July 30, 2009

Hari kedua H1N1 di UPSI

Tanjong Malim, 30 Julai
8.15 p.m.
Bas percuma hanya hari ini

Pihak kolej yang menguruskan perkhidmatan bas percuma untuk perjalanan balik ke kampung halaman mengikut negeri masing-masing memaklumkan perkhidmatan tersebut hanya untuk hari ini sahaja. Tiada lagi perkhidmatan sedemikian untuk esok.

7.15 p.m.
Seru pelajar solat jemaah, solat hajat

Akmal Madzir, Exco Latihan dan Pembangunan Sahsiah MPP sekali lagi menyeru semua pelajar yang masih belum pulang ke kampung untuk solat berjemaah di surau atau masjid dan mengadakan solat hajat, mendoakan agar UPSI kembali sejahtera. Katanya, selain mengambil langkah-langkah pencegahan, doa juga adalah ubat bagi segala penyakit.

6.45 p.m.
Pelajar Sabah dan Sarawak tidak puas hati bas percuma

Ramai pelajar dari Sabah dan Sarawak tidak berpuas hati dengan tindakan UPSI memberi perkhidmatan bas percuma kepada pelajar yang ingin balik ke kampung di negeri masing-masing di Semenanjung. Mereka mendakwa sepatutnya pelajar tersebut dikenakan bayaran dan wang tersebut digunakan untuk bekalan makanan bagi pelajar-pelajar yang tidak dapat balik ke kampung yang kebanyakannya menanggung kerugian menempah tiket lebih awal untuk cuti pertengahan semester. Cuti pertengahan semester dijadual bermula 15 Ogos tetapi terpaksa diawalkan ekoran wabak H1N1 di sini.

6.20 p.m.
Dr Safinah lawat pelajar kuarantin

Dr. Safinah dari Pusat Kesihatan UPSI melawat semua pelajar yang dikuarantin di Kolej Harun Aminurrashid (KHAR) ketika ini. Dilaporkan 2 pelajar yang disahkan positif dijangkiti H1N1 juga berada di sini.

6.15 p.m.
Usaha untuk pulang segera

Exco Kebajikan dan Kemasyarakatan MPP, saudara Zulhilmi mengingatkan pelajar agar berusaha untuk segera pulang ke kampung masing-masing. Beliau berkata sedemikian selepas mendapati ada pelajar yang mengambil langkah untuk lewat pulang ke kampung atas alasan tugasan dan sebagainya. Jelasnya, keputusan memberi cuti adalah bertujuan agar pelajar segera pulang ke kampung untuk mengelak terkena jangkitan H1N1.

6.00 p.m.
Suasana semakin lengang

Keadaan di Taman Bahtera juga dikatakan lengang. Kebanyakan pelajar sudah berangkat pulang ke kampung masing-masing. Kedai makan dan restoran juga dilaporkan kebanyakannya tutup. Kelihatan beberapa pemilik 'kereta sapu' menunggu di tempat perhentian bas menunggu pelajar yang mahu menggunakan perkhidmatannya.

5.00 p.m
UPSI sunyi

Berikutan penutupan serta-merta kampus utama UPSI semalam, suasana di sini dikatakan agak sunyi. Semua pintu masuk dikawal selepas UPSI menjadi kawasan larangan untuk dimasuki.

4.40 p.m
Tabligh keluar tiga hari

Dalam kesibukan pelajar mencari tiket untuk pulang ke kampung halaman, lain pula bagi jemaah tabligh di kalangan pelajar UPSI yang berkumpul di Surau KHAR. Mereka dikatakan akan keluar tiga hari pada petang ini sebelum pulang ke kampung masing-masing.

4.20 p.m.
Pergerakan bas lancar

Semua bas dilaporkan sudah bergerak ke destinasi masing-masing. Pelajar memuji perkhidmatan yang disediakan dan berterima kasih dengan keprihatinan pihak UPSI terhadap kebajikan pelajar.

