dikemaskini 11.00 p.m. -Pengangkutan percuma untuk pulang ke kampung
Pihak pentadbiran UPSI mengumumkan perkhidmatan pengangkutan percuma untuk pelajar UPSI balik ke kampung esok. UPSI menyediakan bas ke tiga destinasi utama iaitu ke negeri-negeri pantai timur, utara dan selatan tanah air. Perkhidmatan akan bermula esok jam 2.30 petang di Kolej Harun Aminurrashid dan Kolej Zaaba. Pendaftaran boleh dibuat di pejabat KHAR dan KZ awal pagi esok.
Ramai kakitangan UPSI dijangka MC esok
Beberapa pihak mendakwa kemungkinan besar ramai kakitangan UPSI akan mengambil cuti sakit esok berikutan arahan kuarantin yang diarahkan Kementerian Kesihatan ke atas UPSI bermula hari ini. Meskipun sebahagian kakitangan dikehendaki hadir bertugas seperti biasa namun kebimbangan dijangkiti jangkitan H1N1 ini pasti mendorong mereka mengambil cuti sakit.
Kereta api penuh malam ini
Tempat duduk kereta api ke utara tanah air malam ini dilaporkan penuh setelah tiket-tiket habis dijual petang tadi. Dianggarkan semua tempat duduk akan dipenuhi pelajar-pelajar UPSI dari negeri-negeri utara seperti Kedah, Pelau Pinang dan Perlis. Di kolej-kolej kelihatan pelajar menunggu perkhidmatan ‘kereta sapu’ untuk ke stesen kereta api dan ada juga yang meminta bantuan rakan.
Saran buat solat hajat
Exco Latihan dan Pembangunan Sahsiah MPP UPSI, saudara Akmal Madzir sekali lagi memberi saranan kepada jemaah surau di semua kolej-kolej kediaman membuat solat hajat khusus untuk mendoakan UPSI segera pulih dari wabak H1N1 dan mendoakan agar mereka yang dikuarantin segera sembuh serta dijauhkan daripada perkara yang tidak diingini berlaku. Beliau dijangka akan berada di Kolej Harun Aminurrashid (KHAR) untuk solat Isyak di sana sekiranya dibenarkan masuk.
Pelajar sudah mula bergerak pulang
Sehingga jam 8 malam tadi kelihatan pelajar-pelajar sudah mula meninggalkan kolej menaiki bas untuk pulang ke kampung masing-masing. Terdapat juga di kalangan mereka yang pulang menggunakan kereta api malam ini. Tidak kurang juga ibu bapa yang datang sendiri untuk mengambil anak mereka pulang.
Makan malam juga disedia
Makan malam untuk penghuni di kolej-kolej kediaman turut disediakan. Pihak kolej meminta semua yang berada di kolej untuk turun mengambil makanan.
Tarikh peminjaman pakaian akademik ditunda
Bahagian Akademik UPSI memaklumkan tarikh untuk urusan peminjaman jubah yang dijadual bermula 3 Ogos bagi pelajar-pelajar yang akan bergraduat Ogos ini ditunda ke 7 Ogos 2009. Urusan peminjaman juga boleh dibuat pada hari Sabtu dan Ahad (8 dan 9 Ogos) bermula jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang. Penundaan ini dibuat selepas UPSI diarah dikosongkan berikutan penularan jangkitan H1N1.
Pelajar dilarang keluar kolej tanpa surat pengakuan
Semua pelajar yang tinggal di kolej-kolej kediaman perlu menjalani rawatan saringan sebelum diberi surat pengakuan bebas jangkitan H1N1. Sekiranya mereka tidak menjalani rawatan tersebut, mereka dilarang untuk keluar dar kawasan kolej kerana gagal menunjukkan surat tersebut. Pendekatan ini dibuat selepas mendapati pelajar tidak mengendahkan arahan kuarantin meskipun UPSI mengumumkan wabak itu sudah menular di sini.
