July 9, 2009

HEP batal hantar wakil UPSI ke Ko-SPIN '09

Tanjong Malim, 9 Julai – Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (JHEPA) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) membatalkan kebenaran menghantar wakil ke Kongres Pertama Rejuvenasi Sistem Pendidikan Islam Negara (Ko-SPIN ’09) anjuran Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) yang akan berlangsung pada 11 Julai ini.

Pembatalan ini dilaporkan dibuat selepas mendapat arahan daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) ke atas UPSI supaya tidak menghantar wakil atas nama UPSI. Namun demikian, sebab-sebab arahan itu dibuat tidak dijelaskan meskipun beberapa wakil Pro Kebajikan menemui pegawai yang berkaitan.

Berikutan itu, ketiga-tiga wakil yang dijadualkan menyertai program tersebut ditarik semula semua peruntukan kewangan dan pengangkutan ke program tersebut. Wakil-wakil tersebut adalah Nur Aqilah Hanis Mohd Yusof , Arif Mohamad dan Adriyani.

Pro Kebajikan yang dimaklumkan tentang perkara ini mempersoalkan rasional tindakan KPT menghalang UPSI daripada menghantar wakil ke program tersebut.

Akmal Madzir yang diminta mengulas tentang perkara tersebut berkata KPT tidak sepatutnya menghalang universiti menyertai program yang berbentuk ilmiah seperti ini tanpa ada alasan yang munasabah apatah lagi terhadap UPSI yang sememamngnya diketahui umum sebagai sebuah institusi pengajian yang melahirkan pendidik.

“Saya secara peribadi terkejut dengan tindakan HEP atas arahan KPT yang menarik semula kebenaran menghantar wakil atas nama UPSI tanpa ada sebab yang munasabah.

“Ini merupakan satu pengkhianatan kepada usaha menggalakkan mahasiswa menyertai program ilmiah dan intelektual”,katanya

“Saya sangat sedih apabila KPT tidak pula menghalang penyertaan dalam program yang melalaikan seperti GEGAR U beberapa tahun lalu tetapi memandang negative pula dengan program ilmiah seperti Kongres ini dengan menghalang UPSI menghantar wakil”, tambahnya lagi.

Beliau yang kelihatan begitu kecewa dengan pembatalan tersebut bertekad akan mendesak HEP menghantar wakil ke program tersebut atas nama UPSI.

“Saya dan rakan-rakan akan mendesak HEP dan KPT memberi semula kebenaran menghantar wakil atas nama UPSI dengan apa cara sekalipun.

“Kami juga akan menghubungi pihak penganjur untuk memaklumkan tentang perkara ini.”ulasnya.

Kongres anjuran GAMIS yang bakal berlangsung pada 11 Julai ini akan diadakan di Auditorium D8 Putrajaya dan dijangka akan dihadiri daripada kalangan tokoh akademik, ahli politik, mahasiswa dan beberapa wakil NGO.

3 comments:

kaki_bloggers said...

Lu pigi sendiri la...apa pasai mau minta bajet sama keleta sama UPSI. Lu tau ka itu GAMIS ape benda? PERTUBUHAN HARAM!!!

Unknown said...

Salam... sebagai pendukung bidang pendidikan saya rasa penting untuk kita tahu program ini... sempatkanlah diri untuk pergi sebagai ilmu tambahan... tak ada yang sponsor pun takpa...

Kongres Sistem Pendidikan Islam '09
Adalah satu usaha GAMIS dalam menjadikan Pendidikan Islam diangkat sebagai peneraju utama untuk menjayakan matlamat sistem pendidikan negara iaitu ke arah pembentukan masyarakat baik dari aspek keintelektualan, moral, fizikal dan lain-lain oleh Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi.


Objektif Ko-SPIN 09

Menilai semula keberkesanan sistem pendidikan Islam yang diamalkan dalam negara. Tujuan untuk menilai pendidikan Islam dalam negara adalah untuk menjadikan pendidikan Islam sebagai tunjang pendidikan. Selain itu, pendidikan Islam juga sudah lama tidak disemak semula melainkan hanya menjalankan wacana tahunan sahaja.

Membetulkan pandang alam (world-view) mengenai pendidikan Islam yang sebenar.

Membentuk satu resolusi bertindak ke arah pentajdidan sistem pendidikan Islam di negara. Maka, Kongres bermatlamat untuk mendapatkan resolusi diakhir perbincangan dan seterusnya diperingkat atasa akan menyemak semula cadangan dari resolusi yang telah diperolehi di akhir Kongres ini.

Maklumat Ko-SPIN 09

Tarikh : 11 Julai 2009

Tempat : Auditorium Muzium Shah Alam, Selangor

Bayaran peserta : RM 20

GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA (GAMIS)
Sekreteriat Ko-SPIN '09, 8-4, The Right Angle, Jalan 14/22, Seksyen 14, 46100 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan
Tel / Faks : 03-79554300
Email : aktivisislam@gmail.com
Website : http://gamisdaily.com http://kongrespendidikan.blogspot.com


Tajaan & Info Ko-SPIN 09
Mana-mana syarikat yang berminat mahu menaja dan mengetahui keterangan lanjut mengenai kongres ini boleh menghubungi:

Siti Nurul Munawirah Binti Mohamad Roslan
0192174025 / nurul_qs@yahoo.com

Nur Farhana bt Omar
0193020905 / hureen_eein@yahoo.com

Admin Blog
0133060894 / aktivisislam@gmail.com
Maklumat Pengangkutan Dan Penginapan
Untuk makluman peserta Ko-SPIN '09, pengangkutan serta penginapan TIDAK disediakan oleh pihak pengurusan Ko-SPIN '09. Walaubagaimanapun, alternatif pengangkutan awam untuk ke tempat Ko-SPIN '09 adalah seperti berikut:

~Stesyen Komuter Shah Alam. Dari tempat ini, peserta boleh menaiki 2 kali bas dengan tambang RM 1 atau boleh juga menaiki teksi dengan harga tidak melebihi RM 7.
~Stesen bas pusat yang terletak di section 17. Perhentian bas yang paling hampir adalah di Kompleks PKNS.

* Auditorium terletak di section 2

zulkifli said...

ini satu sekor lagi bodo punya budak..
sapa cakap gamis tu haram??
ko nie buta la..
hahahha...