4.00 p.m
70% pelajar sudah meninggalkan kolej

Dianggarkan kira-kira 70% pelajar yang menginap di kolej-kolej kediaman sudah meninggalkan kolej untuk pulang ke kampung halaman masing-masing. Selebihnya dijangka akan pulang malam ini dan esok. Peratusan pelajar tinggal di luar kolej yang sudah pulang ke kampung juga dilaporkan meningkat terutamanya pelajar perempuan.

3.45 p.m.
Pelajar terkejut

Beberapa pelajar terkejut apabila dimaklumkan tentang perkhidmatan bas percuma pulang ke kampung masing-masing selepas melihat beberapa buah bas masuk ke kawasan kolej. Mereka mendakwa terpaksa menunggu esok kerana kehabisan tiket dan tidak tahu perkhidmatan bas percuma yang disediakan UPSI.

3.33 p.m
Bas sudah mula bergerak

Di Kolej Ungku Omar (KUO) beberapa buah bas sudah mula bergerak menuju ke destinasi masing-masing. Di Kolej Zaaba (KZ) beberapa bas sudah bergerak lebih awal.

3.30 p.m
10 buah bas di KUO

UPSIkini dilaporkan sebanyak 10 buah bas disediakan di Kolej Ungku Omar (KUO). Kesemua bas dijangka akan memulakan perjalanan dalam beberapa minit lagi. Semua bas dikatakan penuh terutamnya bas ke Kelantan.

3.25 p.m.
Pembahagian pelajar mengikut destinasi

Urusan pembahagian pelajar menaiki bas mengikut destinasi sedang dilakukan. Beberapa buah bas sudah bersedia memulakan perjalanan.

3.10 p.m.
Pelajar mula menaiki bas

Pelajar mula menaiki bas yang ditetapkan mengikut destinasi. Akmal Madzir, Exco Latihan dan Pembangunan Sahsiah MPP turut kelihatan bagi mengucapkan Selamat Bercuti kepada pelajar di Kolej Ungku Omar.

3.00 p.m.
Bas mula masuk ke kawasan kolej

Beberapa buah bas sudah mula masuk ke perkarangan kolej-kolej kediaman. Perkhidmatan bas berada di tempat menunggu bas di kolej-kolej. Perjalanan dijangka sedikit lewat daripada masa yang ditetapkan. UPSIkini dilaporkan sehingga kini lebih 10 buah bas sudah menunggu di luar Kolej Ungku Omar (KUO) dan Kolej Zaaba (KZ).

2.45 p.m.
Tak sampai 100 tinggal di KHAR

Di Kolej Harun Aminurrashid (KHAR) bilangan pelajar yang mengambil keputusan untuk tidak pulang ke kampung setakat ini hanya 33 orang. Kebanyakannya pelajar Sabah dan Sarawak. Terdapat juga sebahagian pelajar yang akan pulang kempung hujung minggu ini untuk menyelesaikan tugasan dan sebagainya.

2.30 p.m.
Perkhidmatan balik kampung percuma

Semua pelajar yang pulang ke kampung menggunakan perkhidmatan bas UPSI sedang berurusan di Kolej Ungku Omar (KUO). Semua destinasi dijangka akan memulakan perjalanan pada jam 3.00 petang ini.

1.45 p.m.
Pelajar UKLK terkilan

UPSIkini menerima e-mel daripada seorang pelajar UKLK yang terkilan dengan pengurusan dan sistem penyampaian maklumat yang lemah kepada pelajar-pelajar UKLK. Pengirim tersebut juga mendakwa tidak ada pihak UKLK yang turun padang memaklumkan tentang perkara ini kepada mereka. Segala kemudahan yang diberikan kepada pelajar di kolej juga tidak diberikan kepada pelajar UKLK seperti bekalan makanan, kaunter pemeriksaan H1N1 dan perkhidmatan bas percuma.