'Kereta sapu' dapat permintaan luar biasa
Perkhidmatan 'kereta sapu' di kolej-kolej kediaman mendapat permintaan luar biasa sejak pengumuman cuti dibuat beberapa jam yang lalu. Kebanyakan pelajar yang menggunakan perkhidmatan ini meminta mereka dihantar ke stesen bas dan kereta api untuk membeli tiket.
Stesen bas, kereta api sesak
Pengumuman cuti yang dibuat UPSI menyebabkan stesen bas dan kereta api di sini sesak dipenuhi pelajar-pelajar UPSI yang mahu membeli tiket untuk belik ke kampung masing-masing. UPSIkini dilaporkan hampir semua tiket bas dan kereta api habis dijual untuk perjalanan hari ini dan esok. Kelihatan juga kenderaan ibu bapa yang datang ke kolej-kolej untuk mengambil anak mereka pulang.
Pemeriksaan kesihatan masih dijalankan di kolej-kolej
Sehingga kini, pihak Jabatan Kesihatan Daerah Batang Padang masih membuat pemeriksaan kesihatan ke atas mereka yang mengalami simptom-simptom dijangkiti H1N1. Beberapa bilik rawatan dibuka di kolej-kolej kediaman dan pihak kolej meminta mana-mana pelajar yang mengalami simptom-simptom seperti demam, selsema,sakit tekak dan sebagainya segera membuat rawatan di bilik rawatan yang dibuka.
Keputusan cuti awal untuk kebaikan semua pihak
Exco Kebajikan dan Kemasyarakatan MPP UPSI, saudara Zulhilmi menjelaskan keputusan memulakan cuti semester lebih awal adalah langkah terbaik untuk menjaga kebaikan semua pihak. Oleh yang demikian, sebarang kesulitan yang dialami berikutan keputusan itu harap difahami kerana langkah pencegahan perlu dibuat bagi mengelak perkara lebih buruk berlaku.
Pelajar yang tidak balik diminta buat pemeriksaan
Pelajar yang mengambil keputusan untuk tidak pulang ke kampung pada tempoh 29 Julai hingga 9 Ogos ini diminta untuk membuat pemeriksaan kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga. Arahan itu dibuat bagi memastikan semua pelajar yang tinggal di kolej kediaman atau di rumah sewa semasa tempoh tersebut bebas daripada jangkitan H1N1.
Arahan kuarantin masih berkuat kuasa
Arahan kuarantin di kolej-kolej kediaman dan setiap pelajar UPSI masih berkuat kuasa meskipun pengumuman cuti dibuat. Justeru, pihak pentadbiran mengingatkan kepada semua pelajar yang menginap di kolej agar tidak terlalu banyak bergerak keluar dan mengelakkan diri daripda berkumpul sebagai langkah pencegahan dan pematuhan kepada arahan kuarantin. Selain itu, pelajar turut disaran untuk memakai ‘mask’.
Kematian ke empat mangsa H1N1 membimbangkan pelajar di sini
Laporan media berkenaan kematian ke empat mangsa virus H1N1 di Hospital Melaka membimbangkan pelajar di sini. Berikutan itu arahan segera pulang ke kampung bagi pelajar yang sihat dan dikuarantin untuk mereka yang disyaki terkena jangkitan harus dipatuhi. Exco Kebajikan dan Kemasyarakatan MPP UPSI, saudara Zulhelmi menasihatkan agar pelajar patuh kepada arahan tersebut dan sentiasa mengamalkan langkah-langkah pencegahan.
Pelajar DPLI turut cuti
Pelajar Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) turut dibenarkan pulang ke kampung masing-masing bermula hari ini. Mereka yang kebanyakannya tinggal di Proton City dan Kota Malim Prima dibenar pulang selepas UPSI mengumumkan cuti sehingga 9 Ogos ini.
Pelajar Sabah & Sarawak mengeluh
Walaupun ramai di kalangan mahasiswa UPSI gembira dengan pengumuman cuti pertengahan semester yang diawalkan berikutan kes H1N1 di sini, tetapi lain pula bagi pelajar Sabah dan Sarawak. Mereka yang telah menempah tiket mengikut jadual asal cuti pertengahan semester yang bermula pada 15 Ogos ini, dikatakan agak kecewa dengan keputusan tersebut.
