July 31, 2009

Pelajar kuarantin dakwa diberi makanan basi

Tanjong Malim, 31 Julai – Enam pelajar yang dikuarantin di sebuah kolej kediaman di sini mendakwa diberi makanan yang telah basi semasa makan malam semalam. Mereka yang mendakwa perkara tersebut dikatakan antara pelajar yang dikuarantin kerana disyakai terkena jangkitan H1N1 meskipun tidak positif.

Dalam pada itu, pihak kolej yang diadu tentang perkara tersebut menjelaskan perkara itu bukan disengajakan memandangkan 2 orang pelajar yang dikuarantin di sebuah rumah lagi tidak pula mengadu sedemikian sedangkan mereka semua diberi makanan yang sama.

Berikutan itu, pihak kolej tersebut mengambil langkah menyelaraskan masa pemberian makanan bagi semua pelajar yang dikuarantin di sini bagi mengatasi masalah tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, pihak kolej juga mendakwa terdapat beberapa pelajar yang diarahkan mengkuarantinkan diri melanggar arahan tersebut dengan mengambil keputusan pulang ke kampung halaman tanpa pengetahuan mereka.

Sehingga kini, seramai 8 orang pelajar dikuarantin di kolej tersebut yang mana 2 daripadanya disahkan positif manakala 6 lagi mengalami simptom-simptom jangkitan H1N1.

3 comments:

Anonymous said...

harap memberikan berita yang sahih dan jangan sesekali melaporkan berita yang ikut kepala otak sahaja. jgn terima aduan terus tulis kat sini, minta penjelasan dahulu dari pihak yang berkenaan..

P/S : kalau skdr memglamourkan blog ni, anda kena bertanggungjawab dgn apa yang anda tulis..

Anonymous said...

ehem...nk respon sikitla ttg cerita ni.mcm bes je...emm kadang-kadang tu pelik la org ni...bila dibantu tak dihargai...tapi bila tak dibantu hentam sana sini...yg mendengar pula tak tau tahu dari makna dan bercerita tentang bukti...kesian org yg beri pertolongan kat bdk kuanrantin...xkan la sanggup nk bg makan makanan basi kot..emmm renung-renungkanlah yeee wahai insan yang terasa hehehehe

Anonymous said...

emm...seperti menarik saja cerita ini...emm ginila saudara penulis,kalau nk tulis mesti ade bahan buktinya ye dulu jgnla nk terus2 tulis...xbaik bt begitu...kesian pd yg menyediakan makanan tu...yg sakit tu pula jgnla nak pandai komen aje, xda yg sanggup nk jaga awak bila disuspek penyakit tu tau...bersyukurlah dengan apa yang ada ek...renung2 kan selamat beramal