1.10 p.m.
3 tiket ke Sabah & Sarawak bersamaan kos perkhidmatan 1 bas

Exco Kebajikan & Kemasyarakatan MPP, saudari Adriyani menjelaskan pihak UPSI tidak mampu untuk membuat bayaran ganti rugi kepada semua pelajar Sabah & Sarawak yang telah membeli tiket. Katanya, kos untuk membayar ganti rugi 3 tiket ke Sabah & Sarawak bersamaan kos sebuah bas menghantar pelajar-pelajar ke satu-satu destinasi di Semenanjung.

1.00 p.m.
Makanan untuk makan tengah hari disediakan

Makanan untuk makan tengah hari ini di kolej-kolej kediaman disediakan terutamanya kolej di Proton City (KZ & KAB). UPSIkini dimaklumkan bagi pelajar yang tinggal di Kolej Harun Aminurrashid (KHAR) dan Kolej Ungku Omar (KUO), mereka dibenarkan untuk keluar untuk makan tengah hari.

12.40 p.m.
Bas ke LCCT dan KLIA turut disediakan

Perkhidmatan pengangkutan ke LCCT dan KLIA turut disediakan bagi pelajar-pelajar Sabah dan Sarawak yang ingin pulang ke kampung. Namun permintaan ganti rugi tiket yang telah dibeli tidak dapat dipenuhi atas sebab kos yang terlalu tinggi.

12.15 p.m.
Tiada peruntukan untuk pelajar Sabah dan Sarawak

Exco Kebajikan dan Kemasyarakatan MPP UPSI, saudara Zulhilmi menjelaskan pihak HEP tidak ada menyediakan peruntukan untuk pelajar dari Sabah dan Sarawak dan UPSI tidak mampu untuk menanggung kos tiket yang telah dibeli. Namun bagi mereka yang mempunyai masalah kewangan boleh meminjam daripada Tabung Kebajikan Pelajar HEP atau memohon wang zakat daripada universiti.

11.30 a.m.
Pelajar di Proton City minta buka kaunter pemeriksaan

Pelajar-pelajar yang tinggal di Proton City meminta agar kaunter pemeriksaan H1N1 dibuka di sana bagi memudahkan pemeriksaan dibuat. Mereke didakwa bimbang untuk ke Klinik Kesihatan kerana khuatir terkena jangkitan memandangkan kebanyakan yang dikuarantin tinggal di kolej-kolej kediaman dan ada di antaranya yang membuat pemeriksaan di Klinik Kesihatan Tanjong Malim.

11.20 a.m
Suasana di kolej-kolej kediaman semakin lengang

Pergerakan pelajar pulang dilaporkan lancar. Suasana di kolej-kolej kediaman dilaporkan semakin lengang.

11.00 a.m
2 pelajar positif H1N1 tak percaya mereka positif

Dua pelajar yang disahkan positif selepas ujian H1N1 dibuat tidak percaya dengan laporan mengatakan mereka positif. Berikutan itu, mereka dilaporkan telah lari daripada Bilik Sakit di KHAR sehingga memaksa kakitangan yang bertugas mencari mereka berdua. Kehilangan mereka disedari apabila Pegawai kesihatan yang ingin membuat pemeriksaan lanjutan semalam mendapati mereka tiada di Bilik Sakit tersebut.

10.45 a.m.
Pelajar antarabangsa China juga keluar

Pelajar antarabangsa dari negara China juga dilihat keluar dari kawasan kolej membawa beg pakaian masing-masing. Mereka dipercayai akan ke Kedutaan China di Kuala Lumpur.

10.25 a.m.
UKM juga dijangka cuti

Universiti Kebangsaan Malaysia juga bakal berdepan situasi sama di UPSI. UPSIkini menerima maklumat, UKM juga dijangka cuti semester lebih awal ekoran penularan jangkitan H1N1 di beberapa buah kampus. UKM dijangka mengmbil langkah berjaga-jaga untuk memulakan cuti semester lebih awal selepas UPM dan UPSI. Namun pengumuman rasmi belum dibuat.

10.20 a.m
Hentian Putra sesak

Di hentian Putra, Kuala Lumpur, ramai pelajar UPSI menunggu bas untuk pulang ke kampung masing-masing terutamanya ke Kelantan. Dilaporkan sudah ada pelajar yang menunggu sejak dari semalam di sini dan menaiki bas hari ini.

