October 14, 2009

DPLI : RM 45 dipotong sebab tak cukup sebulan

Tanjong Malim, 14 Okt. – Rungutan pelajar Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) yang mempersoalkan mengapa wang elaun mereka kurang RM 45.00 dipanjangkan oleh Exco Kebajikan & Kemasyarakatan majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPSI, Mohd Zulhelmi Mohd Noor (gambar) kepada pihak Bendahari UPSI pagi tadi.

Pihak Bendahari dalam penjelasannya kepada Zulhelmi berhubung perkara tersebut mengatakan pemotongan tersebut dibuat kerana pelajar-pelajar DPLI hanya mendaftar ke UPSI pada 2 Julai 2009 dan tidak cukup tempoh satu bulan.

Tambahnya, bayaran yang dibuat adalah mengikut bilangan hari mereka memulakan pengajian di UPSI dan pihak Bendahari juga sedang menunggu surat daripada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk menjadi bukti bahawa pemotongan yang dibuat bukanlah atas arahan daripada pentadbiran UPSI.

Sementara itu, pihak Bendahari turut memaklumkan proses pembayaran elaun pelajar DPLI biasanya dibuat sebelum 10 haribulan setiap bulan dan pelajar-pelajar boleh membuat semakan pada 10 haribulan.

Cenderamata UPSI, bilangan salah

Berkenaan tuntutan cenderamata UPSI yang masih belum diterima pelajar-pelajar DPLI, Zulhelmi mengatakan urusan tersebut di bawah perkhidmatan Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (JHEPA) dan perkara tersebut berlaku kerana kekurangan bekalan.

Tambahnya, Bahagian Akademik telah menghantar bilangan yang kurang tepat dengan bilangan sebenar pelajar yang sepatutnya menerima cenderamata tersebut dan tempahan bekalan yang baru sedang dibuat.

Sekiranya tempahan telah siap, pelajar DPLI boleh membuat tuntutan cenderamata tersebut dan maklumat berkenaannya akan dimaklumkan melalui MyUPSI Portal.

19 comments:

Anonymous said...

idup zulhelmi............. rajin2 la melawat proton. kalu nak dtg wat la poster sikit. jgn bimbag kalu budak dpli akan bagi kerjsama . aku leh backup ko k, jgn bimbg

Raja Hasbullah said...

DPLI leh mengundi pilihanraya kampus tak?

Kalau leh mengundi teruskan menyokong geng2 KEBAJIKAN.. Hanya MPP KEBAJIKAN mempunyai keintelektualan dalam kepimpinan. KUALITI punya mcm haprak..

Permintaan aku pada UPSIKINI. kami nk kenal bakal calon KEBAJIKAN melalui UPSIKINI... bila nk pilihanraya nanti jadikan wadah UPSIKINI sebagai tempat berkenalan dengan calon dariada team KEBAJIKAN..

Ganyang Aspirasi(kualiti)

Anonymous said...

jgn bimbg adik2 , ketengahkan calon kat proton city, biar kitaorang latih, kami ada dikalangan mpp. kita robohkan penghisap darah student..............

Anonymous said...

ye ganyang aspirasi......
idup idup mahasiswa......
bantah bantah kejahatan......
student power!!!!!!!!
student power!!!!!!!!

aku akan turunkan tips nak berdepan aspirasi ni ka, jgn bimbang.

lawan tetap lawan
upsi cemerlang bersamamu...........

Anonymous said...

DPLI leh bertanding tak? Aku nak jadi wakil DPLI...

Anonymous said...

DPLI klau xsalah saya xboleh bertanding kerana ada beberapa syarat yg menyebabkan dpli xlayak bertanding.. sila semak semula di notis pilihanraya tidak lama lagi.

Anonymous said...

benci dgn korang semua..tak sedar diri...pelajar DPLI, sedarla sikit...korang tu klw kerajaan tak bg tempat kat korg utk wat dip pnddkn,jgn hrp ada tempat utk korang keje...pastu tak reti berterima kasih dengan kerajaan.. tak sedar diri punya org...dah bg tmpt kat upsi,bg elaun lg pastu nak jatuhkan pihak yang bersama kerajaan...SANGAT TIDAK MALU!

Anonymous said...

ni nk komen ckit..bdk2 DPLI ke ISMP ke same je lh..nk gdh2 buat pe..pada korg gaduh baik duk fkr cmner cara nk jwb exam nanti...xde faedah pn gdh2 ni...




Insan_84

Anonymous said...

hidup KEBAJIKAN..

kami snggup x blk kmpung untuk undi anda nnti.

Pemantau said...

nak maki pengkomen sorang ni yang taip:

"benci dgn korang semua..tak sedar diri...pelajar DPLI, sedarla sikit...korang tu klw kerajaan tak bg tempat kat korg utk wat dip pnddkn,jgn hrp ada tempat utk korang keje...pastu tak reti berterima kasih dengan kerajaan.. tak sedar diri punya org...dah bg tmpt kat upsi,bg elaun lg pastu nak jatuhkan pihak yang bersama kerajaan...SANGAT TIDAK MALU!"

weh sial, ko ni kan apesal suka menghuru-harakan sesuatu entri dalam upsikini eh? asal ada aje pasal dpli ko nak jeles.. depa tuntut hak depa, salahke? yang ko tu tak dapat apa2 nak angin tak tentu pasal nape? kalo dah nafsu dan setan kuasai diri, mmg mcm ni la ko selamanya.. bodo, kecik2 taknak mampos.. dah besar wat sakit hati org ramai..

