflah..

tahniah kpd upsikini..