July 9, 2009

“Jumpa KPT tanya sebab halang hantar wakil”- Akmal

Tanjong Malim, 9 Julai – Exco Latihan dan Pembangunan Sahsiah, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPSI, Akmal Madzir, berhasrat untuk berjumpa dengan pegawai Kementerian Pengajian Tinggi bagi mendapatkan penjelasan mengapa UPSI dihalang untuk menghantar wakil ke Ko-SPIN.

Beliau yang mengeluarkan kenyataan tersebut berkata “kita nak tahu apa yang sebenarnya menjadi sebab kepada halangan tersebut dan kita juga nak tahu apakah program tersebut dilihat sebagai program yang negatif dari pandangan KPT atau ada motif politik”.

Akmal turut menambah “pertemuan itu mungkin akan dibuat selepas Ko-SPIN berlangsung kerana kita telah nyatakan komitmen untuk menghadiri program tersebut atas nama UPSI meskipun KPT menghalang UPSI menghanar wakil”

Akmal adalah antara ahli MPP yang tidak bersetuju dengan tindakan HEP membatalkan persetujuan untuk menghantar wakil ke kongres tersebut.

Mengulas tentang hasrat tersebut, Pro Kebajikan mencadangkan agar pihak penganjur, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) untuk turut membuat perkara yang sama bagi mendapatkan penjelasan mengapa wakil mahasiswa UPSI dihalang untuk menjadi wakil UPSI ke kongres tersebut.

Terdahulu, UPSIkini melaporkan pihak HEP UPSI menarik semula kebenaran menghantar wakil UPSI ke kongres tersebut atas arahan KPT.

3 comments:

Anonymous said...

Kalo bab2 ni kecoh bukan main lagi..asal ada jer program ada nama Islam ,pastu kalo yang penganjurnya bawak nama Islam,berapi2 nak gi..wahai orang2 yang mengaku memperjuangkan Islam,banyak lagi benda lain boleh buat..mana manifesto kamu?Apa yang kamu dah buat untuk mahasiswa yang mengundi kamu?Kalo kamu rasa pergi program macam ni dah cukup untuk membuktikan kamu berkebajikan,silap besarlah..Buat lah sesuatu yang mampu menunjukkan keupayaan kamu tu,bukannya kecoh benda2 kecil macam ni..ada berani ker di soal di dalam kubur nnt? Mana amanah yang di berikan kepada kamu|Sudahkah kamu melaksanakan tanggungjawab yang di berikan kepada kamu?Jawablah wahai orang2 yang mengaku beriman kepada Allah SWT..

SMU said...

Berikut merupakan beberapa pertubuhan haram yang mesti ditolak oleh mahasiswa iaitu;

1. Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (GAMIS)

2. Front Anak Muda Untuk Demokrasi (FRAKSI)

3. Universiti Bangsar Utama (UBU)

4. Malaysian Youth And Democratic Movement (DEMA)

5. Independen Student Resource Centre (ISREC)

6. Gerakan Mahasiswa Lantang Negara (GMLN)

7. Barisan Bertindak Mahasiswa Negara (BBMN)

8. Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA)

9. Majlis Perundingan Majlis Islam (MPMI: Gamis)

10. Gerakan Mahasiswa Mahsuhkan ISA (GMMI)

11. Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)

12. Food Not Bomb (FNB)

13. University Malaya Association of New Youth (UMANY)

14. Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa India (JKMI)

15. Students For Pro-Democracy (Pro-DAM)

16. Gerakan Mahasiswa Maju (GMM).

Semua pertubuhan yang disebutkan di atas merupakan pertubuhan haram yang ada di kampus hari ini.

Anonymous said...

Salam...bila haram jika buat akan berdosa. Jadi yang ini masuk bab berdosa tak ye?

Pastu ada lagi satu persoalan, NGO yang berdaftar dibawah Ikatan Amanah pun pertubuhan haram juga ke?

Dalam senarai di atas... Gamis pun termasuk pertubuhan haram.

KO-SPIN 09 di anjurkan oleh pertubuhan haramlah jika begitu?

Jadi kenapa tak dicadangkan untuk diharamkan program tersebut?

Saya rasa ada fakta yang tersilap disitu. Jadi cuma nak ajak supaya di check balik.

Sekali bersahabat, selamanya bersahabat...kerana kita bersahabat, jadikan hubungan semakin rapat.