October 21, 2009

AMI gesa Pro Kebajikan segera nyata pendirian

Tanjong Malim, 21 Okt. – Alumni Mahasiswa Islam (AMI) UPSI hari ini menggesa pimpinan Pro Kebajikan UPSI segera menyatakan pendirian berhubung keputusan sama ada mahu bertanding dalam Pilihan Raya Kampus (PRK) akan datang ataupun sebaliknya.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Presidennya, AMI berharap dengan membuat keputusan lebih awal, persiapan dan tindakan susulan dapat disusun supaya matlamat keputusan tersebut dapat dicapai.

Tambahnya, Pro Kebajikan perlu mengambil kira faktor luaran dan tidak hanya tertumpu kepada perbincangan dalaman untuk membuat keputusan berkenaan perkara tersebut.

Sambil menyokong kepada pandangan ahli MPP Pro Kebajikan yang menolak cadangan Biro Politik & Risikan (BPR) kumpulan tersebut, AMI mendakwa tindakan tidak bertanding akan merugikan bakat kepimpinan yang ada di kalangan mereka sekali gus melenyapkan harapan ribuan mahasiswa yang mahu melihat perubahan menyeluruh dalam kepimpinan MPP.

Majlis Tertinggi Pro Kebajikan pada ketika ini dikatakan masih lagi meneliti cadangan yang diusulkan BPR dan menerima pelbagai reaksi di kalangan penyokong kumpulan terbabit.

4 comments:

Anonymous said...

AMI 2 mende? aku dok upsi da 2 tahun xpnh dgr pn.ptubuhan haram ke?

Adam Brown said...

Entahlah...AMI...AMI....AMI...

Pandang serong...pandang serong...
Kamu punya tindakan yang wat orang pandang serong....maka dengan itu keluarlah perkataan jahil menjahil kafir mengkafir...hukum menghukum..

lepas tu mengata orang..kononnya lari dari landasan agama dan bla bla bla...tapi bila kantoi...masih tak malu bersandarkan kepada alasan agama...

tidak sedar sebenarnya taksub pada kroni-kroni sendiri..yang dapat rasa mana yang jahil mana yang benar...maka perjuangan pun dirasakan benar...walaupun sebenarnya atas dasar mahu menang dalam satu-satu perkara...apatah lagi berdebat menyentuh agama..bertalu bermati mengucapkan...Allahuakhbar...Subhanallah..

tidak sedar dia hanya mencemar...mencemar dengan nada riak, taksub yang dirasakannya benar...hati dah terkunci...terkatup dari menerima kebenaran yang nyata dari orang lain..apatah lagi yang dirasakan "kurang alim" darinya...atau dari orang yang diperbandingkannya..

Tak sedar...tuhan memberi peringatan...bukan khusus dari kalangan orang yang kamu rasa benar sahaja...

tapi sayang...kebenaran kamu hanya merosakkan sebenarnya...

lihat sahaja cara penulisan blog ini...atas dasar menyampaikan kebenaran...atau nama yang mungkin lebih suka kamu dengar...hak hak pelajar...tapi tak cukup bijak memikirkan kesan perbalahan mungkin dari segi idea...pendirian dan lebih teruk fizikal...

Tak terlintas kesannya??..hmm..maafkan saya..saya hanya orang jahil...

Apa tuhan letak hukumnya keatas orang yang menimbulkan syak..perbalahan fitnah!!!...hmmm..maafkan saya saya hanya orang jahil...

tapi sayang...lepas ni pasti akan kamu sebarkan kebenaran kamu lagi...Allahuakhbar...

Berlindunglah dari kebenaran yang buatkan kamu bertindak lebih "tak bijak" lagi....

"Dan orang yang memperjuangkan kebenaran itu akan diuji oleh Allah...sesuai dengan kemampuannya"....

Dan apabila orang menegur atau tidak bersetuju atau merasakan tindakan itu kurang rasional...maka kamu pun berkatalah...Allah sedang menguji kita wahai kawan-kawan...

maka diperjuangkannya lagi...lagi dan lagi kerana dia hanya merasakan kebenaran dalam perjuangan yang dilakukannya...

1+1 maka 2 la jawabnya...jangan dijawab 3 atau empat....dihukum dan dinista...berserta kalimah Subhannallah...

kuatkan ukhuwah dalam kumpulan...teguhkan kebenaran dalam hati...jangan berpecah...walaupun mati....maka kebenaran ditambah tambah lagi

Maafkan saya...saya hanya orang jahil...

p/s-napa blog ini selalu memutarbelitkan fakta...dan apabila kebenaran fakta diperoleh barulah disesuaikan semula dengan cara putar belit juga...baca sahaja kronologi maklumat yang bersangkut paut antara satu sama lain...semuanya berputar-putar...dan yang pasti....akan diputar lagi untuk memihak kepada kumpuan-kumpulan pejuang kebenaran...maaf saya hanya seorang yang jahil dari segala kebenaran yang Allah wujudkan...tak termampu saya.salam.

Anonymous said...

tu la namanya pengecut.. tak nak tanding lagi.. publisiti semata-mata.. (org kuat Pro-kebajikan)

Anonymous said...

awat pendrive free x boleh guna?
-karim khar-