July 20, 2009

Suara Siswa bincang isu PPSMI, Hairie berkemungkinan diketepikan sebagai ahli panel

Tanjong Malim, 20 Julai – Segmen bual bicara ‘Suara Siswa’ yang bakal diadakan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan membawa isu Pengajaran dan Pembelajaran Subjek Sains & Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang diumum dimansuhkan baru-baru ini berkemungkinan tidak mengundang Mohd Hairie Abdullah, Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPSI sebagai ahli panel meskipun UPSI menjadi tuan rumah.

Sebaliknya, pihak penganjur dikatakan akan membawa 2 orang ahli panel luar iaitu Yang Dipertua Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) Universiti Malaya, saudara Ridzuan dan Yang Dipertua MPP Universiti Islam Antarabangsa sebagai wakil siswa. Manakala Naib Canselor UPSI, Prof Dato’ Dr. Aminah Ayob pula dijemput sebagai wakil ahli akademik.

Meskipun isu PPSMI berkait rapat dengan bidang pendidikan yang sepatutnya dibincangkan oleh mereka yang berlatarkan kursus pendidikan namun perkara itu tidak menjadi kayu ukur pihak penganjur.

Menurut sumber, pihak penganjur lebih gemar mengundang mereka yang lebih kritikal dan bijak dalam mengulas isu yang dibincang supaya sepanjang perbincangan, pendengar akan lebih memahami tajuk yang diutarakan dan atas sebab itu pemilihan ahli panel tidak berdasarkan latar belakang.

Perkembangan ini menjadi satu lagi tamparan kepada Hairie sekiranya beliau benar-benar diketepikan sebagai ahli panel yang sebelum ini dikritik ramai pihak apabila kredabiliti dan ketokohannya sebagai wakil pelajar tidak begitu menyerlah sejak memegang jawatan itu sembilan bulan lalu.

Sebelum ini beliau pernah diundang dalam satu program bual bicara namun dikatakan gagal membawa tajuk yang dibincang dengan baik dan hal ini berkemungkinan menjadi punca mengapa beliau tidak diundang sebagai ahli panel pada kali ini.

Program bual bicara ‘Suara Siswa’ dijadual akan berlangsung di Dewan SITC UPSI pada esok, 21 Julai jam 8.00 malam.

4 comments:

Haddy Haswyra said...

Caiyol...asalkan mahasiswa paham tentang keadaan sekarang.

Setiap yang dilaksanakan ada pro and kontra. Ia terpulang kepada Tahap Penerimaan orang ramai.

Anonymous said...

salam...
sekadar luahan rase...
YDP MPP UPSI tak jadi ahli panel sedangkan buat di upsi...knape ye?
aneh dan pelik..slalunya mesti ade wakil pelajar dr upsi..adakah MT MPP UPSI tidak dipercayai kepimpinan mereka? lihat dan renung dalam2... mane suara mahasiswa upsi???

atanjamilselamat said...

Kenapalah di UPSI ini pun sudah mula wujud golongan tertentu yang lebih gemar mengkritik daripada menyumbang idea bernas?ra

riwayataisya said...

dari riwayataisya yang menyepi menuggu ke sem4. bagiku hairie bukan lemah dalam berpengaruh cuma keadaan sebegini yang menyebabkan dia jadi seakan tidak berpengaruh. dalam memimpin pengaruh itu amat penting namun ia bukan perkara utama dalam menguasai agenda kepimpinan. yang penting hairie kau tahu yang baik untuk kau memimpin kami. ingat! jangan hanya kau mendengar masalah kami dan kemudian kau berusaha beribu cara untuk membantu kami yang dipimpin olehmu. sebaliknya kau perlu memahami apa yang perlu untuk kami dan tidak perlu untuk kami. kadang2 pemimpin itu perlu kejam kerana di dalam kekejaman ( bkn penindasan ) itu ada kemanisan untuk kami. salam pemerintahan dan semoga kau berjaya lebarkan sayap mu keseluruh dunia dan selamat maju jaya.

riwayataisya untuk upsi selamanya. amen