Tanjong Malim, 6 Oktober – Penempatan bakal guru yang akan ditempatkan pada tahun ini tidak mengalami sebarang masalah sekiranya melepasi temuduga dan ujian INSAK yang dijalankan Ogos lalu.
Kenyataan itu dimaklumkan Exco Akademik & Kerjaya Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Nur Aqilah Hanis selepas dimaklumkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) petang tadi.
Beliau turut memaklumkan, Unit Perkhidmatan Guru (UPG) dijangka akan mengeluarkan keputusan penempatan bagi calon yang layak pada 21 Oktober ini dalam portal KPM sementara 26 Oktober, tarikh melaporkan diri di Jabatan Pelajaran Negeri penempatan masing-masing.
Walau bagaimanapun, mereka yang akan ditempatkan ke negeri Sabah dan Sarawak akan mengetahui keputusan tersebut pada minggu ini, katanya selepas mendapat info tersebut dari pihak UPG.
Terdahulu, UPSIkini juga menerima maklumat yang sama dari pembaca-pembaca yang mendakwa SMS berkenaannya sudah tersebar luas sejak tengah hari tadi di kalangan mereka yang sedang menunggu pengumuman keputusan penempatan masing-masing.

23 comments:
saya graduan pendidikan UM..mengucapkan terima kasih kepada upsikini kerana banyak menyediakan maklumat tentang penempatan guru...
penempatan praktikum di sekolah2 bagi pelajar fakulti FST khususnya Fizik bila ya? Unit latihan mengajar sila take note!!
bukan apa.. skrg dah kesuntukan masa..bkn snng nak cari rumah sewa dan kemudahan2 lain kalau xdpt rumah kat kuaters..kalo dpt nasib baik dan alhamdulillah..
hmmm..dgr kata unit latihan mengajar agak sibuk dgn kerja mcm2..xtahulah keje apa..
kalo student lambat nak denda..ni kalau pihak pentadbir lambat cemana ekk?
haritu janji bulan september..ni dah oktober...............
saya nak tanya la..cmna plk dengan penempatan bagi graduan sabah sarawak yang minta posting kat sabah sarawak? adakah mereka juga akan dimaklumkan dalam minggu ni atau pun kena tunggu sehingga 21 oktober ni..
selamat berposting~
Adakah pengumuman penempatan ni melibatkan bakal2 guru dari semua program pendidikan..? Any info..?
hmm..
salam..
aku mohon labuan+sabah..
ape cer..cane nk cek...ktne..
xkan nk tguu 21hb..
apa la upsi kini ni... nak buat berita pun tak pandai. tak jelas. apahalnya ni. 1st cakap penempatan akan keluar 21 hb ni. pas tu cakap pelajar yang memohon ke sabah dan sarawak dapat tahu dalam minggu ini.. yang aku tak faham ni.. aku pelajar sabah dan letak negeri pilihan sabah juga.. takkan aku dalam minggu ni kot.. tak adil la..lain la kalau aku pelajar semnjg.. bangang la web ni.
Kepada : Wan
Kami di pihak UPSIkini sentiasa berusaha memaklumkan perkembangan terkini tentang isu pendidikan dan UPSI.
Teruskan Bersama UPSIkini..
Kepada : Beruang Kutub
Anda tak faham tapi orang lain faham.Maknanya anda perlu perbaiki dalam memproses maklumat yang dibaca.Apapun, terima kasih atas keprihatinan dan kejujuran anda. UPSIkini akan perbaiki kelemahan yang ada.
Teruskan Bersama UPSIkini..
Semakan Penempatan Guru Sandaran Siswazah Terlatih (GSST) Bil. 8/2009
Sukacita dimaklumkan bahawa semakan secara online untuk penempatan Guru Sandaran Siswazah Terlatih (GSST) yang telah tamat mengikuti Sarjana Muda Pendidikan bil. 8/2009 boleh dibuat bermula 21 Oktober 2009.
Semakan mesti dibuat melalui laman web rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia di http://apps.emoe.gov.my/spg/gsst/
Harap maklum.
