July 31, 2009

Semua kolej jalani penyahbersihan kuman esok

Tanjong Malim, 31 Julai – Semua kolej kediaman UPSI akan menjalani proses penyahbersihan kuman secara menyeluruh bermula esok. Proses tersebut dilaporkan sebagai langkah membersihkan setiap ruang di dalam rumah daripada virus H1N1.

Bagi memastikan kebersihan rumah itu berada di tahap yang baik, seluruh ruang dan perabot akan dibersihkan dengan menggunakan cecair klorin.

Antara yang akan dicuci adalah pintu utama, pintu bilik, pintu bilik air, sliding door, tingkap, semua meja dan kerusi, katil, lantai seluruh rumah, balkoni, sinki, kepala paip, tandas dan almari di dalam setiap rumah.

Selain itu, pembersihan ini juga meliputi semua bilik dan pejabat yang berada di kolej kediaman masing-masing.

Kerja-kerja ini akan dilaksanakan secara berperingkat yang melibatkan kerjasama semua kakitangan pentadbiran kolej, Jawatankuasa Mahasiswa Kolej (JMK) dan pekerja pembersihan kawasan yang bekerja di kolej-kolej di sini.

Bagi rumah-rumah yang menempatkan pelajar-pelajar kuarantin pula, proses penyahbersihan kuman tersebut dujalankan setiap hari sebagai langkah mengurangkan penyebaran virus tersebut ke tempat-tempat lain.

3 comments:

Anonymous said...

kalo kami yang tinggal di luar macam mana pulak? ada org upsi nak datang mai bersih ka?

Anonymous said...

jawab sendiri la kawan...sendiri tanggungg

Anonymous said...

sy rsa yg tinggal luar mesti kena caj perkhidmatan klu nak minta bersih...he2...