July 20, 2009

“Saman Harakah kalau tak buat”- Pro Kebajikan

Tanjong Malim, 20 Julai – Berikutan laporan polis yang dibuat Mohd Raimi Rahim, mantan Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2007/08 menafikan bahawa beliau adalah pengirim surat ke Harakah, Pro Kebajikan hari ini mencadangkan kepada beliau untuk menyaman Harakah sekiranya apa yang dipaparkan akhbar terbabit tidak benar dan bukan dari beliau.

Mengulas tentang cadangan itu, Ketua Penerangan Pro Kebajikan menjelaskan, Raimi seharusnya menyaman akhbar terbabit sekiranya kandungan laporan yang dibuat dengan memetik nama beliau sebagai pemberi maklumat tidak benar.

Tindakan menyaman akhbar terbabit akan membolehkan siasatan dibuat dan dibawa ke mahkamah untuk menentukan sama ada apa yang dilaporkan akhbar terbabit benar atau pun tidak.

“Kami di pihak Pro Kebajikan mencadangkan agar beliau ke depan membersihkan nama beliau dan UPSI dengan membuat saman ke atas Harakah dan biar siasatan menyeluruh dibuat sama ada kandungan yang dikeluarkan dalam laporan tersebut benar atau pun tidak”,ulasnya.

“Dengan hanya membuat laporan polis menafikan beliau terlibat dalam menulis surat kepada Harakah mendedahkan perkara terbabit hanya sekadar laporan dan sehingga sekarang kita tak tahu sama ada siasatan telah dibuat atau pun tidak”,tambahnya lagi.

Beliau yang ditemui dalam satu majlis makan malam bersama penyokong Pro Kebajikan turut mempersoalkan apa tindakan yang dibuat selepas Raimi membuat laporan polis berkenaan artikel tersebut.

“Kita sampai sekarang pun tak tahu apa tindakan yang diambil selepas laporan tersebut dibuat, siasatan pun tiada, apa pun tiada, hanya sekadar membuat laporan menafikan dan kita pun tak tahu betul atau tidak kandungan artikel itu”,katanya lagi.

Artikel bertajuk “Presiden MPP UPSI dedah taktik kotor pilihan raya kampus” yang disiarkan akhbar Harakah mendedahkan bagaimana taktik kotor yang dirancang pihak tertentu untuk memastikan calon tajaan mereka menang dalam PRK melalui kiriman sepucuk surat yang dikatakan dihantar oleh Raimi.

3 comments:

Anonymous said...

Penulis ni berhaluan kiri yang sedikit menghasut yang boleh mengakibatkan maruah UPSI tercalar dek kegampangan pelajar-pelajar seperti penulis.

Sebagai guru, anda perlu punya sifat dan ciri guru yang lebih diplomatik dan creative thinking.

Jangan sewenang-wenangnya menghasut rakan atau taulan dengan cara yang salah. Cuba selidiki dulu dan kita boleh berbincang sebelum menghasut rakan supaya menyaman. Itu tindakan desperate namanya.

antiPONDAN said...

Ada saluran,jadi gunakanlah
usah retorik!

betul,siapa pun boleh buat laporan polis.

Anonymous said...

yes i'm agree 100% with both of u