- pemantau -

Anonymous said...

aiiii...
lewat sehari pun potong jgak ker....
berkira sgt.....
nyampah.....

Anonymous said...

haha..cket2 gaduh DPLI ngan ISMP nie..da2 la,,kan nk exam da nie..bertaubat, bykan belajar hafal fakta, zikir2 gk supaya hati terang, ilmu senang masuk..

buat MAT JAT..jgn duk ngadap LAPTOP je k..idu mat jat

Anonymous said...

>biar jela org bodoh@bdk bodoh tu nk ckp ape kt dpli..

>bengang tkut x leh posting smpai jd bangang..

"bg elaun lg pastu nak jatuhkan pihak yang bersama kerajaan...SANGAT TIDAK MALU!"

sape phk bsama krjan tu??? UPSI ker?

x kna batang idung sndiri blh la ckp mcm tu.. nnti nk wt praktikum pn x de tmpt ke hape ke..br la nk mlenting ngn sawan babi x tntu pasal..

kami bkn sj2 nk jatuhkan ssuatu phk mlainkan phk tu sngaja nk jtuhkn martabat diri sndiri..


>>>>ada mulut kn ckp..
>>>>ada otak kn pkai..
>>>>ada HAK kn PERTAHANKAN..


alangkah bgus kalu mnda ko dh tbebas spt abg dan kakak dpli y tlh lm bkerja..

Anonymous said...

entah ada budak yg xsuka dpli...apa kes dpli ismp sm je..bakal cikgu juga lambat cepat bukan kita tentukan...syukur diberi peluang mengikuti kursus di upsi ni..jgn nak mengutuk km bkn bagus pun..ada hati nak mengutuk org kalo dh bagus tahap dewa meh berdepan lg bagus...poyo bin hantu punya org...sial je..

Anonymous said...

RASA2..ARI TU MASA MINGGU SUAI KNL PH kpm ADER CKP WALAUPUN KAMI BLN 7 XCUKUP SEBULAN ELAUN AKAN DIBYR PENUH..TU KOMPIUS NI..TP XPE AH KLU UPSI NK GN DUIT TU.TP INGAT2 LAH KITE HIDUP NI PERLU KLEREDHOAN ALLH SWT..HIDUP TAK SELAMANYA DISINI..SAMPAI MS KEMBALI KE ALAM YG KEKAL..NTI JWP LAH KAT SN NANTI..HANYA TUHAN JE TAHU APE YANG KAMI RASE..

Anonymous said...

---benci dgn korang semua..tak sedar diri...pelajar DPLI, sedarla sikit...korang tu klw kerajaan tak bg tempat kat korg utk wat dip pnddkn,jgn hrp ada tempat utk korang keje...pastu tak reti berterima kasih dengan kerajaan.. tak sedar diri punya org...dah bg tmpt kat upsi,bg elaun lg pastu nak jatuhkan pihak yang bersama kerajaan...SANGAT TIDAK MALU! ---

aduhai adik anon no 7,
pelajar DPLI dapat tawaran selepas mereka dapat ijazah. adik perlu ingat, mereka boleh dapat kerja dengan ijazah mereka. ada antara mereka ni yang gaji lebih besar dari guru tapi mereka tinggalkan profesion mereka kerana profesion perguruan. dengan satu matlamat untuk mendidik anak bangsa.

satu adik perlu ingat ialah. rezeki tu Allah yang tentukan. semoga adik akan berjaya kelak.

Anonymous said...

ALAH... KALAU PTPTN X DAPAT SIKIT TAU PLAK NAK BISING, TAK PAYAH NAK SIBUK REZEKI ORANG.... SUKE MENGATA ORANG... DIRI SENDIRI LAGI TERUK!!!

flower said...

pemantau :weh sial, ko ni kan apesal suka menghuru-harakan sesuatu entri dalam upsikini eh? asal ada aje pasal dpli ko nak jeles.. depa tuntut hak depa, salahke? yang ko tu tak dapat apa2 nak angin tak tentu pasal nape? kalo dah nafsu dan setan kuasai diri, mmg mcm ni la ko selamanya.. bodo, kecik2 taknak mampos.. dah besar wat sakit hati org ramai..

nk komen utk pemantau..kata2 anda sgt kasar dan tdk melambangkn anda brkeperibadian sbg seorg pendidik.kalo ikutkn emosi mcm ni la jadinya..guru yg tdk mampu kawal emosi.mgkin kne tmbah soft skill.tu la kalo dh ambk bidang pendidikan setahun je..hmm.mcm2

Anonymous said...

terima kasih kerana memaki hamun pelajar2 dpli, semoga Allah merahmati kamu :-)