July 9, 2009

Razik punca KPT halang UPSI hantar wakil ke Ko-SPIN

Tanjong Malim, 9 Julai – Arahan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) kepada Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni UPSI supaya tidak menghantar wakil daripada UPSI ke Kongres Pertama Rejuvenasi Sistem Pendidikan Islam Negara (Ko-SPIN ’09) didalangi Setiausaha Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Mohd Razik Khalid

UPSIkini yang dimaklumkan oleh sumber mengatakan Razik telah menghubungi pihak KPT dan meminta agar KPT membuat arahan kepada HEP supaya tidak menghantar wakil daripada UPSI ke kongres tersebut.

Razik juga dikatakan antara wakil MPP yang menjadi sumber pihak KPT dalam menyampaikan maklumat berkenaan perkembangan di UPSI.

Pro Kebajikan melalui Ketua Penerangannya ketika dimaklumkan tentang perkara ini mengecam tindakan Razik yang bersikap prejudis dan menghalang usaha ke arah memupuk budaya intelektual di UPSI.

“Kita sendiri tak faham apakah kesalahan menyertai program tersebut dan kenapa dia (Razik) bersikap sedemikian sedangkan penganjur program tersebut merupakan sebuah NGO yang sah dan AUKU yang dipinda baru-baru ini pun membenarkan mahasiswa melibatkan diri di dalam mana-mana NGO.

“UPSI seperti yang semua maklum perlu ke depan apabila isu-isu melibatkan pendidikan dibincangkan dan tindakan tidak menghantar wakil ke sana merupakan tindakan yang tidak profesional”, ulasnya.

Tambahnya lagi,”kalau beginilah sikap KPT dan HEP, kita sebenarnya berhadapan dengan masalah yang besar dalam mewujudkan budaya ilmu di kalangan mahasiswa”.

Dalam pada itu, Pro Kebajikan dilaporkan tetap akan menghantar wakil menggunakan nama UPSI meskipun tidak mendapat apa-apa peruntukan ke program tersebut.

“Kita akan tetap menyertai kongres tersebut dengan nama UPSI kerana kita mahu menunjukkan komitmen kita dalam hal-hal berkaitan sistem pendidikan negara dan HEP tak perlu beri apa-apa bantuan kerana kami ada wang rakyat yang dipinjamkan kepada kami”jelasnya.

Kongres yang bakal berlangsung 11 Julai ini bakal menyentuh hal-hal berkaitan sistem Pendidikan Islam yang dilihat kini tidak memberi kesan yang besar kepada pembangunan insan di negara ini.

3 comments:

hanif said...

Tau pun wang rakyat... belajar la betul2. Wat gapo mu nak berpolitik. Bodo mung!

neopentene said...

Wang rakyat...kena la guna untuk rakyat...sertai seminar tuk..untuk celikkan mata rakyat tentang pentingnya Pendidikan Islam bukan sekadar untuk exam, tapi ISLAM diaplikasikan dlam seluruh tatacar hidup. Hanif x nampak ke?? celik luas skit =)

zulkifli said...

hahaha..
mu pong 10x bodo gop hanif..
mu ingt mahasiswa nie maghi u nok ngaji jah ko??

kalu supo mu xpola..
aku pun aktif dgn perkmbangan politik mahasiswa..
tapi resup aku xpenh jatuh pong..