July 22, 2009

Kurang membaca antara punca Ain gagal kupas isu dengan baik

Tanjong Malim, 22 Julai – “Mungkin beliau kurang membaca dan tidak memahami isu yang dibincangkan”. Begitulah komen sebahagaian besar pendengar yang mengikuti slot rakaman Suara Siswa di Dewan SITC semalam.

Komen tersebut menjurus kepada Timbalan Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPSI, Nor ‘Ain A. Razak yang tampil sebagai ahli panel dalam segmen Suara Siswa (rakaman) malam semalam.

Beliau yang menggantikan Hairie dikatakan kurang berpengetahuan dan gagal membawa tajuk yang dibincangkan dengan baik.

Rata-rata yang menonton segmen tersebut mengeluarkan komen yang negatif apabila beliau dikatakan ketandusan idea dan hujah dalam mengupas isu yang dibincangkan.

Salah seorang mahasiswa yang mengikuti segmen tersebut, Amirul, pelajar semester akhir UPSI berkata ‘Ain kurang bersedia dan tidak benar-benar memahami tajuk yang dibincang antara faktor yang menyebabkan beliau tidak begitu baik dalam mengeluarkan hujah.

“Saya kira sepanjang beliau bercakap, beliau kelihatan agak kalut dan tidak benar-benar memahami isu dan persoalan yang dilontarkan yang menyebabkan beliau gagal mengeluarkan hujah dengan baik”, ulasnya.

“Saya juga ingin menasihatkan beliau agar membuat ‘homework’ terlebih dahulu, lebih kerap membaca, sebelum beraksi di pentas kerana beliau bukan sahaja membawa imej beliau semasa berucap memberi pendangan tetapi mewakili UPSI secara keseluruhannya dan orang akan menilai tahap kita”,katanya lagi.

Segmen Suara Siswa yang diadakan secara rakaman itu membincangkan tajuk ‘Pendidikan di Malaysia : Ke hadapan atau ke belakang” turut disertai ahli panel dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Islam Antarabangsa.

7 comments:

Anonymous said...

salam...saya turut berada di situ dan saya juga menganggap Ain telah dengan jayanya menunjukkan kepada semua bahawa dia kurang membaca dan tidak berjaya menjawab soalan dengan baik...

مَعهَدين الُمعلمْ said...

yer...
saya pun berada disitu..
saya cukup malu la..
merah muka saya...
kadang-kadang hijau..
haha..

Anonymous said...

itulah MPP pilihan aspirasi..
xder kualiti..
tangkap muat jer..
hancus..malu aku sebagai mahasiswa upsi..sedarlah wahai ain dan barisan mpp aspirasi yg xder kualiti..watper pegang jawatan setakat tahu buat kerja..

Anonymous said...

ape la...
lain kali bace la buku doraemon k, pokemon, ke digimon ke...
bru la manjana minda..

kesian aku tgk upsi,
xabes2 dimalukan oleh geng2 yg cam sampah yg dkatakan memimpin upsi...

AFITI said...

salam..saya nk mmberi cadangan..apa2 forum..lain kali..berilah mandat tersebut kepada saudari Aqilah y sememanganya kita tahu kemampuannya..untuk berhadapan di khalayak..kemampanan idea, pengolahan idea secara kritkal yang mencerakinkan pemahaman secara mendalam itu amat memberi efek mendalam kepada pendengar..untuk berhadapan di khalayak..kejelasan kepada topik perbincangan dan pemahaman mendalam dalam sesuatu topik amat penting..jadilah org penting yang pentingkan ilmu walaupun mandat tugasan itu adalah bekerja untuk mahasiswa dan universiti..jadi, pemimpin kena ada ilmu dan banyakkan membaca..

sekadar memberi pandangan...

Anonymous said...

lebih baik lagi pandai buat kerja daripada pandai bercakap yang dianggap "cakap tak serupa bikin". sama juga membentang asgmen or apa2 je, kalau hebat sana sini bercoleteh , cakap banyak but isi tak ada..hampa juga sebenarnya. so, praktikal lebih baik skdr berckp teori....

Anonymous said...

xpelah.. nak buat cmne.. sekurang2 nya Ain ada semangat utk bercakap drpd diri kita ini yg hnya cakap2 belakang2 aja.. sekurang2 ain ada pengalaman utk berada di hadapan khalayak ramai, drpd kita ini yg dok belakang tabir.. apa2 pn, kpd ain, jadikan ini sbgi panduan n pengalaman, n terimalah komen2 kami ini dgn hati yg terbuka...