September 28, 2009

Program selepas raya ditangguh, pemerhati anggap petanda PRK sudah hampir

Tanjong Malim, 28 September – Beberapa program selepas raya yang melibatkan beberapa persatuan dilaporkan perlu ditangguh kepada satu tarikh lain, menurut seorang sumber yang memaklumkan perkara tersebut kepada UPSIkini beberapa hari lalu.

Penangguhan tersebut dikatakan berkait rapat dengan Pilihan Raya Kampus (PRK) UPSI yang dijangka diadakan Oktober ini.

Sumber tersebut mendakwa seorang pegawai HEP ada memaklumkan kepadanya bahawa semua program dalaman selepas cuti Hari Raya Aidilfitri berkemungkinan terpaksa ditangguh dan dianggap ramai pemerhati sebagai petanda PRK sudah semakin hampir.

Sebelum ini, UPSIkini melapaorkan tarikh yang dijangka berlakunya PRK adalah pada 10 Oktober berdasarkan maklumat yang diperolei melalui beberapa sumber.

Walau bagaimanapun, pihak Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (JHEPA) masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara tersebut.

5 comments:

مَعهَدين الُمعلمْ said...

Pilihanraya..

Pilih dan raya...
Pilih baik2 sebab di Akhirat nnt akan disoal setiap undi yang kamu berikan...

muallim said...

Angin perubahan sudah berlaku di negara kita apabila pembangkang mula nampak lebih popular. UPSI bila lagi.Kuasa di tangan mahasiswa bukan HEP.

Anonymous said...

Ni sapa yang menang nanti harap tolong banyakkan bus ke campus. duit kami ptptn selalu je xcukup habis kat asaimen.

Mohabar said...

salam...pilih yang terbaik

Anonymous said...

apa kata kita boikot je pilihanraya kampus ni. Dah la satu tahun je. Mcm xda apa je. mcm2 janji diaorang wat tapi banyk x tertunai. Alih2 mpp gak g mkn angin luar negara lepas menang........ Prasarana kurang. kemudahan kurang. Serba serbi kurang. Bagunan xcukup. Bahan asaimen mahal. Duit xcukup. Rasanye nc kot kene tukar................ , Aku rasa baik upsi nin xpayah jadi universiti la. Jadi maktab lagi ok, posting terjamin. xda budak dpli n dapat elaun. Dah la ,malas dah nak fikir.