10.15 a.m
Bas ke Kelantan jam 3.00 petang

Perkhidmatan bas yang disediakan UPSI untuk pelajar-pelajar ke Kelantan dimaklumkan akan bergerak pada jam 3.00 petang ini. Semua pelajar yang telah mendaftar untuk menggunakan perkhidmatan ini diminta bersedia lebih awal.

10.00 a.m
Pejabat kolej beroperasi seperti biasa
Pihak pentadbiran kolej membuka pejabat seperti biasa. Kakitangan kolej diminta untuk memantau keadaan semasa pelajar yang dikuarantin dan pelajar yang tidak pulang ke kampung. Ramai pelajar Sabah dan Sarawak memilih untuk tidak pulang ke kampung kerana harga tiket yang agak mahal, mencecah RM 700.

9.30 a.m.
50% pelajar sudah kosongkan kolej
Sehingga kini dianggarkan hampir 50% pelajar sudah mengosongkan kolej kediaman masing-masing. Pelajar mula keluar menuju ke stesen bas untuk ke destinasi masing-masing seawal jam 8.00 pagi tadi. Pengumuman di kolej-kolej berkenaan perkhidmatan bas percuma yang disediakan UPSI dibuat dari semasa ke semasa.

27 comments:

Anonymous said...

semasa cuti semester upsi,boleh tak balik awal??adakah kantin dibuka semasa cuti semester di upsi di kolej zaba??

Anonymous said...

untung la pelajar yg tggl semenangjung ni,sudah lah boleh balik kg, bas percuma pulak tu.huhuhu...sian ngan studen borneo.sabar jak la.

Anonymous said...

sepatutnya pelajar upsi tidak dibenar kan balik sbb jika balik mereka akan membawa virus tersebar ke negeri masing2

mmg tak msk akal upsi bg cuti

zinnirah said...

BOLEH TAK BUKA KAUNTER PEMERIKSAAN KT KAMPUS BAGI PELAJAR2 YANG TINGGAL DI TAMAN U MENDAPATKAN RAWATAN WALAUPUN TIADA SIMTOMP SEBAGAI LANGKAH AWAL SEPERTI YANG TELAH DILAKUKAN OLEH IPTA LAIN Y MEWAJIBKAN SEMUA PELAJAR MENJALANI MEDICAL CKECK UP UNTUK MENGELAK WABAK H1N1? TERUTAMANYA BAGI PELAJAR YANG TIDAK PULANG KE KG.

Anonymous said...

kalau ikut kaedah pencegahan wabak dlm islam...tak sepatutnya pelajar upsi dibenarkan balik kg.

Anonymous said...

Tindakan yg diambil oleh pihak pentadbiran upsi denagn mmberikan cti terlalu awal kpd para peljar adlah satu tindakan yg bodoh dan tidak bertanggunjawab..Para pelajar seharusnya dikuarantin lebih lama bg memastikan pelajar betul2 bebas drpd virus brkenaan. para pelajar dikuarantin tidak sampai 24 jam. Cba anda bygkan adakah tempoh berkenaan ckup utk pihak kesihatan memeriksa semua pelajar upsi..lu pikir la sendri nak cek 18000 pelajar upsi dlm tempoh kurg drpd 24 jam..Pada pendapat aku tindakan yg diambil oleh pihak upsi adalah utk melepaskan tggungjwab mereka semata2..meringan beban bajet yg perlu ditanggung apabila pelajar dikuarntin..cuba bygkan dengan keadaan dlm keretapi n bas yg penuh sesak..lebih mudah virus ini tersebar...UPSI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB.

bye speedtravian..

Anonymous said...

nak tanya...bus ke utara pukul brp?? desas-desus agak2 pukul brp yea...

