September 11, 2009

Pelajar DPLI rayu elaun masuk sebelum raya

Tanjong Malim, 11 September – Khabar mengatakan wang elaun pelajar Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah hanya akan dimasukkan ke akaun mereka selepas raya menimbulkan rasa kurang senang pelajar DPLI di sini.

Rata-rata mereka yang memberi respon mengenai khabar tersebut merayu kepada pihak UPSI agar elaun mereka dapat dimasukkan sebelum Hari Raya Aidilfitri yang dijangka disambut pada 20 September ini.

Salah seorang pelajar DPLI yang mahu dikenali sebagai Siti mengadu kepada UPSIkini melalui kiriman e-mel yang diterima, beliau merasa berat hati untuk pulang beraya di kampung kerana ahli keluarganya mengharap beliau dapat membantu keluarga dalam membuat persiapan sempena Aidilfitri ini.

Dalam pada itu katanya, beliau sering risau apabila menjawab panggilan telefon daripada ahli keluarganya yang bertanya bila beliau akan pulang ke kampung untuk beraya bersama kerana bimbang mengecewakan mereka apabila balik dengan tangan kosong.

Tambahnya lagi, meskipun keluarganya tidak meminta apa-apa daripada beliau, namun perasaan ingin membantu sebagai anak sulung dan harapan keluarga merasakan dirinya mempunyai tanggungjawab tersebut.

Sementara itu, berita mengenai bila wang elaun pelajr DPLI akan dimasukkan ke akaun mereka menimbulkan pelbagai maklum balas. Ada pihak yang mengatakan wang tersebut akan dimasukkan pada minggu hadapan sebelum cuti hara raya bermula dan tidak kurang juga yang mendakwa wang tersebut hanya akan dimasukkan selepas hari raya atas alasan pentadbiran.

Namun, pihak Bendahari UPSI yang bertanggungjawab dalam hal ini, sehingga hari ini belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berkenaan perkara tersebut.


15 comments:

Anonymous said...

saya rasa sangat musykil kenapa siti seorang pelajar perlu risau kerana tidak dapat membantu keluarga. logiknya sebagai pelajar siti semesti dibantu oleh keluarga dan bukan sebaliknya.

Anonymous said...

respon kepada comment 1:
sbgai seorang pelajar dpli, sy rasa x semua orang dtg dr keluarga yang berada. pelajar dpli mungkin sebelum ni pernah bekerja dan dpt income setiap bulan..so, bile dah jd mcm ni, diaorg merasakan satu bebanan..org yg x alami semua ni, xkan rasa..cuba kalau kite berada kat tempat siti..ape akan rasa..xkan selamanya nak bergantung harap pada family..ada masanya kita nak bg family rasa apa yg kite dapat..tp, bile dah jd mcm ni, susah nak penuhi semua permintaan org..

dpli/malim prima

mikael said...

haha..ape la susah sgt nk pikiaq..
hang xkan xtau depa ni plajar dpli,
depa ni dh penah bkeja,dh pnh bg duit kt mak ayah..

bila sambung blajaq ni,depa mmg dh ade pjnjian dgn KPM,kan depa kata KPM pn dh ckp sbnrny dh kluaq pn,tp upsi yg belum bg kt depa

kalau hangpa org sng,hangpa xtau apa mksud susah,xpyh na memekik kat sini

org2 susah akan phm..depa bukan jnis perabih duit mak ayah mcm hangpa

Anonymous said...

teman penat dah dengan kome2 yang idak faham2 ni...jenuh beno nak bagi kome faham ye..





insan prihatin mlim prima

Anonymous said...

alo org kaya,sdarla diri 2 slama ni dok mnta duit org tue...x hbs2 time degree,dpli pun nk hrpkn famly.x smu org kat dunia ni mcm ko,apaslhny siti 2 nk ringankn beban fmly dia.mcm ko,m'beratkn lg fmly adala...

Anonymous said...

ade sebablain lagi,,, macam saya.. duit lambat pening gak.. ye la.. pakai kereta.. cmane lau x de duit...

Anonymous said...

tp tngk bdak dpli semua cm berada,,, pakai kereta... x pecaya p taman yang kat belakang klinik nabilah. kat sane semua bdak dpli. mby la pening kepala kalau tiap bulan nak byar keta,

Anonymous said...

tumpang lalu. kalu bukan budak dpli jgn memandai bagi komen. masuk saje tahu!

Anonymous said...

tak tau la nak ckp mcm mn...maklumla, org kaya ni tak pena rasa susah..so, dia tak tau nak berbakti kepada org tua...menghabiskan duit org tua adalah..kepada yang berkenaan tu, isu elaun tak masuk memang memeningkan sebab sebelum ni kebanyakkan daripada pelajar DPLI telah mempunyai pekerjaan dan mampu menyara hidup sendiri, BELI KENDERAAN SENDIRI dan bukan meminta duit mak bapak... so, kepada yang selalu menghabiskan duit mak bapak tu harap sedarla...sudah2lah menyusahkan org tua...

live your life said...

salam.. saya dah tak mengharap lagi duit elaun 2 nak dpt bila coz penat dah... pasal siti 2, biarlah dia nak tlg family dia... dia nak jlnkan tnggngjwb sebagai seorg anak...(tp tngk bdak dpli semua cm berada,,, pakai kereta... x pecaya p taman yang kat belakang klinik nabilah. kat sane semua bdak dpli. mby la pening kepala kalau tiap bulan nak byar keta,)<- isu ini i don't care coz dorg guna kereta x minta duit siapa2 utk beli kan minyak kereta dorg... so juz ignore it...hak masing2 janji x ganggu hidup org lain...

Anonymous said...

x yah lyan sgt ngn bebudak yg x fhm bhsa camtu..aku mse amik degree lu x la sgkek sgt camni.ye la..1mggu msuk sem bru da dpt loan..tp skrg ni...perghhh...nk mtak duit mak bapak pun malu...bkn smua dak dpli berada n ade kete...ade gak yg ssh...so..dak bkan dpli jgn la nk mnyebok..aku rasa kan korang xyah msok campur hal ktorg lg bgs kot...kang ktorg lebey2 ktok korang...korang ckp ktorg kuang ajo...so...diam2 da r...nnti korang rse gak camne rs xder duit...

Anonymous said...

kepada siti, saya ade satu cadangan... kan skrang bulan puasa,, pas ni siti p la pusat zakat daerah,, bg tau masalah siti... jangan malu kalau nak meminta,,, seperti mana meminta dengan KPM. mungkin boleh bantu keluarga siti.

Anonymous said...

yehaa!!!!!!!!!

elaun da masuk...
alhamdulilllah...
boleh la aku balik raye gak taun ni...


blok d
kota malim prima

Anonymous said...

kepada siti,...
check la duit anda di bank islam berdekatan,..
kesian bebenor teman dgr citer kamu..

Anonymous said...

bersyukurlah dengan apa yang ada..
jangan boros lak...
karang duit lambat masuk bulan depa, bising lagi....

kepada pelajar DPLI yang bijaksana,
jangan dengar sangat khabar2 angin dari kawan2 korang yang tak tahu aper2 tue,
lain kali bertanya di saluran yang betul ya,

sekian, berbelanjalah dengan berhemah.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.