July 28, 2009

Pelajar antarabangsa China menyesal datang UPSI

Tanjong Malim, 28 Julai – Pelajar antarabangsa dari negara China yang datang melanjutkan pengajian mereka ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) melahirkan rasa menyesal mereka setelah hampir sebulan berada di sini.

Mereka yang mengambil kursus Pendidikan Muzik di sini mengadu perkara tersebut kepada beberapa peniaga kedai berbangsa cina di sekitar kolej kediaman mereka mengatakan belum bersedia untuk datang melanjutkan pelajaran mereka di UPSI.

Mereka juga dikatakan tidak mendapat maklumat yang lengkap tentang keadaan di sini tetapi terpaksa datang ke UPSI atas tawaran universiti yang diterima mereka.

“Mereka mengadu kepada saya mengatakan mereka belum bersedia untuk datang ke sini (UPSI) dan sebenarnya tidak mendapat maklumat yang lengkap tentang keadaan di sini”,kata seorang peniaga berbangsa cina yang ditemui semalam.

Tambahnya lagi ”setiap hari pasti mereka datang mengadu kepada saya dan sebahagian besar di kalangan mereka ada melahirkan rasa kesal datang ke sini”.

Beliau turut menjelaskan kebanyakan mereka yang datang melanjutkan pelajaran mereka ke sini berasal dari keluarga berada dan tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan dan suasana di sini.

Kesemua pelajar tersebut juga dikatakan mengalami masalah komunikasi apabila kurang fasih untuk berbahasa Inggeris dan hanya menguasai Bahasa Mandarin.

Untuk rekod, UPSI menerima seramai 30 pelajar antarabangsa dari negara China awal bulan lalu dalam satu program pertukaran pelajar antarabangsa.

9 comments:

m!ss teRa said...

menyesal..sebb pe..sbb Malaysia ni miskin ke..pelik la kalau dorng ni org berada atleast pandai la speaking..ni nk speaking pun xleh.. xpuas hati ckp kat org luar plak..cakap la kat org yg bwk die ke sini..nk dtg sini nk kne la wt research pasal U yg dorng nk dtg...so x la menyesal di kemudian hari..aritu sye nk g kelas nmpk la student China ni kne tahan ngn guard..sbb x mematuhi etika pemakaian..guard kat upsi pun pandai speaking die student terpinge2 xpaham pe yg guard ckp...bab baju die plak mmg langsung xsesuai..pakai jeans..baju blakang terdedah..sungguh tak sopan..len kali dtg tempat org tu ikut la adab org..kalau nk up sket lagi pegi la UKM ke UM ke...UPSI kn U pendidikan so student kne la sopan-santun lemah lembut...camtu la..akhir kate...I'm sorry..

Anonymous said...

Pihak tuan yang menulis artikel ini dinasihatkan supaya mendapatkan maklumat sumber pertama (first hand account)dari pelajar-pelajar antarabangsa tentang masalah dan perasaan mereka terhadap UPSI. Anda cuma berbual dan mendapatkan maklumat dari pemilik kedai, oleh sebab itu, amatlah tidak wajar membuat generalisasi kerana pihak yang terlibat tidak dirujuk oleh anda. Kesahihan artikel ini dipertikaikan. Artikel ini lebh menyerupai desas-desus dari fakta. Sila rujuk pelajar-pelajar yang terlibat supaya mereka dapat menerima bantuan dari warga UPSI. Saya, sebagai seorang pelajar UPSI sedia membantu

Sekian
upsi@heart

Tmp 2023 Soon's Blog said...

restoren Easy Corner la tu...... lain budaya org dari China ni......tengoklah dari segi pakaian......

Anonymous said...

yup..kdg2 sy sndri terfikir..in fact da lame sy fikir..bleh ke diorg buat self adjustment kat cni..tp tgk dr segi luaran nye mcm boleh terima..psl pakaian 2 sbnrnye pd fikirn sy sndri xkn diorg nk pakai bj kurung cam kita..tmbhn lg "kluarga berada" dr ngra yg agk bebas..sy xrs mrka akn ikut etika pemakaian yg tlh dtetapkn..n scr jujurnya sy rs..pemakaian mereka ok..
yg pnting kpd smua plajar UPSI ialah..try to make them feel at home..give them support..xsmestinya diorg yg ada kat ngara kita mesti belajar budaya n bhsa kita...y not kita yg blaja mmahami diorg???sy rs itu yg terbaik krn mereka adalah tetamu kita...tetamu UPSI

think!!!

love peace not war=)

Anonymous said...

btul2...
yg tulis artikel ni klu bleh mik dri sumber2 tertentu ye..
brula blh tulis..

Anonymous said...

klu dah tau nk p tmpt org...p la belajaq speaking...

Mr...Mss...Malaysian said...

Ala... klu niat datang dh x betul... susah lah... kita ni kot nak menuntut ilmu, x kisah lah daLAm gua,gunung,sungai & kt mana2 lah... aku thu lah dia org dr kalangan VVVIP .. ni aku amik point sikit kt cite Datin Wan Abe.. nk promot je sikit.. ok2.. kte truskan k.. sbnrnye dia org x tau yg kte nk bg satu pngalaman kt dia org cm na ngan uvsti kte.. keji sgt ke Uvsti kita ni... x kan.... rasanye mkan smua ckup.. kot dh thu nk dtg ni check lah kt web site tntg UPSI..lokasi mcm mana.. x kan lah x leh bdikari..dia org bkn nye budak2 lagi.. smua dh besar panjang.. benda2 mcm tu spatutkan bukan alasan.. klu aku lah dpt twaran.. mmg aku mengkaji dlu tmpat yg aku nk g.. x da tepinga2... pasal pakaian pula..aku x kisah lah..dia org nye budaya kan... lantak dia org lah... nk pkai bju ke.. x pkai bju ke...peraturan tetap peraturan... negra mana yg x peraturan..cuba bt tau... klu x ikut peraturan..hancurlah negara kak oiiiii...tungang langang..

lagi satu pasal bahasa, wktu aku kecik2 dlu prnah gak dok kat Jepun ikut mak ayah keja kat sane, x lama pun 2tahun je... bla dh dok kat sana atomatik kita blajar sndiri.. nk x nak... beli lah satu kamus... guna bahasa yg mudah2 pn x pa.. klu x guna bhasa isyarat.. x pyah pening2 kpala... nk seribu daya x nk sribu dalih...
REnung2 kan lah...

Mr...Mss...Malaysian said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Baguslah tu! Pandai menghukum. Bukannya nak membetulkan. Itulah orang Malaysia. Daripada mufti, pak imam sampai kepada cikgu-cikgu yang kononnya bitara!

Esok kalau anak murid bermasalah sedikit, kita hukum. Lepas tu bila anak murid jadi mat rempit dan mat gian pun kita hukum. Walhal kita tak pernah cuba betulkan mereka.

Saya cadangkan program kaunseling dan subjek bimbingan dan penasihatan ditutup sahaja. Pelajar UPSI bukannya cuba mengaplikasikannya pun.