July 14, 2009

Pro Kebajikan cabar SSPR UPSI lapor isu AUDI jadi tempat bengkel BN ke pihak atasan

Tanjong Malim, 14 Julai – Beberapa jam selepas maklumat tentang gambar yang menunjukkan Auditorium Utama digunakan sebagai tempat Bengkel Gerak Kerja Jentera Barisan Nasional, Pro Kebajikan melalui Setiausaha Agungnya mencabar Sakretariat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah UPSI membuat laporan ke pihak atasan.

Menurut beliau, gambar yang didedahkan jelas menunjukkan UPSI pernah memberi ruang kepada parti politik tertentu menggunakan dewan dan peralatan yang ada di UPSI untuk aktiviti politik.

“Gambar itu jelas menunjukkan UPSI pernah memberi ruang aktiviti politik parti-parti tertentu dibuat di kawasan UPSI dan bagaimana ini boleh berlaku?”,soalnya.

“Kami di pihak Pro Kebajikan mahu isu ini dijelaskan dan kami cabar SSPR UPSI segera melaporkan kes ini kepada pihak atasan”,katanya lagi.

Dalam pada itu, beberapa mahasiswa yang diminta mengulas berkenaan gambar tersebut turut memberi reaksi yang sama.

Amin, pelajar tahun dua UPSI yang diminta mengulas perkara tersebut berkata, UPSI tidak sepatutnya memberi ruang dengan sewenang-wenangnya kepada parti politik untuk menganjurkan program mereka di sini meskipun mereka itu parti yang memerintah.

“UPSI tidak sepatutnya memberi ruang kepada mereka (BN) untuk buat program mereka di sini meskipun mereke itu parti yang memerintah negara ini”katanya.

Tambahnya lagi”kita juga nak tahu bagaimana Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Harta Benda (JPPHB) boleh beri kebenaran menggunakan AUDI untuk program tersebut dan perkara ini harus disiasat”.

JPPHB yang berkuasa dalam memberi kebenaran menggunakan dewan-dewan dan premis-premis di dalam UPSI dikatakan antara pihak yang bertanggungjawab dalam isu tersebut.


1 comment:

Anonymous said...

assalamualaikum...

sy tahu isu ini tidak ada kena mengena.tujuan sy menulis druang ini adalah utk menarik perhatian pihak yg berkenaan.

sy ingin bertanya mengenai ptptn bg semester 3 yg masih tidak dimasukkan lg..

sy ada mendengar drp sesetengah pelajar yg bertanya di HEP.mereka mengatakan bahawa terdapat masalah iaitu akaun pelajar semester 3 hilang dan mengatakan ptptn akn dimasukkan pada bln 8 nnti.

sy ingin kn mklumat lanjut berkenaan hal ini dan memohon pihak tertentu mengambil tindakan.
isu ini melibatkan kebajikan pelajar yg terpaksa menuggu lama dan semakin ketiadaan wang. sekian...