July 1, 2009

Tiada slot bersama BTN, batal malam bintang

Tanjong Malim, 1 Julai – Minggu Suai Kenal (MSK) kali ini sekali lagi membuat perubahan apabila tidak diselitkan slot bersama Biro Tata Negara (BTN) dan membatalkan program Malam Bintang.

Kedua–dua keputusan tersebut mengundang pelbagai reaksi di kalangan warga UPSI dan menjadikan MSK kali ini berlainan daripada sesi-sesi sebelum ini.

Ketiadaan slot bersama BTN antara yang mengejutkan ramai pemimpin mahasiswa di sini kerana slot tersebut adalah antara slot yang diberi keutamaan dalam mana-mana program MSK di universiti-universiti tempatan.

Menurut sumber, keputusan memansuhkan slot bersama BTN pada MSK kali ini disebabkan kesedaran ramai pihak akan keberkesanan dan pengisian slot tersebut yang berbaur politik.

Tambahnya lagi, MSK kali ini juga lebih pendek daripada sebelum-sebelum ini dan akibat ketiadaan ruang masa yang boleh diselitkan dalam tentatif program, slot ini dibatalkan.

Dalam pada itu, program malam bintang dilaporkan batal secara tiba-tiba.Mengulas tentang perkara tersebut, Exco Kesenian dan Kebudayaan MPP, saudara Hanif dipetik sebagai berkata, pembatalan saat akhir program tersebut mempunyai sebab-sebab yang tertentu dan salah satu daripadanya adalah masalah teknikal.

Beliau walau bagaimanapun menolak untuk mengulas lebih panjang kerana tidak mahu kenyataannya disalah tafsir.

UPSIkini juga dilaporkan, slot tersebut dibatalkan atas arahan TNC HEP&A, Prof Dr. Saharudin Abd Aziz, yang mahu program malam bintang dibatalkan bagi menghormati Bulan Rejab dan masyarakat setempat dan kebetulan dijadual pada hari khamis malam jumaat.

Program tersebut yang dijadual berlangsung malam esok turut dikaitkan teguran Naib Canselor, Prof Dato’ Dr. Aminah Ayob berkenaan Malam Bintang sebelum ini yang dikatakan melampau dan tidak membina pemikiran mahasiswa.

Pro Kebajikan yang dihubungi bagi mendapatkan pandangan tentang perkembangan enggan mengulas dan akan membuat kenyataan rasmi dalam masa terdekat.

MSK sesi ini yang bermula pada Ahad lalu dijangka melabuhkan tirainya esok.

4 comments:

Anonymous said...

salam kepada semua pembaca. bukan slot bersama BTN yang dibatalkan tetapi slot Bersama Pemimpin yang dibatalkan dan slot bersama BTN memang tiada dalam jadual MSK. Harap Maklum.

zulkifli said...

hehehe..
ye ker...
upsikini cuba check balik..

tapi seingat saya slot bersama pemimpin lebih kurang join BTN apabila pemimpin yang berucap malam tersebut menafikan kecerdikan mahasiswa.

zaman saya MSK dulu hak untuk menilai dinafikan oleh pemimpin jemputan. ermmm... fikir sendirilah kata-kata saya..

tiganaga said...

Malam bintang lepas khabarnya pemimpin tertinggi mahasiswa pakai mcm pompuan. tergedik2. kakakaka. sebab tu kot??? takot influence pelajar baru. ;p

Anonymous said...

tidak perlu mempertikaikan slot tu wujud atau tak. yang penting adalah sejauh mana kita mempraktikkan slot yg ditetapkan itu benar-benar ke arah kehancuran minda kita atau sebaliknya. kenapa tidak dgr dahulu walaupun sudah terbiasa dgn keadaan sebegitu, mahasiswa skrg ni kan sudah pandai dan BIJAK dalam menilai segala apa ucapan, kata2 or sama waktu dgnnya.