October 3, 2009

Bagan Pinang : Muzamil cari pelajar UPSI

Bagan Pinang, 3 Oktober – Proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil N 31 Bagan Pinang yang berlangsung pagi tadi turut dipantau pegawai-pegawai Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (JHEPA) UPSI bagi mencari mana-mana pelajar UPSI yang hadir di sini.

Seorang bekas pelajar UPSI yang kini menetap dan bekerja sambilan di Bagan Pinang mendakwa beliau dan beberapa rakannya ternampak Encik Muzamil Mahil, staf di Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (JHEPA) UPSI sedang berlegar-legar di kawasan perhimpunan penyokong-penyokong Pakatan Rakyat di sini.

Beliau yang secara kebetulan berjalan di kawasan terbabit mendakwa Muzamil berada di situ kira-kira jam 11.45 pagi tadi dengan berpakaian baju berbelang hijau putih.

Kedatangan Muzamil ke Bagan Pinang dipercayai bagi mencari bukti kehadiran mana-mana pelajar UPSI yang cenderung menyokong parti Pakatan Rakyat pada hari penamaan calon hari ini di Bagan Pinang dengan mengambil gambar kumpulan penyokong di kawasan-kawasan tertentu.

Dalam pada itu, kehadirannya di Bagan Pinang juga dikatakan didorong dengan laporan UPSIkini yang mendedahkan rancangan Alumni Mahasiswa Islam (AMI) UPSI yang mahu mengadu kes AUDI kepada YB Sahuddin Ayub, Ahli Parlimen Kubang Kerian.

Muzamil sebelum ini sering dilihat berada di kawasan-kawasan Pilihan Raya Kecil di seluruh negara dan pada kali ini di Bagan Pinang.

35 comments:

Anonymous said...

ssh2 je nk cr student upsi.. gi cr org buat maksiat, couple2 khususnye pelajar upsi kt tg malim tu lg baik.. klau pilihanraya, sibuk la staff pegi kesan pelajar.. xpenah plak staff2 ni dikumpulkan untuk hapuskan gejala sosial pelajr2 upsi..

Anonymous said...

yelah, maksiat dikalangan pelajar upsi ni banyak lagi.
saya nak tanya hep mane lebih penting g kat penamaan calon atau g cegah maksiat. Sebab apa jadi gni, sebabnye nak jaga perut mereka la. Dah la surau kat kolej tu ciput je kecik nye. bayangkan azan pun kat bahtera xada dengar. Mcmana syiar nak sampai. Tadi saya ada jumpa saudara hanif masa berbual telefon kat luar. Cukup sederhana orangnye. Kepada Hanif anda telah jalankan tanggjwb anda sebagai pemimpin pelajar. now, kali ni misi upsikini ialah ops cegah maksiat dikalangan pelajar upsi. Naik berbulu mata kalau naik bus nak ke campus. Diaorng xsedar kot nanti semua tu akan menyeksa mak ayah kat dalam kubur.......

Anonymous said...

ntah lah, mungkin cara itu lebih baik sekiranya ada sekatan & penguatkuasaan dari semua pihak, terutama JHEPA sendiri...amat bagus. tang hal itu, tu memang keje dia memantau cz pgawai kt u lain jgk akan wt hal yg sama...itu 1 keuntungan wt staf JHEPA pergi pusing2, bukan makan angin tapi cari mereka yg x bertanggungjawab...study ke mana, politik saja yg lebih...nak naik nama, naik dari UPSI la...ini manifesto pun kosong, ada hati tahap cipan plak nak jadi penyokong fanatik parti xberkenaan...sedarla sikit kewajipan asasi kita...malas beno amik tahu hal2 gini, rosak otak orang...

Anonymous said...

x habis2 komen sendiri..dah2 la tu..Saudara Hanif la,Saudara Akmal la,semua berlakon je tu..

Anonymous said...

hoho apalah anony...yg ke 3 tuh. mybe dia ni xbaca buku sejarah kot. huhu. sikit2 masuk politik study tang mane. eh, cuba tgk result dulu la. Apa da. Nilah dipanggil guru bitara. dah xingat ke golongan bakal guru nilah main peranan penting masa menentang penjajah. Dah belaja so praktikkan la. bukan macam ko belaja pastu duk dalam gua............

Anonymous said...

hah dah ada org kuat kolej org org penting upsi bagi komen nih. Diaorng sedap la sebab dah banyak g jalan-jalan. Dapat jaket pecuma, baju pecuma, apa lagi pecuma. Yang sakitnye kita ni yang dok bayar yuran.Ko tanya la hep tu berapa duit kalu menang pro kerajaan......... duit tuh , duit

Azym Azizi said...

