September 19, 2009

Hampir semua sudah balik kampung, tinggal pelajar Sabah & Sarawak

Tanjong Malim, 19 September – Hampir keseluruhan pelajar Semenanjung di UPSI dilaporkan sudah balik ke kampung halaman masing-masing pada hari ini. Kesemua kolej kediaman lengang dan hanya kelihatan pelajar-pelajar daripada Sabah dan Sarawak.

Pada pagi ini kelihatan masih ada pelajar yang menunggu bas di kaunter SKS KL Taman Bahtera, Hulu Bernam dan Stesen bas di Pekan Tanjong Malim untuk ke Kuala Lumpur.

Sementara itu, pelajar-pelajar bukan Melayu dilaporkan turut mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung halaman masing-masing pada hari ini.

Bagi pelajar Sabah dan Sarawak, beraya di UPSI bukanlah sesuatu yang asing bagi mereka yang sduah berada di tahun 2. Namun bagi mereka yang masih di semester 1 dan 2, ini merupakan pengalaman pertama mereka beraya di Tanjong Malim.

Pihak UPSI walau bagaimanapun akan mengadakan jamuan Hari Raya untuk meraikan mereka esok di Bangunan Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (JHEPA) jam 9.00 pagi esok.

Di kampus utama, semua pintu masuk ditutup kecuali di pintu utama bagi kenderaan keluar masuk. Unit keselamtan juga dilaporkan akan mempertingkatkan kawalan serta tahap keselamatan sepanjang cuti Hari Raya ini bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak dingini berlaku.

2 comments:

MiSS WaNa HeRMan said...

salam....
ramai juga budak yang tak balik...
budak semenanjung mcm india n cina pun tak balik....


makanan kurang sedap seperti tahun lalu...
makanan pun xcukup sebab dikabarkan hanya untuk 200 org...

bas pulang ke kampus xda...
huhuhuhu....
terpaksa naik kereta sapu....
bas ada melepak kat bus stop kuo...

hari raya sem nie sangat x meriah...

sem lalu ada jugak masak...

pada pandangan saya JMK-JMK kolej@mpp@BAKSIS@BAKSAR yg xbalik raya perlu bekerjasama utk membuat sambutan raya di peringkat pelajar2 yg xbalik...

bukan hanya berharap HEP sediakan makanan...

nak juga rasa makan sabah sarawak ketika raya...baru ada feel hari raya....

nie kalau tgk kolej krg mcm xda apa2...

macam bukan raya....

membuatkan hati lebih sayu mengenangkan keluarga di kampung...

eizan said...

selamat ari raya semua warga upsi...mf zahir batin...