September 2, 2009

Arif cadang bentang kewangan MPP secara terbuka

Tanjong Malim, 2 September – Exco Akademik & Kerjaya Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPSI, saudara Arif Mohamad hari ini mencadangakan kepada Majlis Tertinggi MPP untuk membentangkan semua perbelanjaan MPP kepada seluruh warga UPSI dalam satu majlis khas.

Beliau yang mengutarakan cadangan itu mahu satu Mesyuarat Agung yang melibatkan semua ahli MPP, Presiden Persatuan, JMK Kolej, dan seluruh mahasiswa UPSI diadakan bagi membentangkan semua perbelanjaan MPP.

Katanya, pembentangan itu perlu kerana mahasiswa berhak untuk mengetahui ke mana pergi wang mereka sepanjang setahun MPP sidang kali ini memegang tampok kepimpinan.

“Saya kira pembentangan kewangan ini perlu kerana ini adalah hak mahasiswa untuk mengetahui ke mana wang mereka digunakan selain membawa satu kelainan dalam kepimpinan kali ini dengan membuktikan ketelusan dalam mengurus tadbir dan menjunjung tinggi amanah yang diberikan mahasiswa”,ujarnya.

Untuk itu, katanya, surat cadangan telah dihantar kepada Yang Dipertua MPP, saudara Hairie untuk dipertimbangkan.

“Saya selaku salah seorang exco dalam kepimpinan MPP telah mengambil inisiatif menghantar surat cadangan kepada MT dan kita harap cadangan ini mendapat respon positif daripada mereka”,katanya.

Ketika ditanya apakah tidak ada dibuat pemeriksaan kira-kira di kalangan ahli MPP sepanjang tempoh lebih satengah tahun memegang jawatan dalam MPP, beliau berkata pembentangan kira-kira ada dibuat tetapi hanya sekali pada awal semester lepas dan tidak ada lagi selepas itu.

“Dulu di awal semester lepas ada dibuat dan seingat saya pada ketika itu akaun MPP mempunyai kira-kira RM 500 000 hasil kutipan yuran RM 80.00 seorang pelajar dan selepas beberapa program dijalankan belum ada pemeriksaan kira-kira dibuat”,jelasnya.

Mengikut kiraan kasar, MPP dikatakan menerima kira-kira RM 200 000 bagi setiap 2 500 pelajar ambilan baru hasil jumlah yuran MPP yang wajib dibayar sebanyak RM 80.00 seorang.

Sementara itu, rakan sejawat beliau, saudari Aqilah yang mengulas tentang cadangan itu menyokong sepenuhnya usaha yang dibuat dan mahu cadangan tersebut direalisasikan sebagai menghormati hak mahasiswa.

“Saya memang bersetuju dengan cadangan itu dan kami di Biro Akademik & Kerjaya bersedia untuk menerima kritikan daripada mahasiswa kerana mereka mempunyai hak itu dan kami sebagai pemegang amanah harus telus dan bertanggungjawab dengan apa yang telah kami laksanakan sepanjang tempoh memegang jawatan dalam MPP”,jelasnya.

Untuk rekod, MPP belum pernah membuat Mesyuarat Agung bagi membentangkan kewangan mereka di khalayak ramai sejak beberapa sesi sebelum ini dan perkara ini menjadi perhatian ramai sejak isu penyelewengan RM 36 000 timbul yang dikaitkan dengan beberapa ahli MPP dan pegawai HEP sebelum ini.

9 comments:

Anonymous said...

yaknyer duit .... pakcik kayo..
biasa duit nie untuk apa yer.... naper mpp yg pegang duit nie.. bendahari upsi buat apa?

Anonymous said...

waw...sy sokong en.Arif...kiter kene tau kat maner duit kiter dibelanjakan...harap2 tiada penyelewengan.....brani nyer student pegang duit byk2....aper plK PERANAN PIHAK UNIVERSITI....mak oooooiii...takut nyer...berat amanah tu...xtergalas deng...hehehehehe

Anonymous said...

arif dah hbs prktikum ker???

exsmu said...

dah disalahguna badan tertentu di upsi

Anonymous said...

abang arif, nasik lemak mcmana, lama xmerasa nasik lemak abang ariff..

Anonymous said...

aku setuju sgt kalo arif dedah benda ni...

Anonymous said...

sokong 500%..
telan duit student ntah apa yg korang buat..
melancong???

Anonymous said...

ermmmm....ada je kan isu yg nak diutarakan....bgs lah wartawan upsikini ni...tak pernah kering idea nak kuarkan isu berkaitan dengan MT MPP...tp kan,knp semua isu yg dikeluarkan tak pernah berkaitan dgn pro kebajikan ye?klw ada pun yg baik2 je....sedangkan byk yg buruk yg berkaitan dgn pro kebajikan ni....cuma org tak tau je...berselindung disebalik tudung labuh dan kopiah...ni lah yg org slalu kata,pakaian tak melambangkan sikap sebenar seseorg.

sayangupsi said...

sokong3!