Masih ramai menerima rawatan di Klinik Kesihatan Tg Malim
Meskipun pengumuman cuti telah dibuat, namun masih ramai pelajar UPSI yang sedang membuat rawatan saringan jangkitan H1N1 di sini. Kesemua mereka merupakan pelajar yang tinggal di kolej-kolej kediaman. Terdapat juga beberapa pelajar yang tinggal di luar kolej membuat menjalani rawatan di sini. Akmal Madzir yang berada di sana menyarankan agar semua mahasiswa sentiasa berwaspada terhadap jangkitan ini meskipun cuti diberikan sebagai langkah pencegahan.
Pengumuman cuti dibuat
Pengumuman berkenaan cuti yang bermula hari ini diumumkan di kolej-kolej. Pelajar berpusu-pusu keluar dari kawasan kolej untuk mendapatkan tiket balik kampung. Teriakan gembira juga kedengaran selepas pengumuman dibuat.
Arahan kuarantin masih diteruskan sehingga arahan baru dikeluarkan
Pihak pentadbiran kolej masih meneruskan arahan kuarantin meskipun dikhabarkan cuti bermula hari ini. Pihak kolej dikatakan belum menerima arahan rasmi berkenaan kebenaran untuk pelajar pulang ke kampung daripada pihak universiti.
Pelajar sihat dibenar balik kampung
Desas-desus cuti pertengahan diawalkan semakin mencapai kepastian. Terbaru UPSIkini dilaporkan semua pelajar yang sihat dan tidak disyaki terkena jangkitan H1N1 dibenar pulang ke kampung masing-masing. Cuti akan bermula pada hari ini 29 Julai sehingga 9 Ogos. Walau bagaimanapun cuti awal semester hanya akan dikira bermula 1 Ogos ini. Kuliah 29 hingga 31 Julai perlu diganti selepas kuliah bermula.
Beberapa program universiti ditangguh
Ekoran kes H1N1 yang semakin mendapat perhatian ramai pihak hari ini, beberapa program universiti terpaksa ditangguhkan. Antaranya adalah Pameran Keusahawanan FPE dan program Anjuran Pusat Islam. Penangguhan program-program ini juga dikatakan berkait rapat dengan cuti pertengahan semester yang dilaporkan akan bermula lebih awal.
Maklumat awal : Cuti pertengahan semester diawalkan
Cuti pertengahan semester akan diawalkan seperti yang dilaporkan UPSIkini sebelum ini. Keputusan mesyuarat bersepakat mengawalkan cuti pertengahan semester berikutan kes H1N1 yang dilaporkan positif terhadap beberapa suspek. Namun, surat rasmi berkenaan perkara tersebut masih belum dikeluarkan.
Mesyuarat selesai, Pengetua kolej akan umum keputusan di kolej masing-masing
Mesyuarat yang melibatkan pentadbiran kolej dan universiti berkaitan terdapat kes H1N1 yang dilaporkan positif di UPSI selesai pada jam 2.30 petang tadi. Pengetua kolej-kolej kediaman bakal membuat pengumuman dan penjelasan berkenaan keputusan mesyuarat di kolej masing-masing.
Pelajar UKLK dakwa dianak tirikan
Beberapa pelajar yang menginap di luar kolej mendakwa mereka dianak tirikan dan tidak dimaklumkan tentang H1N1. Mereka mengadu perkara tersebut di dalam ruangan forum MyPortal UPSI. UPSI sebelum ini mengeluarkan arahan semua mahasiswa mengkuarantinkan diri di kediaman masing-masing.