Anon je semua? Hehe

Sanggup ek ada pegawai turun padang sampai mcmtu sekali?

Maaf la bertanya..baru tau..

Boleh tak nak tau, tujuan HEP buat macamtu? & Berapa RM masuk bila dapat tangkap sorang?

Anonymous said...

huhu..
saya pun anonymnous juga nak komen kat anonymous yg ketiga, ke yg kata politik ke apa ke..yg namanya gah di baju..
nak wat persoalan je..
dah banyak kali dah perbandingan dibuat..
kenapa ye..anonymous2 sebelah yg x kisah kat maksiat berlambak kat upsi ni bila bersuara je atau menyuarakan pendapt je, mesti dengan kata2 atau tulisan yg x menggambarkan peribadi guru bitara yang mereka laungkan...
sy ni anonymous je..nak jugak jadi bitara...tapi suka la kalau cikgu bitara tu cakapnye sebitara rupanya...
fikir2 lah..
xde lah nak sokong mana2 pihak tapi, yg sebelah lagi cakap ikut fakta... memang betul sosial di upsi teruk..banyak maksiat..so, dahulkan yang mana perlu di dahulukan...

lagi satu...
cegah maksiat memang kena utamakan..
memang muak bila tgk gelagat depa atas bas...

so, kalau kita nak org mendengar dengan baik,, berkata-kata lah dengan baik.. Lidah dan jari ni tuhan bagi pinjam je..bila2 masa tuhan bleh tarik..

fikir2lah...

tiganaga said...

MUZAMIL pakai baju belang hijau putih??? wahhh muzamil sokong PAS ke??? alhamdulillah. Muzamil sedar pelajar2 sekarang ni dah hilang arah. dia nak mintak formula kat org2 hebat dalam PAS la tu.

KAHKAHKAHKAH

Anonymous said...

mcmana buat maksiat dalam bus... x paham la...leh sesiapa bagitahu......huhuhu......

fikirlah said...

Cadangan Guru Boleh Berpolitik Dengan Bersyarat – Hishammuddin


PULAU PINANG, 2 April (Bernama) — Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mempertahankan cadangan bagi membenarkan guru kumpulan A berpolitik asalkan tidak mengabaikan tugas dan tanggungjawab pembelajaran dan pengajaran di sekolah.

Hishammuddin yang juga Menteri Pelajaran melahirkan kebimbangan sekiranya guru tidak diberi ruang dalam politik ia akan menjejaskan hala tuju parti untuk mendekati rakyat.

“Cadangan saya itu bersyarat, semangat guru juga penting dalam politik, lihat sahaja kewujudan Umno ia bermula dengan semangat guru-guru.

“Mereka inilah yang menjadi mata, telinga dan suara rakyat. Saya bimbang jika semangat dan komitmen ini tidak diberi ruang dalam parti, hala tuju parti dalam usaha mendekati rakyat akan terjejas,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Ismail Adam bahawa cadangan itu tidak sesuai dilaksanakan kerana dikhuatiri boleh memecahbelahkan golongan pendidik.

Hishammuddin sebelum itu mengadakan lawatan ke Pusat Pendidikan Sains dan Matematik Serantau (RECSAM). Beliau yang juga Presiden ke-43 Pertubuhan Menteri- Menteri Pelajaran Asia Tenggara (SEAMEO) akan melepaskan jawatan itu kepada Menteri Pendidikan Thailand Ahad ini.

“Dalam hal ini sesiapa sahaja boleh memberikan pandangan dan pendapat mereka supaya apabila keputusan dibuat nanti semua pihak akan berpuas hati,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Hishammuddin tidak menafikan perjuangan para pejuang bahasa dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu berhubung isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Beliau menjelaskan setiap keputusan yang akan dibuat berhubung isu itu akan mengambil kira fakta, angka dan kajian terperinci dan bukan berasaskan pertimbangan populariti atau politik.

Katanya keputusan hasil kajian itu akan diserahkan kepada Kabinet tidak lama lagi untuk tujuan ulasan.

– BERNAMA

Sir Freddie said...

pelik tapi benar..nak komen bukan main lagi hebat, tapi x berani nak tunjukkn diri..hehe..setakat anony semua org blh wt..sy x sokong mana2 pihak, tp klu rasa2 diri tu benar, tunjukkan la diri tu sape..berani kerana benar..sy tuju utk semua tau..hehe..klu terasa tu, fhm2 la..sekadar untuk dikongsi bersama..peace.

