September 4, 2009

Exco Kebajikan, Aqilah ziarah keluarga Allahyarhamah Norazlina

Tanjong Malim, 4 September – Exco Kebajikan dan Kemasyarakatan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPSI, Mohd Zulhilmi Mohd Noor dan Adriyani Yamin dilaporkan akan menziarahi keluarga mangsa kemalangan maut yang melibatkan seorang pelajar Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) UPSI, AllahyarhamahNorazlina Mohd Noor petang ini.

Kedua-dua Exco MPP itu dijangka akan bertolak ke rumah keluarga mangsa di Bachok Kelantan bersama pegawai Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (JHEPA) UPSI pada jam 5.00 petang ini.

Turut serta dalam rombongan tersebut Exco Akademik & Kerjaya, Nur Aqilah Hanis.

Rombongan yang mewakili warga UPSI itu akan menguruskan penghantaran barang-barang Allahyarhamah dan akan menyerahkan sejumlah wang sumbangan ikhlas warga UPSI.

Sementara itu, Zulhilmi turut memaklumkan kepada mana-mana individu yang ingin menyampaikan sumbangan, boleh menghubungi beliau di talian 019-4605330 sebelum jam 5.00 petang ini.

Jumaat lalu, UPSI dikejutkan dengan berita kematian Allahyarhamah yang maut dalam kemalangan jalan raya semasa dalam perjalanan pulang ke kampung di Kilometer 100 Jalan Kota Bharu-Machang-Grik.

3 comments:

alumni mpp said...

tahniah upsikini..highlight kan berita2 seperti ni..mahasiswa mahu melihat kebajikan mereka dibela wlpn sudah kembali ke rahmatullah..syabas aqilah..syabas zulhilmi...

Rantong said...

Salam takziah kpd keluarga mangsa.
_____________________
View Profile: Rantong™

suaracekgu said...

innalillahiwainnalillahirajiun..
alhamdulillah, kepimpinan pro kebajikan ni mmg alert bab2 menjaga kebajikan mahasiswa/i kan... klu ade slh silap,skit2 tue nak wat mcm mane mereka pun manusia biasa. tp,nampaknya berlaku suatu perubahan yg bagus... harap2 mampu diteruskan dan dicontohi oleh kepimpinan yg lain.. bagi student2 y bermasalah bulehla call di talian careline tue...atau kaunter aduan di library setiap hr rabu..