Jualan ‘mask’ laris
Seorang peniaga di hadapan Kolej Harun Aminurrashid (KHAR) mengambil kesempatan menjual ‘mask’ di hadapan pintu masuk ke KHAR selepas mendapati ramai pelajar dihalang keluar oleh Pengawal Keselamatan untuk mendapatkan ‘mask’ di kedainya. Beliau mendakwa jualan ‘mask’ begitu laris hari ini berikutan berita jangkitan H1N1 mula dijangkiti di sini.
Pengawal keselamatan berang pelajar ingkar arahan
Keadaan di Kolej Harun Aminurrashid (KHAR) sedikit kecoh di depan pendok Pengawal Keselamatan kerana sebilangan pelajar mengingkari arahan kuarantin. Mereka dilaporkan ingin keluar untuk mendapatkan ‘mask’ di kedai berhampiran namun tetap dihalang pengewal keselamtan yang bertugas.
Solat Zohor berjemaah di surau tetap dilaksanakan
Meskipun arahan kuarantin dikuatkuasa hari ini ke atas semua kolej kediaman dan semua penghuni diminta tidak keluar daripada rumah masing-masing, azan Zohor di surau kolej-kolej kediaman masih berkumandang dan solat berjemaah masih dilaksanakan.
Pelanggan Abuya kurang, tidak seperti biasa
Bilangan pelanggan di kedai makan Abuya dilaporkan kurang berbanding sebelum-sebelum ini yang menjadi warung pilihan ramai warga UPSI untuk makan tengah hari. Keadaan ini dikatakan kesan arahan kuarantin yang dikeluarkan oleh pihak UPSI ke atas semua kolej dan penutupan kampus UPSI daripada sebarang aktiviti hari ini.
Masih ramai ambil mudah saranan pemakaian ‘mask’
Pelajar-pelajar yang turun mengambil makanan di kolej-kolej kediaman kebanyakannya tidak mengenakan ‘mask’ meskipun disaran berbuat demikian melalui iklan yang disiarkan media apabila jangkitan ini mula menular di kawasan masing-masing. Rata-rata mendakwa tidak mempunyai 'mask' dan mencari-cari di mana boleh mendapatkan ‘mask’ tersebut.
Prosedur ketat di pintu masuk kolej
Prosedur keluar masuk kolej diperketat dan menyaksikan pelajar tidak dibenarkan untuk keluar sekiranya tiada urusan yang mendesak. Keadaan ini memaksa pihak pentadbiran kolej turun padang dan berada di pintu masuk kolej bagi memastikan arahan kuarantin benar-benar dilaksanakan.
Pelajar kolej ambil makanan guna kupon
Pelajar-pelajar yang menginap di kolej kediaman dilaporkan sedang mengambil makanan menggunakan kupon yang diberikan oleh pihak kolej selepas kaunter mengambil makanan dibuka beberapa minit yang lalu.
Beberapa pelajar ambil tindakan balik kampung
UPSIkini dilaporkan sebilangan pelajar mengambil tindakan nekad untuk balik ke kampung kerana beranggapan tindakan tersebut lebih selamat dan sudah menjangka cuti seminggu pasti diumum berdasarkan beberapa kes serupa di Institusi Pengajian Tinggi dan Kolej-Kolej lain sebelum ini. Mereka juga dikatakan bimbang kehabisan tiket apabila pengumuman cuti seminggu dibuat dalam masa terdekat.
Taman Bahtera turut dikuarantin
Semua penghuni di Taman Bahtera termasuk Bahtera Arked dan Bahtera Teres turut diarah kuarantin kerana berhampiran dengan kedudukan Kolej Harun Aminurrashid (KHAR) dan Kolej Ungku Omar (KUO). Kedai-kedai di Taman Bahtera juga dilaporkan lengang.
2 identiti pelajar positif H1N1 dikenalpasti
Dua identiti pelajar yang dilaporkan antara suspek positif H1N1 dikenalpasti. Mereka adalah Siti Zuraihan dan Mariam, masing-masing pelajar program Pendidikan Perakaunan. Pihak yang memaklumkan perkara ini meminta agar semua pihak mendoakan kesejahteraan mereka.