Sumber dari http://www.moe.gov.my/?id=13&aid=393
UPSI kini bagi tau la. Sbnarnya keputusan bila keluar? 21hb atau dalam minggu ni?
Maksud upsi kini tentang pelajar yang memohon penempatan di sabah dan sarawak tu apa? maksudnya kami pelajar sabah dan sarawak akan dapat makluman dalam minggu ni ker atau 21bh nanti?
atau... maksud upsi kini pelajar semananjung yang memohon penempatan di sabah akan dapat makluman pada minggu ini?
kalau tak puas hati baca petikan ni balik.
"Walau bagaimanapun, mereka yang akan ditempatkan ke negeri Sabah dan Sarawak akan mengetahui keputusan tersebut pada minggu ini, katanya selepas mendapat info tersebut dari pihak UPG."
tu la yang saya cakap tak teliti dalam penulisan. So upsi kini perlu la perbaiki.. sbb ada 2 maksud yang berbeza dalam petikan upsi kini.
Tolong balas..
Kepada : Beruang Kutub
Maksud ayat tersebut ialah, mereka yang layak dan dipilih KPM untuk ditempatkan (posting) ke Sabah dan Sarawak akan tahu keputusan lebih awal iaitu pada minggu ini. Bagi yang akan ditempatkan ke negeri-negeri lain, boleh semak penempatan mereka di portal KPM 21 Oktober ini.
Semoga penjelasan ini membantu anda.
Terima kasih.
Teruskan Bersama UPSIkini..
Hai..
Kepada Mr. Teller
Sebenarnya saya masih keliru tentang posting di sabah dan sarawak. Persoalan saya adalah:
1. Adakah pelajar semenanjung yang akan dipostingkan di Sabah dan sarawak sahaja yang dimaklumkan LEBIH AWAL tentang penempatan mereka?
2. Bagaimana pula dengan pelajar sabah dan sarawak yang memohon ditempatkan di Sabah dan Sarawak? Adakah mereka juga akan diberitahu LEBIH AWAL? atau kena tunggu sehingga 21 Oktober ni?
Tolong jawab, terima kasih.
Tentang posting ni sebenarnya posting berapa kali setahun? untuk pengetahuan, graduan pendidikan dari uitm yang tamat pengajian sesi mei lepas belum lagi dipanggil temuduga pada sesi temuduga yang lepas, pada hujung bulan julai yang lalu. Alasan yang diterima apabila call KPM, kerana senat belum bersidang, bermakna tunggu konvo bulan october ni baru dipanggil temuduga. dimaklumkan, temuduga akan diaturkan pada bulan oktober, tak tahu bila.. alih-alih, ada keputusan posting pula akan keluar pada 21hb october. Mcamana dengan nasib kami yang dari uitm ni?? bila call khidmat pelanggan KPM, jawapan yang diterima bercanggah antara satu sama lain. kalau boleh tolong respon comment ini.

kpd graduan pendidikan uitm, syarat untuk hadir temuduga adalah anda sudah mendapat surat kelulusan senat bahawa anda telah tamat pengajian yang ditandatangani oleh pendaftar. xsemestinya perlu konvo dahulu. seperti kami di UPSI, surat senat telah sampai dan kami hadir temuduga walaupon belum konvo. konvo hanya sekadar istiadat.
kpd beruang kutub dan bakal guru dari sabah @ sarawak.. 21hb adalah tarikh untuk kita cek online sekiranya belum ada surat. surat dh diedarkan, dan keutamaan kpd pelajar semenanjung yang dapat posting di sabah@sarawak kerana mereka perlu membuat persiapan lebih awal. anda sudah berada di sabah @ sarawak, so xperlu risau sekiranya surat lewat sedikit sampai dr pelajar semenanjung..
sabar ba org sabah..adui
kecoh butul kamu ini..
loghat pon sudah tukar kan..
wakakak
lucu ba kamu ckp bgtu...
balik kg la...
hahahha...
Tq..
keputusan penempatan pelajar DPLI cmne?Pliz reply...
thanx 4 da update guyz!
~usm~
Hai, sila layari drotspss.blogspot.com untuk diskusi statistik dan kaedah penyelidikan pendidikan secara santai
Post a Comment