October 13, 2009

Hairie diingat supaya jangan terlalu yakin

Tanjong Malim, 13 Okt – Kenyataan Yang DiPertua Majlis Perwakilan Pelajar UPSI, Mohamad Hairie Abdullah yang mengeluarkan kata-kata “saya tak apa, saya MPP” berhubung dengan isu penempatan yang menjadi perhatian warga UPSI ketika ini diselar banyak pihak dan mengingatkan kepada beliau agar jangan terlalu yakin dengan kedudukan sebagai ahli MPP.

Kritikan terhadap kenyataannya itu disampaikan beberapa pembaca dalam ruangan komen dan e-mel UPSIkini. Dalam satu kiriman yang disampaikan oleh mantan sebuah persatuan di UPSI yang enggan dinamakan mendakwa Hairie harus melihat realiti yang berlaku dalam keputusan penempatan graduan pada kali ini.

Dakwanya, terdapat beberapa nama yang dulunya memegang jawatan dalam MPP gagal dalam sesi temuduga seterusnya gagal ditempatkan.

Katanya lagi ada di antaranya mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang ahli politik namun turut gagal ditempatkan kerana pemilihan tidak melihat kepada jawatan yang dipegang walaupun pernah menjadi ahli MPP.

Pengirim turut memberi pesanan kepada pelajar UPSI agar tidak terpengaruh dengan dakyah kononnya wujud pembangkang atau sebaliknya di UPSI kerana ia hanyalah tuduhan yang dibuat untuk menjaga kepentingan sesetengah pihak.

12 comments:

Anonymous said...

"Yakin booo.. leh"
emmmm....

Anonymous said...

mpp cap ayam

minat sukan said...

mari kt sama2 sokongan pasukan negeri masing2 bg menentukan 3 slot kekosongan ke suku akhir piala malaysia...majulah sukan untuk upsi...jgn marah....

Anonymous said...

yakin jer hairi... diorg tu dengki sbnrnya..lbh2 lg si teller tuh!
yakin jela ko blh keje kt McD!!
bkn ssh pn bangla y x skolah pn leh wat..

idup hairi, mati dengki

redtube.com said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

apa la hairi tu, xda langsung ketokohan. kalu aku mpp aku xkan ckp mcm tu la. aku rela korbankan posting aku untuk org lain. tu baru mpp sebenar. nak jadi pemimpin kene pastikan semua org lepas n kita la org terakhir . ingat jadi wakil pelajar main2 ke? tanggungjwab besar la. Tu depan bahtera paadang kosong kurang2 wat la apa2 aktiviti untuk hidupkan upsi yang dah sedia malap nih. susah sangat ke? xbaik tahu ambik duit tapi tanggjwb xjalankan hairi. hang cakap mcm pemimpin b_ je la . aku dah lepas lantak la org lain.

Pemimpin Bitara
Wadah kecemerlangan........

undersky said...

huh...

Anonymous said...

Hairi UPSI ni perangai sama macam Hairi yang kat luar tu...

Anonymous said...

smpahn kpd org y bnama hairi kot

Anonymous said...

Dulu kite selalu dngar berita pasal khairi kat media.. Famaous tol dia kan.. Tapi pas kuasa dia dah takde, xde sape nak amik peduli... Sama juga ngan Hairi UPSI ni.. Kalu dah xde kuasa, ilangla belagak dia tu...

Anonymous said...

MPP ker aper ker...aper aku kisah...
MPP yg ada skang nie smua takleh pakai....
kaki bodek punya....
boleh blah la.....

Anonymous said...

MPP ke c HAIRI 2..blah la hari ke hairi...hehe