July 31, 2009

Dr Safina berang doktor luar lawat pelajar kuarantin tanpa kebenaran

Tanjong Malim, 31 Julai – Pegawai Perubatan Pusat Kesihatan Universiti Pendidikan Sultan Idris, Dr Safina Ahmad Noor semalam berang apabila terdapat doktor daripada luar yang datang membuat lawatan ke atas pelajar yang dikuarantin tanpa pengetahuan Pusat Kesihatan UPSI yang diberi tanggungjawab memantau perkembangan pelajar tersebut.

Beliau yang dimaklumkan tentang perkara tersebut mengatakan pihak luar yang ingin membat lawatan atau sebarang urusan berkenaan H1N1 di UPSI harus mendapat kebenaran daripada Pusat Kesihatan atau pihak pentadbiran UPSI.

“Sebarang urusan berkenaan perkara ini harus mendapat kebenaran di pihak kita terlebih dahulu walaupun mereka itu seorang doktor yang nak buat lawatan biasa”,jelasnya selepas membuat lawatan di sebuah kolej di sini.

Beberapa doktor yang dilaporkan datang membuat lawatan ke atas pelajar kuarantin di sebuah kolej di sini dipercayai doktor dari luar dan identiti mereka juga tidak dapat dikenalpasti.

Berikutan itu, pihak kolej diminta untuk memperketatkan kawalan keluar masuk terutamanya yang ingin membuat lawatan ke atas pelajar-pelajar kuarantin.

3 comments:

Anonymous said...

Disarankan agar pihak upsikini kembali membuka ruangan komen (chatbox) utk dapat lebih byk komen yg telus dari pembaca.

'politik baru' sedia menerima semua pandangan semua pihak.

Anonymous said...

harap rungan chatbox ada semula. tq

مَعهَدين الُمعلمْ said...

harap admin jangan buka lagi ruangan chatbox sebab lebih banyak fitnah2 dan kata-kata yang tidak wajar disiarkan disitu..

ini akan menjatuhkan martabat upsi dan pelajar upsi sendiri sebagai institusi ulung tempat latihan guru..

jangan layan sangat desakan orang lain.
teruskan dengan kecemerlangan upsikini.
Tahniah UPSIKINI..