4 pelajar di KZ pula dilaporkan positif
Maklumat terkini yang diterima UPSIkini mengatakan 4 orang pelajar yang menginap di Kolej Zaaba dilaporkan antara suspek yang positif ujian H1N1.
Kawasan sekitar kolej lengang
Suasana sekitar kolej di sini dilaporkan lengang dan hampir semua pelajar mematuhi arahan kuarantin yang dikeluarkan. Semua pengawal keselamatan dikerah untuk meningkatkan pengawasan keluar masuk kenderaan dan orang awam ke kawasan kolej.
Bas UPSI angkut pelajar di kolej buat pemeriksaan segera
Beberapa buah bas dilihat berulang-alik ke kolej-kolej kediaman untuk membawa pelajar-pelajar untuk membuat pemeriksaan di hospital berdekatan. Kebanyakan yang diminta membuat pemeriksaan tersebut adalah mereka yang mengalami demam dan ILI (influenza-like illness)
Orang ramai turut bertopeng
Orang ramai sekitar Tanjong Malim turut kelihatan memakai topeng (mask) setelah berita mengenai penularan wabak H1N1 tersebar di kalangan orang awam.
Seorang penghuni KHAR antara yang positif
Seorang pelajar perempuan yang menginap di Kolej Harun Aminurrashid (KHAR) antara yang dilaporkan positif ujian H1N1. Pelajar tersebut juga merupakan peserta yang mengikuti satu program di Universiti Utara Malaysia (UUM).
Pentadbiran kolej diminta urus makanan penghuni kolej
Semua pentadbiran kolej kediaman diarahkan untuk menguruskan bekalan makanan kepada semua penghuni kolej masing-masing berikutan arahan kuarantin yang masih berkuatkuasa.
Cuti seminggu berkemungkinan dikira sebagai cuti pertengahan semester
Susulan makluman yang dibuat Bahagian Perhubungan Awam berkenaan pengumuman status cuti seminggu yang dijangka dibuat esok, maklumat terkini mengatakan cuti seminggu berkemungkinan dibuat tetapi dikira sebagai cuti semester sepertimana Universiti Putra Malaysia (UPM) yang mengmbil langkah pencegahan dengan memulakan cuti pertengahan semester lebih awal.
Cuti seminggu : UPSI jangka umum esok
Bahagian Perhubungan Awam (PRO) memaklumkan UPSI dijangka akan mngeluarkan pengumuman sama ada diberi cuti seminggu atau tidak esok. Sehingga kini, pihak UPSI dan Bahagian Kesihatan Batang Padang masih menjalankan kerja-kerja mengenal pasti tahap keseriusan jangkitan ini di UPSI.
Ambil kesempatan solat hajat dan berdoa
Exco Latihan dan Pembangunan Sahsiah MPP, saudara Akmal Madzir menyarankan agar semua mahasiswa UPSI mengambil kesempatan penangguhan kuliah hari ini untuk melakukan solat hajat dan berdoa agar semua warga UPSI berada dalam keadaan sejahtera.
Waktu kuarantin dijangka dilanjutkan
Berikutan maklumat yang dikeluarkan Bahagian Korporat dan Antarabangsa UPSI supaya semua pelajar mengkuarantinkan diri di kediaman masing-masing hari ini sehingga satu tarikh yang diumumkan kemudian, ramai pihak menjangka waktu kuarantin akan dilanjutkan sepertimana lain-lain IPT dan Kolej yang dilaporkan media sebelum ini.
6 pelajar dilaporkan positif
UPSIkini dilaporkan seramai 6 orang pelajar UPSI positif ujian H1N1. Namun pihak UPSI masih belum mengumumkan angka sebenar kes.

21 comments:
CuTi Seminggu Dijadikan Cuti Midsem?? Mgkn bg sesetengah mahasiswa ia adlh sesuatu yg tdak menggembirakan dan mgkn bg sesetengah mahasiswa ia adalah sesuatu yang menggembrakan..yg sudah membeli tket bas or flight utk cuti midsem jd tiket sudah jd 'burn' kalo x dpt tukar..manakala yg gembira itu mgkn dpt siapkn asgmt yg byk2 or g jln2..
