October 19, 2009

Adriyani : Hati-hati beli tiket balik kampung

Tanjong Malim, 19 Okt – Menjelang cuti akhir semester bermula 23 November ini, perkhidmatan bas catar untuk pulang ke kampung halaman masing-masing menjadi salah satu pilihan pelajar di sini.

Berikutan itu, ramai di kalangan pelajar yang menjadi agen menjual tiket perkhidmatan bas catar mengikut negeri masing-masing lebih awal bagi memudahkan urusan.

Mengulas berkenaan perkara tersebut, Exco Kebajikan & Kemasyarakatan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPSI, Adriyani Yamin (gambar) mengingatkan pelajar supaya berhati-hati untuk menggunakan perkhidmatan tersebut.

Katanya, pelajar perlu memastikan tiket yang dibeli mempunyai jaminan untuk mengelak ditipu seperti yang berlaku sebelum ini.

“Rakan-rakan pelajar saya nasihatkan supaya berhati-hati dalam menggunakan perkhidmatan bas catar, dan kalau boleh pastikan tiket yang dibeli mempunyai jaminan perjalanan supaya tidak lagi ditipu seperti yang berlaku sebelum ini”, ulasnya.

Tambahnya lagi, “kepada mereka yang menjadi agen pula, pastikan anda juga tidak ditipu pengusaha-pengusaha bas, pastikan ada hitam putih”.

Dalam pada itu, beliau mengakui perkhidmatan bas catar memang membantu pelajar kerana perkhidmatan pengangkutan awam memang tidak mencukupi bagi menampung jumlah pelajar yang ramai semasa cuti bermula.

6 comments:

Anonymous said...

salam

JMK KAB dengan kerjasama pihak SKS telah menyediakan perkhidmatan bas catar ke seluruh destinasi Semenanjung Malaysia.Sila berhubung dengan Exco Perumahan dan Pengangkutan KAB untuk mendapatkan maklumat lanjut..

Anonymous said...

Tahniah kepada JMK KAB kerana prihatin dengan masalah penipuan bas catar yang berlaku pada cuti hari raya yang lepas.Dengan adanya kerjasama dengan phak SKS,tentunya penipuan tidak akan berlaku lagi kerana pihak SKS merupakan syarikat bas yang berdaftar.Tahniah sekali lagi kerana prihatin dengan mslh penghuni..hidup KAB..

Katakan Tak Nak Kepada Bas Catar Penipu..

Anonymous said...

tahniah JMK KAB..
senang skrg ni..xyah susah2 dah..

Anonymous said...

ari tu masa malam kecoh2 baS catar tipu tu,xde pun nmpak muka MPP Kebajikan?tp dlm post,ada plak beritanya..kot ye pun nak publisiti,jgn la reka berita yang xde.Menjatuhkan maruah MPP kebajikan jer.Mr Teller jgn la syok sangat tulis berita.agak2 la jugak.Ramai yang sedang memerhatikan..

Anonymous said...

aku dah beli tiket tu..
xsabar nak blk kampung..hehehe
jom la kawan2,kita beli tiket tu..
rasanya 24 ngan 25 hb ni ada jual tiket lagi..jom kita serbu..serang............

Anonymous said...

ha?btl ke?aku xtau pun?kira ok la wat kerjasama ngan SKS tu.x la kna tipu mcm kes cuti raya ari tu..
bagus2..teruskan usaha anda..
MPP kebajikan,xwat ke kerjasama ngan mana2 syarikat bas untuk elakkan penipuan mcm ari tu?ke MPP kebajikan ni pandai cakap je?cakap..cakap..n terus cakap.keje x jalan pun..
heheh jgn marah ek..