July 25, 2009

Pro Kebajikan dakwa ada usaha tarik Hanif sertai Pro Kualiti

Tanjong Malim, 25 Julai – Pro Kebajikan hari ini mengeluarkan kenyataan melalui Ketua Penerangannya mendakwa Pro Kualiti berusaha untuk menarik Exco Kesenian & Kebudayaan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Mohd Hanif Abd Rahman untuk menyertai mereka.

Beliau yang menjelaskan perkara itu berkata, Pro Kebajikan menyedari usaha Pro Kualiti melalui beberapa maklumat risikan yang diterima.

“Pro Kebajikan menyedari akan usaha mereka ini namun kita yakin kedudukan kita tidak akan tergugat”,jelasnya ketika ditemui selepas menghadiri satu program di sini semalam.

Hanif dikatakan sering dijemput menghadiri beberapa pertemuan MPP Pro Kualiti bagi membincangkan beberapa program MPP tetapi tidak bagi ahli MPP Pro Kebajikan yang lain.

Keadaan ini menimbulkan spekulasi mengatakan Hanif sudah beralih angin atas sebab tekanan beberapa pihak terhadapnya.

Rakan beliau yang juga merupakan ahli MPP Pro Kebajikan, Norhisham Che Hamid ketika ditanya enggan memberi sebarang komen berhubung perkara tersebut.

Untuk rekod, Hanif yang merupakan calon Pro Kebajikan menang dalam PRK lalu di kerusi Fakulti Sains & Teknologi dengan jumlah undian sebanyak 1389 undi.

9 comments:

Fadh UniversouL said...

Salam..tak adil untuk berkata sedemikian..Mungkin Pihak Itu berpendapat boleh menjalinkan kerjasama dan sefahaman dengan Hanif tetapi bukan bagi MPP ProKebajikan yang lain..

Mahasiswa bosan juga budaya double standard yang diamalkan kedua belah pihak

Sepatutnya kita profesional bila mewujudkan KERAJAAN CAMPURAN.Politik dan pertelagahan itu diluar dari bidang kerja

YDP MPP UMP sendiri menyatakan Hanif sebagai seorang yang SANGAT BERBAKAT untuk memegang POST TERTINGGI dalam organisasi MPP UPSI..

kalau kedua pihak duduk berbincang secara Ilmiah dan mengetepikan budaya diskriminasi politik kampus,senang juga semua kerja..

Hanif pun dah sam7,kalau masuk mana2 pihak pun tak ada masalah..HANIF UNGGUL dari personaliti peribadinya dan giat kerjanya..Semua pihak sukakan HANIF..membuatkan HANIF diangkat oleh mahasiswa FST pada sesi lepas..

Wallahualam..

Hamba Allah said...

Benda macam ni pun nak heboh..

Macam lompat-lompat parti plak korang ni..

Asyik dok dengan sifat Assabiyah, Pro Kualiti dan Pro Kebajikan...

Dah boring dah dengar citer korang ni, kalo di pihak Pro Kualiti, asyik kutuk Pro kebajikan, pastu Pro kebajikan pun balas balik..

kesimpulannya 2 x 5 jer.. Hampeh..

Baik korang duk bermusyawarah dengan baik, jangan lah asyik nk kuarkan statement yang boleh memecahbelahkan perpaduan.

Banyak lagi agenda lain yang lebih penting untuk dibincangkan..

Kalo benarlah hanif benar2 ingin "lompat parti".. seharusnya Pro kebajikan memuhasabahkan diri, kenapa sampai boleh jadi macam tu.. Jangan terus menunding jadi nak salahkan pihak lain..

Umpama bak kata pepatah, kuman di seberang jelas kelihatan, tapi gajah di depan mata, kita buat2 tak nampak..!!!

Sekadar teguran..

Ikhlas,

Hamba Allah

Anonymous said...

huuuuuuuuu

Anonymous said...

knhuihj

مَعهَدين الُمعلمْ said...

Ahaks...
KERAJAAN CAMPURAN tu ape fadh??
macam KERAJAAN PERPADUAN ker??
huhuhu..
bukan ke ko anti benar ngan kerajaan perpaduan??

Fadh UniversouL said...

Kerajaan perpaduan yg tu tajaan UMNO/BN..mmg aku benci bile ade yg xkena..lagi pun die jemput sape je nak bentuk kerajaan..

yang ade kat UPSI skg ni beza..
2-2 pihak dalam KABINET..kalau kat parti Malaysia ni,UMNO/BN je yang pgg kabinet..

klu ngeri2 pakatan rakyat amek mane2 Pro BN pgg jwtan dlm kerajaan negeri,tgk la ape tndakan tatatertib dr BN..

herm..yg kite nak kat UPSI ni budaya bersih dr bende2 yg meniru parti luar tu..nak sokong parti luar xpe..tapi tak perlu kedua pihak praktik 100% benda tu dalam kampus..

مَعهَدين الُمعلمْ said...

tapi pemimpin-pemimpin yang kat dalam universiti la biasanya yang akan mnghiasi politik luar satu hari nanti.

Kalau dh diasuh dengan kerajaan perpaduan kat sini insyaAllah suara kerajaan perpaduan berbunyi lagi oleh pemimpin2 muda yang bakal mewarisi pemerintahan negara satu hari nnt.

kat sini jelas perbezaan fikrah antara 2 aliran. 2 aliran itu seakan-akan aliran yang bergema dalam politik luar kampus. benda nie dah xleh lari dh.

Kalau benda dari luar baik dan ada kepentingan untuk masa depan selepas mati apa salahnya ditiru.

Anonymous said...

blog ni kata takde kepentingan, tapi nape asik brt sebelah jer..lbh byk nmpak memecahbelahkan pelajar..tak berkepentingan ke?tiap bnda msti ada kpntgn, klw tak sia2 je..tak berfaedah..kata upsikini, cite la ape perkembangan tbaru kat upsi tu.pameran ke, ceramah ke..nii dah mcm blog politik..klw org luar bc msti pikir kat upsi tu asyik politik je..bsr sgt ke kerajaannya tu?

Anonymous said...

standard la...hidup ini adlah politik..
kemana-mana pasti ade isu politik...
xsalah klau kite blaja berpolitik
dari jadi pak turut semata2

open your eyes....