Namun, di kesempatan ini, marilah kita kembali berfikir adkah ini sesuatu yg kita jangkakan akn berlaku? tentunya tidak krna ujian n dugaan drpd ALLAH ini dtg bila2 msa...mgkn inilah msanya utk kita bermuhasabah dri utk kembali mengamalkn ajaran Islam iaitu menjaga kebersihan n kesihatan di sekeliling kita...sperti kata Saudara Akmal Mahzir,Exco MPP kita, marilah sma2 kita mengadakan solat hajat supaya diselamatkn n dijauhkn drpd musibah ini..Aminn..
Aku tak setuju kalau cuti yang berkemungkinan diumumkan esok sebagai cuti mid-sem. banyak menyusahkan ramai pihak.
Apa kata kalau mansuhkan seminggu cuti smester. dalam cuti sem dop umah lama2 buat pe.
how about sabah and sarawak ppl?we already bought the ticket back..n is not cheap..how would you settle this??
SALAM, SAYA MEWAKILI PELAJAR YANG AKAN KONVOKESYEN, BAGAIMANA DENAGN KONVOKESYEN NI STILL DILANJUTKAN KER.. SBB 3HB HINGGA 10HB ADALAH HARI UNTUK MENGAMBIL JUBAH DI UPSI MANAKALA 10HB ADALAH HARI RAPTAI KONVOKESYEN.. MCMANA TUUU..
kecewa dengan keputusan yang dibuat..around RM500 burn gitu saja..
salam semua...
pada aku.pihak pentadbir UPSI perlu pkirkan semua pro dan kon segala keputusan yg mereka buat..
kesian kat mereka2 yg dh bli tiket, dpt ke pampasan balik utk mereka semua ni??
hmmm...lucky ak xpnah pkir sal blk umah...
viva 4 JOHOReans
Latest News
MAKLUMAN KEPADA BAKAL GRADUAN ISMP DAN DPLI BAGI ISTIADAT KONVOKESYEN KESEBELAS SIDANG KEDUA OGOS 2009 DAN SIDANG PERTAMA MAC 2010
TARIKH ASAL BERMULANYA PEMINJAMAN PAKAIAN AKADEMIK IAITU 3 OGOS 2009 TELAH DIPINDA KE TARIKH YANG BAHARU IAITU PADA 7 OGOS 2009 BERIKUTAN PENULARAN H1N1 DI UPSI. PEMINJAMAN PAKAIAN AKADEMIK TURUT DIBUKA PADA HARI SABTU DAN AHAD (8 & 9 OGOS 2009) BERMULA PADA JAM 9.00 PAGI HINGGA 4.30 PETANG.
salam..musibah dtg tak dipinta..kenapa masih ada yg nak persoalkan nilai wang ringgit?nyawa atau wang yg lbh pnting?mungkin kita yg blm dijangkiti hanya merasakan kerugian duit sahja, tetapi bagaimana jika kita yg kena?apa pula penyelesaian yg sesuai jika bkn penutupan kampus ni?jika tak bpuas hati atau kecewa, apa pula inisiatf dan cadangan anda?
Salam
Semoga kita sama2 solat hajat dan doa pd ALLAH dijauhkan drpd pnyakit.
Yg sakit disembuhkan..ingatlah ini adalah ujian drpd ALLAH.
Sama 2 kita muhasabah diri.
UNTUK MAKLUMAN ANDA SEMUA.KES JANGKITAN INI BERPUNCA DARI SIKAP LARIKAN DIRI.MAKIN TERSEBARLAH VIRUS.SEKIRANYA DIA ARAHKAN KUARANTIN DI KOLEJ.TINGGAL JE DI KOLEJ.ANDA BUKAN SAHAJA MEMBAHAYAKAN DIRI ANDA TETAPI MENYEBARKAN LAGI VIRUS. UNTUK MAKLUMAN ANDA SEMUA. DI PERAK JE, KES AMAT SERIUS. TETAPI TELAH DISENYAPKAN.
