July 6, 2009

Lagi cadangan mansuh SMU

Tanjong Malim, 6 Julai – Isu memansuhkan Sahabat mahasiswa Universiti (SMU) semakin menjadi perhatian ramai akhir-akhir ini sejak Minggu Suai Kenal (MSK) sesi ini dikendalikan oleh Sakretariat Minggu Suai Kenal (SMS).

Terbaru cadangan tersebut sekali lagi disuarakan oleh mantan presiden sebuah persatuan di sini.

Beliau yang menyatakan pandangan itu menyifatkan kewujudan SMU hanya ingin mengasingkan mahasiswa dengan ideologi mereka yang kononnya bersama universiti.

Di samping itu, katanya lagi, SMU juga akan menjadi kelab paling diutamakan dalam segala hal dan sering diberi keistimewaan atas alasan kelab ini bersama universiti.

“SMU sepanjang pengalaman saya tidak lebih sebagai proksi bagi pihak yang mahu meneruskan survival politik mereka dan atas sebab itu mereka diberi layanan istimewa berbanding kelab-kelab lain.

“Ramai menyedari akan hal ini tetapi tak ramai yang berani bersuara dan kali ini saya rasa sudah tiba masanya untuk SMU ini dimansuhkan”,ulasnya.

Dalam pada itu, kewujudan SMU juga dikatakan tidak diketahui oleh Naib Canselor UPSI meskipun SMU mendakwa mereka adalah satu-satunya kelab yang bersama universiti.

“Dalam satu pertemuan dengan Naib Canselor, saya dan rakan-rakan agak terkejut apabila Naib Canselor sendiri tidak tahu apa itu SMU dan apakah tujuan kewujudannya”, katanya lagi.

Tambahnya lagi, “kami bersama rakan-rakan pula terpaksa menerangkan kepada beliau apa itu SMU dan dalam perbualan tersebut kami dapati beliau sebenarnya sama sekali tidak pernah tahu akan kewujudan SMU”.

SMU kini di bawah penasihatnya Muzammil Mahil dikatakan sedang berusaha untuk mendapatkan kepercayaan semula mengendalikan MSK.

4 comments:

Anonymous said...

....wei..jangan nak bohong la....
dalam teks ucapan nc masa JKS handle msk disember ade menyebut pasal smu...nc masa tue tak tau pun JKS yang handle msk...
nak merapu pun..biar betul....
smu dikenali ramai....ramai nak join smu tapi tak berjaya...so envy la atas kepopularan smu..kalo nak tanding ngan smu tanding jer la.....

wann jang said...

salam,
kenapela org yang yg tulis blog ni dengki sgt dengan SMU??adakah anda rasa terancam dengan kewujudan dan kehadiran kami??atau adakah kami benar2 telah menyusahkan hidup anda??kesian aku tengok kat penulis blog ni.bermatian sungguh nak dapatkan sokongan supaya SMU dimansuhkan..glamor sungguh SMU ni.bangga aku menjadi sebahagian daripada org yang glamor..teruskanlah fitnah dan propaganda yang dibuat dalam blog ni..kami di pihak SMU sama sekali takkan terjejas..nak mansuhkan SMU??tidak sama sekali.selagi kami di pihak senior ada, kami akan perjuangkan nama SMU selagi kami mampu..jgn harap kami nak undur diri.teruskanlah menulis ye..anda adalah salah satu cabang publisiti kami.terima kasih..walaupun tulisan anda fitnah semata2, tapi kami tau Allah sentiasa bersama dalam perjuangan kami kerana kami di pihak yang benar...

Anonymous said...

saya sangat setuju ngan wan jang...
smu banyak berbakti kepada universiti dan saya tak nafikan disinio bahawa ade juga pelajar selain smu yang sayang dan berbakti kat uni tapi hanya ahli smu sahaja yang turun padang setiap kali program uni...ini yang menyebebkan smu popular dalam kalangan pegawai hep dan pegawai lain...

Fauzan Razak said...

salam....

Saya ingin memberi sedikit pandangan tentang perkara ini. pertama sekali saya nak memberi sedikit nasihat kepada bloger-bloger yang memberi komen atau maklum balas tentang isu ini, ingatlah kita sebagai bakal pendidik perlulah mempunyai tatasusila dan sopan santun supaya dapat dijadikan contoh kepada insan lain. begitu juga dalam memberi komen, bahasa yang digunakan perlulah selaras dengan diri kita sebagai seorang pendidik. lupakan sejenak berkenaan isu sopan santun ini. pada pandangan saya berkenaan dengan isu minggu suai kenal ini saya agak tidak setuju jika program suai kenal semakin lama semakin bertukar tangan. apasalahnya jika sekiranya SMU sahaja yang mengendalikan program ini. maaf saya katakan begini kerana saya pun nak katakan diri ni tahu sangat tentang perkara ini pun tidaklah. tapi sebagai seorang warganegara Malaysia saya bertanggungjawab memberi pandangan tentang isu ini. alasan SMU sebagai anak emas UPSI tidak releven dijadikan pihak tertentu untuk menyekat usaha SMU membantu universiti dalam mengendalikan pelajar-pelajar baru. keduanya, saya berpendapat sebelum ini SMU lah yang bertungkus lumus dalam membantu mengendalikan MSK. Kenapa hendak ditukar tangan pula? relevennya saya berkata begini ialah jika difikirkan sejenak mahasiswa-mahasiwa yang menyertai SMS (Sekratariat Minggu Suai Kenal, Julai 2009)juga ada yang merupakan bekas ahli SMU. Kenapalah kita nak pening-peningkan kepala menubuhkan Satu badan baharu untuk mengedalikan MSK ini. ada sesuatu yang tidak kena dengan politik kampus UPSI. maaf jika komen ini membuatkan ada yang terasa. ISu ni Kecil je. pandai-pandailah guna akal sebagai seorang pendidik untuk menyelesaikannya. sekian.