October 7, 2009

Akmal sokong pendirian NUTP

Tanjong Malim, 6 Oktober – Akmal Madzir, Exco Latihan & Pembangunan Sahsiah Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPSI hari ini menyokong pendirian NUTP melalui Presidennya, Hashim Adnan yang mengatakan pendidikan bukanlah satu kos tetapi adalah pelaburan demi masa depan negara dalam isu penempatan yang disiarkan Malaysiakini.

Beliau dalam kenyataannya juga bersetuju dengan NUTP supaya jalan penyelesaiaan diambil bagi mengatasi masalah tersebut.

“Saya secara peribadi bersetuju dengan apa yang dinyatakan oleh Presiden NUTP dan sememangnya jalan penyelesaian harus diambil kerana ia melibatkan satu isu yang besar, isu modal insan dalam pendidikan di negara kita,”jelasnya.

Ditanya apakah tindakan beliau dan rakan-rakan dalam MPP bagi membantu menyelesaikan perkara tersebut beliau berkata, pihaknya akan mengadakan satu mesyuarat khas bersama Majlis Tertinggi Pro Kebajikan bagi membincangkannya dan pertemuan bersama mahasiswa akan turut diatur dalam mendapatkan pandangan.

Dalam pada itu katanya, penjelasan daripada menteri berkaitan juga akan diambil kira dalam memutuskan apakah tindakan yang akan dibuat.

Isu penempatan mendapat perhatian ramai pihak termasuk penuntut-penuntut di Institut Perguruan (IPG) dan IPTA lain sejak kenyataan penempatan mungkin dilewatkan dinyatakan Prof Dr. Zakaria Kasa, Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa (TNC A&A) UPSI dan KPM beberapa hari lalu.

11 comments:

Anonymous said...

Saya mengharapkan satu penyelesaian yang bijak dapat diambil bagi mengatasi masalah ini.pihak-pihak yang terlibat seharusnya serius memainkan peranan untuk mencari jalan terbaik macam mana nak bagi pelajar posting awal.selagi masalah ni tak selesai,selagi itulah tido org atasan tak lena.apepun,dahulukan bakal2 guru,bukan dahulukan pembinaan bangunan besar,hantar angkasawan ke bulan.

Anonymous said...

harap2 kerajaan sedar masalah ni dan cuba sedaya upaya selesaikan masalah ni.kredibiliti pihak kerajaan sedang dipertikaikan orang ramai skrg ni.lagi pun,saya risau kalau kes ni berlarutan,keyakinan rakyat,terutamanya pengundi2 muda ni akan luntur pada kerajaan.jadi,marilah kita sama2 fikir apakah cara yang terbaik bagi mengatasi masalah ni.

sekian,terima kasih.

Anonymous said...

comfem pilihanraya nanti bn akan ditolak sampai xleh bangun. Mcmana kami xmarah kalu hal ini dibabitkan dengan kami. Sedangkan umah terbuka boleh wat, umah pm, umah menteri2 nilai dekat setengah bilion. Pastu bila ekonomi merosot kami yang jadi mangsa. Amaran kepada kerajaan. Ingatlah masalah ekonomi adalah masalah negara. penyelesaiannya bukan melibatkan kami.Paling kurang buat la potongan gaji para menteri untuk tunjukkan pada rakyat bahawa pemimpin berjiwa rakyat. Rakyat tertindas tetapi pemimpin hidup mewah. Renungkan la, jika anda seoarng pemimpim dan tahu ada orang diluar sana lapar kebuluran, tetapi anda sebagai pemimpin duk senang lenang dengan pakaian mahal n kereta mewah. Contoh didepan mata.......... siapa dia nik abdul aziz , haji abdul hadi, nizar jamaludin....................

Anonymous said...

akmal..aku syg ko la mcm ni, bagus ex-hosmet aku ni..haha

Anonymous said...

sy sokong kenyataan akmal...pendidikan merupakan satu pelaburan...pendidikan merupakan modal iaitu aset yang akan menghasilkan hasil yg lumayan...tiada kos dan kos lepas dalam pendidikan..

maju sebuah negara hanya dapat dilihat dr sistem pendidikan nya..

anarchist teacher said...

cant wait for next projek mega.
as one malaysia, we should proud to be malaysian.

pfftttttttt.

Beruang Kutub said...

ingatkan kami je yang risau. C Fready Awwwwwwwwwww pun risau juga mantan Baksis :).

hahahahah

Fready Fready...

inilah saya~ said...

nape kutuk freddy??
jhtnye mulut..
cikgu ke ni? dia lembut biarlah..x susahkan org pun...

Hang cangkul said...

aku sokong anonymous kata,.jngn nafikan hak rakyat untuk mendapatkan apa yang sepatutnya rakyat malaysia dapat..ingat jatuh bangun sebuah negara tletak ditangan rakyat...

pk 2 kn la....

Beruang Kutub said...

kesian betul kita kena tindas pemimpin.. pemimpin harus bantu rakyat bukan tindas rakyat. adakah patut..masalah di letakkan 100% kepada rakyat. sedangkan pemimpin ketawa sana sini goyang kaki.. bila nak tolong rakyat. tingo jalan raya kat Ranau tu.. kata nak buat. da 10 tahun tinggal janji kosong..

T e r u n a I d a m a n said...

Kepada Beruang Kutub, cakap biar berlapik, cakap biar berasas, bila pula pemimpin tindas ko, ko tu yang tak tahu bersyukur, hanya tahu menyalahkan pemimpin, ko pegi jadi PM la tgk, pecah ke x kepala ko nak pikir masalah itu ini demi kebaikan rakyat dan negara..