Anonymous said...

jgn jd ckg la kalu xnk libatkn dri dlm politik.. mmg sah ada ckg xtaw sejarah, dlu ckg2 la kuat berpolitik tuyk kita capai kemerdekaan nie.. jgn skdr jd ckg je, taip2 bln taw dpt gji je.. nk jd bitara la konon, bitarak ada la kalu xnk ikut keadaan politik semasa.. hidup upsikini..
wah, muzammil sokong pas ea, bgs3

Anonymous said...

jgn jd ckg la kalu xnk libatkn dri dlm politik.. mmg sah ada ckg xtaw sejarah, dlu ckg2 la kuat berpolitik tuyk kita capai kemerdekaan nie.. jgn skdr jd ckg je, taip2 bln taw dpt gji je.. nk jd bitara la konon, bitarak ada la kalu xnk ikut keadaan politik semasa.. hidup upsikini..
wah, muzammil sokong pas ea, bgs3

Anonymous said...

sebenarnya cikgu-cikgu UPSI tak berkualiti macam cikgu-cikgu yang dok mengutuk pegawai kerajaan. Ala tak jauh pun..geng-geng yang bagi komen di atas la...hahahaha...

Memang betul pun cikgu UPSI kurang motivasi dan nilai bitara yang dicanangkan tu.

Anonymous said...

bodoh siak, tak de kebebasan langsung,. p pilihan raya pun salah ker?? Blaja2 gak, tapi kurang2 kena la tahu hal masyarakat.. Jgn jadi bodoh dungun jer nnti biler kuar univesiti xtau nak bergaul dgn org.. Takat masuk persatuan kat u tuh.. budak2 sekolah pun buleh...

Anonymous said...

betul tu freddy
ck berapi2
tp anon je
bosan dowh
aku ingat yg bagi komen tu bukan orang la
tu sbb x memunculkan diri
huhuh

Hasbullah Awang.. said...

Jadi satu tanda tanya kepada saya kenapa En Muzamil berada di Bagan Pinang dan En Muzamil memakai baju belang-belang hijau..

Adakah kedatangan En Muzamil sebenarnya sedang berkempen untuk parti PAS ataupun UMNO??

Ini menandakan kita sebagai mahasiswa UPSI bebas untuk berkempen untuk mana-mana parti politik. Sapa yang ajar??
En Muzamil yg ajar..

Kalau pihak universiti kenakan tindakan kepada pelajar yang mengikuti kempen pilihanraya kita katakan En Muzamil pun turut terlibat sama sedangkan En Muzamil orang HEP..

Mustahil orang HEP cakap tak serupa bikin..

Jelas sekarang En Muzamil berkempen untuk parti PAS..
En Muzamil memakai baju belang-belang hijau. maklumat yg saya dapat juga mengatakan En Muzamil bersama salah seorang pimpinan AMI UPSI sedang bersembang. ntah apa yang dibualkan.

Ayuh pelajar UPSI.. politik itu tidak kotor. kalau kotor takkan la orang HEP semacam En Muzamil yang hensem itu sangup berpolitik dengan meninggalkan kerjanya sebagai seorang pegawai HEP kat UPSI..

"KEPIMPINAN MELALUI TAULADAN"

Anonymous said...

sir fredie

npe nak tau sngt spe yng coment, awk ni mate2 hep ke?
brpa ringgit dorang bayr awk?
tau la awk tu orng kuat aspirasi

kalau pembangkang smua salah, snggup pegi, tap kalo program umno, hep buat tak tau je.

janganlah jad mahasiswa yang di cucuk hidung, tu bkan mahasiswa name die.

Adam Brown said...

saya teringin nak tgk profil orang buat blog ini dan kroni-kroninya...

tak susah kan nak berterus terang...tak perlu la letak nama mr teller ke ape ntah nama2 pelik..

saya kira 90 peratus yang mengundi semua undian2 yang dibuat di blog ini ialah orang yang sama (penyokong2)...saya kira kalau ada cabaran untuk mengambil kira undi keseluruhan mahasiswa secara manual dan menyeluruh...berani tak berani upsikini nak terima jawapan undian2 tu nanti...tak perlu banyak2..cuba buat satu survey je yang libatkan semua mahasiswa...saya cabar ketua bagi blog ini...siapa juga anda...
survey tu ambil dari semua kaum n semua agama...berani tak berani korang ni...

mudah kan:)

so...buatla kertas soal selidik untuk semua student...