Anonymous said...

apa yg tak msk akal?kalau trs beramai2 disini akan lbh mdh virus merebak.sbb tu dibuat pemeriksaan sblm blk ke kg masing2.jika didapati ada simptom, akan ditahan utk dikuarantin..takkan la 1 kolej nak dikuarantin sampai seminggu..mungkin anda tak rasa ke keperitan berkurung setengah hari di kolej2 semalam.

memang tak masuk akal pandangan anda..

kicimayung said...

patutnya tempoh kuarantin dlanjutkan.

Anonymous said...

bagi pelajar yg tggl kat semenanjung ne,mereka diberi bas percuma untuk balik ke kampung??saya rasa ini memang tak adil dengan pelajar borneo...adalah lebih baik jika kos untuk menyediakan bas percuma itu diganti dengan peruntukan gantirugi kepada mereka yang telah membeli tiket awal...dan lebih mengecewakan,pihak MPP tidak menyediakan peruntukan khas untuk pelajar borneo....

Anonymous said...

bus balik ipoh free ada jgk x?

Anonymous said...

ntah pape UPSI ni..mmg anaktirikan UKLK..pehal p0n..dak kolej yg tau dulu..
kitrg kt cni...lmbt nk tau..
cm bus percuma tu...mmg la dak kolej dulu yg dpt..
klu ye p0n bg la jgk kt UKLK..ingt dak kolej je ke yg bg sumbgn kt UPSI..
sgt x adil mcm ni...
bkn sy sorg yg xpuas hati..rmai lg...
nmpk sgt pilih kasih...
UPSI x adil....
pkir2 la jgk kbjikan sume palajar...

Anonymous said...

rajin btl lah mr teller ni bgtau segala perkembangan ya.. tahniah n terima kasih diucapkan diatas setiap masa yg diberikan... mr teller, bus yg ke utara tu, bus ke ipoh ada sekali x? esok ada free lg x?

Anonymous said...

Pepatah Melayu Baru:

Lain orang makan babi, lain orang yang kena selsema babi....

Anonymous said...

Patutnya UPSI fikirkan juga kebajikan pelajar Malaysia Timur. kalau 1800 pelajar UPSI derma sorang rm10,tentu dapat bantu sahabat2 kita balik sabah sarawak...

1 lg, tak kan tak boleh minta tolong kementerian pertahanan dapatkan kapal utk balik sana. Tentu menjadi pengalaman bermakna dan sangat manis dapat balik sabah sarawak sekali dengan kapal TLDM....Biro Kebajikan takkan tak leh fikir...

Anonymous said...

saya mmg x puas ati ekkami pljr sabah n sarawak d anak tirikan ...knp kami x d beri tiket blk sdg kan pljr dr utara, slatan n timur d beri pulak tiket bas free n upsi sndiri yg htr guna bas upsi ...
klu nk kan keadilan jgn r bg free kat depa, kan itu namanya adil. so kami ni yg tggl d kolej ni lg tggi simptom utk mendapat virus tu, ni mmg x adil

prof sha dtg td jenguk kat bus stop kuo..dia tnya keadaan pljr nk blk tu so adakah dia tnya pljr sabah n sarawak so d mana keadilannya kami ni stay d klj lgsung x dfikirkan, d mn ketelusannya itu .... hurmm mmg terkilan sangat ... sdg kan kami d sini berusaha mghadapi virus tu dgn stay d kolej je mksud aku peratusan kami ni bakal mghidap virus amat tggi .....dah d tmptkan d kolej... lgsung x da pruntukan apa2 tuk kami ...
aku sbgai pljr sabah n sarawak ni rasa terkilan n knp kami x spt budak2 dr utara, selatan n timur d beri pgangkutan atau tiket free blk sabah.. sdg kan ni virus merbahaya blh bawa maut...
hurmm.. KLU LAH ADA PLJR SABAH N SARAWAK NI MATI... SO UPSI KENA BERTANGGUNGJAWAB.............

