July 4, 2009

Muzammil dakwa hanya SMU sayang universiti

Tanjong Malim, 4 Julai – Kenyataan “hanya SMU sayang universiti” yang dikeluarkan Penyelaras MSK, Muzammil Mahil, mengundang rasa kurang senang di kalangan mahasiswa di sini semalam.

Beliau yang juga merupakan Pegawai HEP dikatakan membuat kenyataan tersebut di hadapan ahli-ahli SMS dalam sesi “post-mortem”.

Berikutan itu, beberapa ahli Sakretariat Minggu Suai Kenal (SMS) yang meluahkan rasa kurang senang dengan kenyataan tersebut mendakwa Muzammil seorang yang tidak professional dalam menjalankan tugas.

Salah seorang daripada mereka berkata sikap “double standard” beliau sepanjang MSK memang telah disedari tetapi tidak mahu memanjangkan perkara tersebut atas dasar hormat.

“Kami sememangnya sudah menyedari sikap “double standard” dia dan hari ini dia benar-benar mencabar kewibawaan kami apabila membuat kenyataan hanya SMU sayang universiti”,ulasnya

Tambahnya lagi,”kami masih baru dan kami sedar kami bukan SMU dan kami pun tak mahu digelar SMU tetapi jangan sampai membuat kenyataan yang memperkecilkan orang lain.”

Ketua Penerangan Pro Kebajikan yang mengulas tentang perkara tersebut menasihatkan Muzammil agar berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan dan tidak membawa diri sebagai Penasihat SMU apabila bercakap di hadapan mahasiswa lain.

“Saya selaku mewakili mahasiswa lain ingin menasihatkan beliau agar berhati-hati dalam membuat kenyataan kerana beliau itu seorang pegawai HEP dan tolong jaga maruah HEP daripada dipandang negatif oleh mahasiswa”,katanya.

“Biarkan mahasiswa menguruskan hal mahasiswa dan bertindaklah sebagai seorang pegawai HEP bukan orang yang berkepentingan”,tambahnya lagi.

Untuk rekod, Muzammil pernah dikaitkan dengan penyelewengan wang MPP sebanyak RM 36 000.

4 comments:

ex-officio said...

Assalamualaikum.
Sudah - sudahlah tue buat aniaya kat orang wahai penulis blog. Allah balas nanti. Insya Allah. Kepada En. Muzamil, sy tau siapa encik dan banyakkan berdoa agar si penulis blog ini diberikan keampunan dan ditunjukkan jalan yang benar. Moga Allah melindungi en. sekeluarga. Orang yg berada di pihak yg benar selalunya dilindungi Allah. Dan doanya juga dimakbulkan.

Anonymous said...

Oi Ketua Penerangan Pro kejijikan yang berada di tempat kejadian,bangunlah bersuara pada masa tu,bukannya bising dalam blog..approve,jgn x approve..

Anonymous said...

Berani buat report polis r mangkuk hayun..pegi buat report kat SPRM..bukannya bising2 kat dalam blog jer..

Kami alami kesemuanya said...

aku sokong ex-officio...rindu MSK YG dulu..kami buat semua benda itu bukan untuk nama..hanya nk bantu univerisiti...kami SYG universiti...walaupun kami dh posting jauh...selalu doakan yg terbaik untuk UPSI..x harap UPSI keluar guru yg hanya pandai mengutuk tetapi tdk pandai mengajar..