July 18, 2009

Isu Audi bakal dibawa ke parlimen

Tanjong Malim, 18 Julai – Isu Auditorium Utama yang digunakan parti Barisan Nasional (BN) untuk program parti tersebut semakin menjadi tumpuan ramai pihak setelah sekeping gambar yang memaparkan bendera BN dan parti-parti komponennya didedahkan beberapa hari lalu.

Berikutan itu, Pro Kebajikan yang mahu isu tersebut dijelaskan kepada seluruh warga UPSI bakal membuat satu tindakan drastik dengan mengheret isu tersebut ke parlimen.



Dalam kenyataan yang dibuat Ketua Penerangannya selepas satu mesyuarat petang semalam, Pro Kebajikan akan membawa isu ini ke parlimen sekiranya pihak UPSI tidak membuat sebarang penjelasan berkenaan isu tersebut.

Menurut beliau, tindakan untuk membawa isu itu ke parlimen dicadangkan ahli Majlis Tertinggi Pro Kebajikan bagi mendesak pihak Kementerian Pengajian Tinggi memberi penjelasan di dalam dewan.

“Kita akan bawa isu ini ke parlimen sekiranya tidak ada sebarang tindakan yang dibuat sama ada di peringkat SSPR atau pun pentadbiran bagi menjelaskan isu ini.

“Tindakan ini diputuskan setelah melihat kes-kes terdahulu yang hanya disenyapkan tanpa ada sebarang siasatan dibuat seperti kes penyelewengan wang MPP sebanyak RM 36 ribu, kes pendedahan yang dibuat mantan YDP MPP dalam Harakah dan beberapa kes lain yang hilang begitu sahaja”,jelasnya.

Ketika ditanya siapa ahli parlimen yang dipilih untuk isu tersebut diadukan, beliau berkata hal itu hanya akan diketahui apabila ahli parlimen terbabit membangkitkannya dalam parlimen nanti.

“Kepada siapa akan kita adukan, akan diketahui apabila ahli parlimen tersebut membangkitkannya dalam dewan nanti”,katanya.

Pro Kebajikan sebelum ini mendesak SSPR UPSI agar kes tersebut segera dibawa ke pihak atasan namun sehingga kini belum ada apa-apa tindakan dibuat SSPR.



6 comments:

Haddy Haswyra said...

memacam ler kome nie..apa kata korang pikirkan strategi nak tingkatkan prestasi korang jer...ni asyik kritik jer..jadi MPP bukan jadi Majlis Pengkritik Professional

Anonymous said...

aku nampak gambo tapi jadi apa isunye?lau depa tak ada gambo manusia pun? mungkin saja letak nak buat isu? mungkin BN bayar sewa? kalo sewa salah jugak ke?

zulfahmi said...

hahaha...
kalau gitu bagila PAS buat muktamar kat UPSI..
baru adil nk berpolitik kat kampus..
faham UMNgoK???

Anonymous said...

reportlah
kat parlimen..

JAWABNYA

lambatla kau posting.heheh..

mcm dulu2..aku dah kenadah sampai bertahun tak posting..korang tanggunglah nanti..

patutlah upsi nya main campus tak siap2 lagi

antiPONDAN said...

main kampus tak siap sbb kes rm300juta duit beli tanah kat proton

Sultan perak bagi tanah kat Kuala Kangsar kenapa tolak?

paling2 pun kampus yg ada skg ni boleh buat cawangan pulak

Anonymous said...

a'ah ntah2 BN sewa kot audi tu..pe slhnye..plik r korg ni..tu pn nk bwk ke parlimen..byk lg mslh yg blh bw ke parlimen