Anonymous said...

tu idea yg baik kwn...cuma pelaksanaan tu yg xtau ada atau pun xda...cuma sy mmng x puas hati bila upsi sediakan bas percuma...sy rsa kos bas tu lebih kurang sma dgn tiket utk pelajar borneo yg ingin balik ke sbh&srwk...ataupun setidak-tidaknya peruntukan tu bole membantu mereka mengurangkan beban kerugian akibat daripada tiket flight yg ditempah lebih awal....hrp pelajar borneo byk2 la bersbr....

Anonymous said...

saya mmg x puas ati ek kami pljr sabah n sarawak d anak tirikan ...knp kami x d beri tiket blk sdg kan pljr dr utara, slatan n timur d beri pulak tiket bas free n upsi sndiri yg htr guna bas upsi ...
klu nk kan keadilan jgn r bg free kat depa, kan itu namanya adil. so kami ni yg tggl d kolej ni lg tggi simptom utk mendapat virus tu, ni mmg x adil

prof sha dtg td jenguk kat bus stop kuo..dia tnya keadaan pljr nk blk tu so adakah dia tnya pljr sabah n sarawak so d mana keadilannya kami ni stay d klj lgsung x dfikirkan, d mn ketelusannya itu .... hurmm mmg terkilan sangat ... sdg kan kami d sini berusaha mghadapi virus tu dgn stay d kolej je... mksud aku peratusan kami ni bakal mghidap virus amat tggi .....dah d tmptkan d kolej... lgsung x da pruntukan apa2 tuk kami ...
aku sbgai pljr sabah n sarawak ni rasa terkilan n knp kami x spt budak2 dr utara, selatan n timur d beri pgangkutan atau tiket free blk sabah.. sdg kan ni virus merbahaya blh bawa maut...
hurmm.. KLU LAH ADA PLJR SABAH N SARAWAK NI MATI... SO UPSI KENA BERTANGGUNGJAWAB.............

Anonymous said...

saya mmg x puas ati ek kami pljr sabah n sarawak d anak tirikan ...knp kami x d beri tiket blk sdg kan pljr dr utara, slatan n timur d beri pulak tiket bas free n upsi sndiri yg htr guna bas upsi ...
klu nk kan keadilan jgn r bg free kat depa, kan itu namanya adil. so kami ni yg tggl d kolej ni lg tggi simptom utk mendapat virus tu, ni mmg x adil

prof sha dtg td jenguk kat bus stop kuo..dia tnya keadaan pljr nk blk tu so adakah dia tnya pljr sabah n sarawak so d mana keadilannya kami ni stay d klj lgsung x dfikirkan, d mn ketelusannya itu .... hurmm mmg terkilan sangat ... sdg kan kami d sini berusaha mghadapi virus tu dgn stay d kolej je... mksud aku peratusan kami ni bakal mghidap virus amat tggi .....dah d tmptkan d kolej... lgsung x da pruntukan apa2 tuk kami ...
aku sbgai pljr sabah n sarawak ni rasa terkilan n knp kami x spt budak2 dr utara, selatan n timur d beri pgangkutan atau tiket free blk sabah.. sdg kan ni virus merbahaya blh bawa maut...
hurmm.. KLU LAH ADA PLJR SABAH N SARAWAK NI MATI... SO UPSI KENA BERTANGGUNGJAWAB.............

Anonymous said...

saya mmg x puas ati ek kami pljr sabah n sarawak d anak tirikan ...knp kami x d beri tiket blk sdg kan pljr dr utara, slatan n timur d beri pulak tiket bas free n upsi sndiri yg htr guna bas upsi ...
klu nk kan keadilan jgn r bg free kat depa, kan itu namanya adil. so kami ni yg tggl d kolej ni lg tggi simptom utk mendapat virus tu, ni mmg x adil

prof sha dtg td jenguk kat bus stop kuo..dia tnya keadaan pljr nk blk tu so adakah dia tnya pljr sabah n sarawak so d mana keadilannya kami ni stay d klj lgsung x dfikirkan, d mn ketelusannya itu .... hurmm mmg terkilan sangat ... sdg kan kami d sini berusaha mghadapi virus tu dgn stay d kolej je... mksud aku peratusan kami ni bakal mghidap virus amat tggi .....dah d tmptkan d kolej... lgsung x da pruntukan apa2 tuk kami ...
aku sbgai pljr sabah n sarawak ni rasa terkilan n knp kami x spt budak2 dr utara, selatan n timur d beri pgangkutan atau tiket free blk sabah.. sdg kan ni virus merbahaya blh bawa maut...
hurmm.. KLU LAH ADA PLJR SABAH N SARAWAK NI MATI... SO UPSI KENA BERTANGGUNGJAWAB.............