CABARAN INI UNTUK KETUA BLOG N KRONI2 SERTA ANGGOTA PRO ASPIRASI YANG DOK DISEBUT2 DALAM BLOG INI.

telus???

fikirkan....

WAHAI PEMBACA YANG BUDIMAN...SAYA BERSAKSIKAN AWAK SEMUA MENUNGGU RESPON...BERANI TAK BERANI UPSIKINI MEMBUAT SURVEY DENGAN MENGAMBIL KIRA SEMUA MAHASISWA/WI UPSI SECARA MANUAL DAN MENYELURUH!!!

Anonymous said...

mane bukti yang dia pkai baju hijau putih,,, jangan omong kosong,,,,

Anonymous said...

Betul tue, guru2 pun perlu diberi ruang untuk berpolitik.
tapi kita nie masih belajar, belum jadi guru pun...
klu asyik nak berpolitik ajerk, camner nak jadi guru...

belajar kasi abih dulu, baru berpolitik.

Domain_kognitif said...

cobaan..

Anonymous said...

cobaan

Anonymous said...

cobaan..

Anonymous said...

En Muzamil tu cari student penyokong pakatan rkyt je ke?yg sokong UMNO x kena tgkap ek?...
Guru yang x tau tentang politik ngra sndiri adalah guru yang bangang dan dibangangkan..
bile hrga brg naik,myk naik,xdpt posting dll baru korng bising2kan..tu smua ade kaitan le dgn politik..bkk le otak skit ckgu2 oi..jgn dok bwh tempurung jer...

Anonymous said...

daripada cari pelajar, lebih baik cari jalan nak bersihkan persekitaran upsi..especially kat depan pintu timur n taman u...kotor giler...macam ni ke contoh u yang nak melahirkan bakal pendidik..????>>fikir2 dan renung2kanlah....

Anonymous said...

bukan nak tunjuk pandai atau apa pun. just cuba korang renung2kan. setiap apa yang cuba dipolitikkan di Malaysia kita ni semuanya menjadi kurupsi. bayangkan kalau cikgu join politik. sistem akademik malaysia akan jadi macam bolasepak, hoki dan lain2... bayangkan anak korang gak yang bengap nanti.

syiar Islam tak semestinya ditegakkan melalui politik sahaja. politik hanya batu loncatan. cuba korang renung2kan ada antara pemimpin2 pro kebajikan yang bergaduh dengan rakyat biasa (pelajar UPSI) sehingga xbertegur sapa. mcm tu ke pemimpin dan langsung tak mengikut ajaran Islam dan sunnah.

renung2kan dan selamat beramal...

Anonymous said...

apa la. ko xpenah dengar ke yang menentukan hala tuju negara ulama dan umara. umara tu pemimpin. dah belaj n tahu mane silap tegur la, sedangkan seorang hamba pempuan boleh tengur saidina umar............................... islam adalah keseluruhan.................... politik, ekonomi, pendidikan,apa lagi nak dibahaskan.

Anonymous said...

Tangkap en muzamil..dia telah melanggar undang-undang..universiti kena buang en muz sebab terlibat dengan politik..

Anonymous said...

sokong2... die masuk politik dah bakar EX5 hitam die.. then bakar tak pun letak dalam muzium UPSI

Anonymous said...

lawak giler dia ni.. mencari pelajar di tempat PAKATAN RAKYAT.. Kl kat tempat BN tk cari plak..

Anonymous said...

"syiar Islam tak semestinya ditegakkan melalui politik sahaja."

dari mana ko dapat penyataan ni? Islam tu menyeluruh. dgn politik, Islam tu akan diperjuangkan!!!!!!!!!!!!!

mat sabung said...

Anonymous Anonymous said...(October 3, 2009 3:28 PM)

manifesto tu ade dlm UPSI tu ke? hehe..inilah otak2 budak U skrg yg otaknya telalu terkatup mcm katak!pemikir aliran tidak glokal..bengap sangat ni, org kampung pun dh cerdik skrg ni..sadis2..

ayuh bangkit para mahasiswa/siswi!

mat sabung said...

manifesto ape kejadahnya bai oii klu ilmu sosial ko ngn masyarakat duk takat katak bawah tempurung je baio oii!! Najibul kata kita kearah era blokal bai oii!!

CAKAP mcm otak duk tempek kt bontot! lembu lg naik bai!!

sadis2...