July 16, 2009

Mahasiswa : Hairie YDP paling lemah dalam sejarah UPSI

Selepas hampir sembilan bulan menerajui kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Pendidikan Sultan Idris, UPSI, Mohamad Hairie bin Abdullah didakwa sebagai Yang Dipertua MPP paling lemah dalam sejarah UPSI.

Dalam beberapa tinjauan yang dibuat rata-rata mahasiswa di sini tidak mengenali siapa Hairie meskipun memegang jawatan nombor satu MPP.

Perlantikan Hairie yang dilihat paling tidak demokratik di UPSI antara sebab mengapa beliau tidak begitu dikenali di kalangan mahasiswa. Dengan kemenangan tanpa bertanding di kerusi Fakulti Bahasa, beliau menawarkan diri untuk memegang jawatan YDP setelah disokong beberapa pegawai HEP yang bertindak menjadi perancang utama dalam penyusunan kabinet MPP.

Perlantikan beliau juga dikatakan pertama kali dalam sejarah UPSI apabila kesemua calon Umum yang menang dalam pilihan raya kampus (PRK) lalu diketepikan dalam perebutan jawatan YDP dan diberikan kepada beliau yang hanya menang tanpa bertanding di kerusi fakulti.

Sepanjang tempoh sembilan bulan ini sejak Oktober 2008 tiada apa-apa pembaharuan yang dilakukan beliau melainkan hanya mengulangi corak kepimpinan terdahulu yang suram. Beliau yang turut dilabel sebagai YDP “copy and paste” dikatakan tidak begitu menyerlah berbanding beberapa ahli MPP lain sejak dari awal memegang jawatan tersebut.

Dalam perbandingan yang dibuat beberapa pihak antara Hairie dan YDP sesi lalu, Mohd Raimi Rahim, Hairie dikatakan tidak mempunyai keberanian seperti mana yang ditunjukkan Raimi melalui sepucuk surat yang dikirimkan kepada Harakah.

Nama Raimi mula melonjak setelah pendedahan tersebut dibuat dengan menceritakan bagaimana permainan kotor pihak tertentu terutamanya HEP dalam mengatur perjalanan PRK yang dikatakan menyebelahi pihak Pro Aspirasi dan mengaku mencuri borang pencalonan beberapa calon semasa PRK 2007/08.

Pendedahan tersebut sekali gus membuka mata ramai pihak terutamanya di kalangan mahasiswa dan sehingga kini belum ada sebarang penafian dibuat oleh pihak yang dikaitkan dengan isu tersebut.

Hairie pada ketika ini dikatakan semakin hilang pengaruh dan sering kali dilihat tidak mampu meneruskan tugas-tugas seorang YDP. Timbul juga cakap-cakap yang mengatakan kredabilitinya sebagai YDP turut dipertikai pihak pentadbir dan rakannya dalam MPP.

Rekod satu semester sebelum ini bakal membawa kesan kepada kepimpinan beliau dan rakan-rakan dalam Pro Kualiti dan memberikan kelebihan kepada Pro Kebajikan yang dilihat mempunyai kekuatan dalam kepimpinan mereka.

5 comments:

Anonymous said...

La... Pro kebajikan ni... asyik kritik n kritik je... mcm mana nk maju..sbb MPP skrg ni x sebulu... ble si hairi tu nk wt apa2 msti je ada yg bangkang..so, pro kebajikan kenalah bersatu ngan MPP... jgn asyk tulis blok yg ngarut2... u ingat u all bagus sgt ke. smpai nk popularkan UPSI dgn bnda2 cm ni... klu u all rase bgus sgt... tonjolkan diri.. jgn nk jd lalang n musuh dlm slimut... lg satu...apa yg pro kebajikan buat. aku rase u all kena munasabah diri... nk perjuangkan kebajikan mahasiswa konon..apa yg ko org buat...?
lu pikir lah sendiri.... x hbis blok yg merapu... cuba lah pikir.. mcm mana nk naikan nama Universiti kita di mata dunia dgn benda yg positif... setidak2nya UPSI dikenali dgn nama yg bgus2.. sbb kte uvsti pendidikan... bkn unvsti permusuhan sesama insan (UPSI)... kata2 akhir dr saya... Kurangkan Kontrovesi di UPSI dan tingkatkan prestasi UPSI....

sy sokong...jgn famouskan upsi dgn memburukkan upsi...adusss..

Anonymous said...

kegagalan ketua juga merupakan masalah daripada sikap anak buah mcm korang yg hanya pndai menhemtam dr melakukan aktiviti yg berfaedah..secara jujurnya hairi sgt bgs,i know him..tp korang yg x bgs..dh mnyampah tgk blog nie..seolah-oleh korang nie bgs sngt..secara jujurnya...MPP KALI INI ADALAH TERBURUK dlm sejarah upsi..coz byk kritikan dan apabila ramai yg x boleh buat keja msk dlm mpp....jd mcmnie lah???brapa byak aktiviti mpp yg dpt beri high-impact kpd pelajar, org sekitar tnjung malim???Xde!!!! bdak2 pro aspirasi pn, xbgs nk mgata org lain????apa pgram yg korang buat?????? drpda geng2 korang???Ada yg bgs2 kew???Xde..jgn pndai2 ckp...