jojo said...

manusia...memang susah nak puas dgn apa yg dapat...kalaulah diri sndri yg dpt kelebihan, pasti senyap dan bersyukur...ini tak adil, itu tak adil..bkn sng nak berlaku adil..lagipun ini kali pertama kes sebegini, pasti byk kepincangannya..takkan mampu puaskan ht semua pihak..entahla..manusia...

Anonymous said...

pengurusan upsi sangat teruk. penilaian skala 1-10 aku bagi 1 je. aku pelajar dpli bernasib baik sikit tinggal di taman bahtera berbandinga kawan aku yang tinggal di kota malim. dorang sume tak dapat maklumat secukupnya daripada upsi ttg H1N1. dahlah duduk kat jin bertendang, segala kemudahan yang perlu tak disediakan. kami sebagai pelajar dpli tak mengharapkan layanan yang istimewa daripada pihak upsi, tapi layanlah sebagai seorang pelajar upsi. nampak sangat upsi tak ambil berat soal kebajikan pelajar dpli. aku rasa tak keterlaluan jika kami pelajar dpli menukar tagline "ibu kandung suluh budiman" kepada "IBU TIRI SULUH BUDIMAN".
pengurusan universiti malaya jauh berbeza dgn upsi yang terkenal dengan universiti BITARA.

Anonymous said...

hurmmm dah nama kita manusia tak kan lah binatang weiii.... setan, hantu.... fikir2lah.. klu awak dlm situasi mrk2 tu awak pun akan kata begitu kan... so awak pun fikir2 kan ler ek... kan awak tu manusia jg

Anonymous said...

"1 lg, tak kan tak boleh minta tolong kementerian pertahanan dapatkan kapal utk balik sana. Tentu menjadi pengalaman bermakna dan sangat manis dapat balik sabah sarawak sekali dengan kapal TLDM....Biro Kebajikan takkan tak leh fikir..."

Fuhh..maaf lah saudara, bukan senang nak minta kapal dari kementerian pertahanan. even kalau nak berperang pun mereka akan tengok keseriusan peperangan tersebut sehingga perlukan bantuan kapal perang atau tidak.

inikan pula kes nak hantar pelajar ke sabah & sarawak. lain la kalau semenanjung nie dah darurat dengan kes H1N1..saya rasa tak ada sebab kementerian pertahanan tak bagi SELURUH PELAJAR SABAH & SARAWAK pulang ke negeri masing2...

harap maklum...

مَعهَدين الُمعلمْ said...

hak..hak..
xlogik nk mintak kapal..
ada yg mintak heli..
aku try tanya jurulatih palapes UPSI pasal nk dapatkn heli.

jurulatih tu berpangkat pegawai waran sudah bertugas dengan askar 20 tahun. tapi baru je 2 kali naik heli sepanjang dia bertugas. tu kira orang yang berpangkat besar dalam tentera.

nk dapatkan heli bukannay mcm nk tempah bas.

tapi aku mengutuk apa yang berlaku sekarang. memang pelajar sabah dan serawak tidak diberikan keadilan. Kuasa MPP sahaja tak cukp untuk selesaikan hal ini. MPP hanya sekadar jambatan antara pelajar dan pentadbiran. PIhak pentadbiran harus memandang serius nasib pelajar sabah dan serawak.

Anonymous said...

bkan jeles @ dengki student semenanjung balik kg tp mmg x masuk akal meka blik...

meka akan lebih tdedah dgn virus 2 spanjang pjalanan ke kg..

lpastu blik cni nti..bawa virus tu ke upsi..