BAGI KES SEKOLAH - SEKOLAH BERHAMPIRAN DENGAN TEMPAT SY PRAKTIKUM, JANGKITAN BERPUNCA DARI ABANG - ABANG SERTA KAKAK - KAKAK YANG ENGKAR PERINTAH KUARANTIN DIRI.
saya nak tanya.. bagaimana dengan student yang tinggal di luat kolej seperti di Proton City untuk membuat pemeriksaan kesihatan? sebab kalau mereka nak keluar ke bandar ini akan mendedahkan lagi mereka terhadap jangkitan H1N1. Saya cadangkan agar pihak yang bertanggungjawab mengambil inisiatif untuk meletakkan 1 kaunter pemeriksaan kesihatan di sini.
udara kat UPSI dah tercemar...
kawan2 slmt bercuti k... jage kesihatan... aku nak balik kg ni...
doakan aku slmt balik & slmt sampai UPSI.... pasal cuti diawalkan semuanya ada hikmah.. so, kita terimalah dengan hati yang terbuka...
UPSI terbilang Mahasiswa cemerlang...
sila dapatkan panduan hadapi selsema babi di
http://www.zaharuddin.net/content/view/852/72/
moga ALLAH menetapkan keyakinan kita terhadap qada' dan qadar-Nya dan mengisafi diri di sebalik hikmahnya.
Di Mesir, semua babi dibunuh utk tujuan pencegahan.
Tindakan yg diambil oleh pihak pentadbiran upsi denagn mmberikan cti terlalu awal kpd para peljar adlah satu tindakan yg bodoh dan tidak bertanggunjawab..Para pelajar seharusnya dikuarantin lebih lama bg memastikan pelajar betul2 bebas drpd virus brkenaan. para pelajar dikuarantin tidak sampai 24 jam. Cba anda bygkan adakah tempoh berkenaan ckup utk pihak kesihatan memeriksa semua pelajar upsi..lu pikir la sendri nak cek 18000 pelajar upsi dlm tempoh kurg drpd 24 jam..Pada pendapat aku tindakan yg diambil oleh pihak upsi adalah utk melepaskan tggungjwab mereka semata2..meringan beban bajet yg perlu ditanggung apabila pelajar dikuarntin..cuba bygkan dengan keadaan dlm keretapi n bas yg penuh sesak..lebih mudah virus ini tersebar...UPSI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB..
by travianspeed kuo
bagaimana dengan cuti midsem pelajar DPLI?
saya mmg x puas ati ek kami pljr sabah n sarawak d anak tirikan ...knp kami x d beri tiket blk sdg kan pljr dr utara, slatan n timur d beri pulak tiket bas free n upsi sndiri yg htr guna bas upsi ...
klu nk kan keadilan jgn r bg free kat depa, kan itu namanya adil. so kami ni yg tggl d kolej ni lg tggi simptom utk mendapat virus tu, ni mmg x adil
prof sha dtg td jenguk kat bus stop kuo..dia tnya keadaan pljr nk blk tu so adakah dia tnya pljr sabah n sarawak so d mana keadilannya kami ni stay d klj lgsung x dfikirkan, d mn ketelusannya itu .... hurmm mmg terkilan sangat ... sdg kan kami d sini berusaha mghadapi virus tu dgn stay d kolej je... mksud aku peratusan kami ni bakal mghidap virus amat tggi .....dah d tmptkan d kolej... lgsung x da pruntukan apa2 tuk kami ...
aku sbgai pljr sabah n sarawak ni rasa terkilan n knp kami x spt budak2 dr utara, selatan n timur d beri pgangkutan atau tiket free blk sabah.. sdg kan ni virus merbahaya blh bawa maut...
hurmm.. KLU LAH ADA PLJR SABAH N SARAWAK NI MATI... SO UPSI KENA BERTANGGUNGJAWAB.............

betul2 tak puas hati sahabat kita ni..hemmm...
Post a Comment