October 7, 2009

Akmal : UPSI sedia jadi barisan hadapan bela bakal guru

Tanjong Malim, 7 Okt – Isu penempatan dilewatkan bermula tahun hadapan yang menjadi tumpuan ramai warga pendidik di seluruh negara mengundang pelbagai spekulasi sejak laporan berkenaannya disiarkan baru-baru ini.

Mengulas tentang perkara tersebut, Exco Latihan & Pembangunan Sahsiah Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPSI, Akmal Madzir, kepimpinan mahasiswa di UPSI bersedia untuk menjadi barisan hadapan dalam mencari jalan penyelesaian isu ini bagi membela bakal-bakal guru di seluruh negara.

“Kami di UPSI bersedia untuk menjadi barisan hadapan dalam mencari penyelesaian berkenaan isu yang berbangkit ini memandangkan UPSI merupakan satu-satunya IPTA yang menawarkan program pendidikan sepenuhnya, kita ambil tanggungjawab ini”, katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menafikan bahawa pihaknya akan mengadakan satu himpunan esok bagi mendapatkan penjelasan daripada pihak pentadbiran UPSI.

“Kita tidak ada menganjurkan apa-apa himpunan setakat ini kerana kita ada peringkat-peringkat tindakan yang kita akan buat.

“Sehingga hari ini kita sudah dapatkan penjelasan TNC Akademik, Prof Dr Zakaria, KPM melalui Unit Perkhidmatan Guru dan sedikit maklumat daripada NUTP. Apa yang sedang kita tunggu adalah kenyataan rasmi daripada Menteri Pelajaran atau timbalannya bagi mendapatkan kepastian kedudukan isu ini dan sehingga hari ini saya dimaklumkan masih belum ada apa-apa respon daripada mereka, kita akan tunggu”, jelasnya.

Sementara itu katanya, beberapa pihak dari kalangan mahasiswa di IPTA lain sudah menghubungi beliau bagi membincangkan kerjasama yang boleh diambil untuk menangani isu tersebut.

4 comments:

cacen86 said...
This comment has been removed by the author.
مَعهَدين الُمعلمْ said...

MPP KEBAJIKAN yang diketuai Akmal begitu Profesional dalam hal-hal sebegini. bukan sahaja nasib mahasiswa di UPSI yang kita lihat malah isu-isu nasional juga menjadi tanggungjawab kita untuk dicaknakan..

Tahniah MPP...

Teruskan mengundi calon MPP kebajikan untuk pilihanraya yang akan tiba tak lama lagi..

hehehehe..

Maaf yer UPSIKINI..
ambo berkempen skit...

antikhairie said...

cayalah akmal..IPTA lain yg hubungi akmal..dorang bukannya hubungi hairie..sian sama hairie..

HAIRIE = YDP MPP HEP UPSI.

AKMAL = YDP MPP MAHASISWA UPSI

Anonymous said...

tahniah akmal..
kmi tetap dibelakang anda..
sama2 kita berjuang..