September 29, 2009

MPP Pro Kebajikan komited mahu AGM diadakan sebelum PRK

Tanjong Malim, 29 September – Ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Pro Kebajikan berpendirian Mesyuarat Agung MPP yang melibatkan seluruh mahasiswa UPSI perlu diadakan sebelum Pilihan Raya Kampus (PRK).

Menurut koordinator MPP Pro Kebajikan, Akmal Madzir, desakan kepada Yang Dipertua MPP, saudara Mohamad Hairie Abdullah masih dibuat supaya melaksanakan AGM ini berikutan tempoh setahun perkhidmatan MPP 2008/09 sudah hampir tamat.

“Sehingga kini, kami masih terus membuat desakan kepada beliau (Hairie) supaya AGM ini diadakan kerana semua pihak sedar bahawa setiap pertubuhan atau badan yang mewakili mahasiswa di sini wajib mengadakan AGM, apatah lagi badan penting seperti MPP”,jelasnya.

Tambahnya,”adalah sesuatu yang memalukan sekiranya MPP yang mengaku mewakili seluruh mahasiswa takut untuk berdepan dengan mahasiswa bagi melaporkan segala perbelanjaan wang mahasiswa dan program yang telah dijalankan setelah mandat diberikan kepada ahli MPP yang dipilih”.

Dalam pada itu, beliau turut berhasrat untuk menjelaskan beberapa persoalan yang ditujukan kepadanya berikutan keengganan beliau meneruskan Pertandingan Tilawah IPTA yang sudah dijalankan sebelum ini.

Sementara itu, kelapan-lapan ahli MPP Pro Kebajikan katanya sudah bersedia dengan laporan lengkap setiap biro yang dipegang untuk dibentangkan kepada mahasiswa di samping jumlah perbelanjaan yang menggunakan wang Tabung MPP.

Ditanya adakah MPP Pro Kebajikan akan mengambil langkah mengadakan AGM tanpa penyertaan ahli MPP yang lain, beliau berkata perancangan tersebut ada dibuat tetapi masih menunggu jawapan daripada YDP MPP sama ada beliau berminat ataupun tidak.

Cadangan untuk mengadakan AGM dibuat beberapa minggu lalu oleh Exco Akademik & Kerjaya MPP, saudara Arif Mohamad. UPSIkini yang membuat undian bagi mendapatkan respon pembaca menunjukkan 92% menyokong cadangan tersebut.

10 comments:

Anonymous said...

cadusss... Kenapalah kowg masih x phm... Mana leh laporan kewangan MPP dibentangkan??? adusss... Yg buat akaun bukan Bendahari MPP, tapi Bendahari UPSI yg jaga akaun amanah pelajar, Bendahari MPP wat pelarasan program ja... Kenapa x phm2? G lah desak HEP supaya keluarkan belanjawan HEP dan MPP, bukan desak Hairie. Akmal kan MPP, x kan x taw bnd nie pon... Opps lupa, office pon x masuk, mana taw prosedur kewangan kerajaan... Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin!!!

Anonymous said...

Hai.. bakal guru pun bodoh sama gak...macam mana anak murid nak pandai nanti kalu guru bodoh.. hahahaha

Anonymous said...

nape xleh??
mana hak kami sbg pljr..
kami nak tau..kemana duit kami disalurkan??
salah ke..

Anonymous said...

hak anda??? adehhh... tuk pengetahuan kowg, duit kowg RM 80 2 kowg dapat pendrive, peruntukan pogram persatuan-persatuan di UPSI, peruntukan program-program besar universiti anjuran mahasiswa. Kan ada peruntukan masing-masing. Duit RM 80 kowg bayar 2, x ckup pon dgn penglibatan kowg di UPSI selama 4 tahun. 2 pon kalo kowg sume aktif lah... Hanya owg yg x penah join pogram sj ja x taw cm mn nk uruskan kewangan dalam persatuan. Adusss... Benda nie kecik jew. kalau cam 2, kenapa Malaysia sendiri x pernah bentangkan kewangan dia. Yg kowg tahu hanya belanjawan, psl perbelanjaan yg sebenar kowg tahu ka??? sama ja konsep nya.

Anonymous said...

ala xkan xleh mintak laporan kewangan kot. Xda AGM ke? Nak tgk gak kemana duit tu dilaburkan. Nak tgk yang peyelarasana yg dibuat pun dah kira ok tuh. Jgn la emosi semacam , seolah olah beli baju g kuliah dgn duit org..........

Anonymous said...

kerajaan pun ada belanjawan tahunan kan. Setiap jabatan kene audit. Xkan upsi xleh........ ai semcm je.

Anonymous said...

hak anda??? adehhh... tuk pengetahuan kowg, duit kowg RM 80 2 kowg dapat pendrive, peruntukan pogram persatuan-persatuan di UPSI, peruntukan program-program besar universiti anjuran mahasiswa. Kan ada peruntukan masing-masing. Duit RM 80 kowg bayar 2, x ckup pon dgn penglibatan kowg di UPSI selama 4 tahun. 2 pon kalo kowg sume aktif lah... Hanya owg yg x penah join pogram sj ja x taw cm mn nk uruskan kewangan dalam persatuan. Adusss... Benda nie kecik jew. kalau cam 2, kenapa Malaysia sendiri x pernah bentangkan kewangan dia. Yg kowg tahu hanya belanjawan, psl perbelanjaan yg sebenar kowg tahu ka??? sama ja konsep nya.

CheguFadh said...

haha..bodoh pun bodohlah..

ini OSA ke??sedangkan stp psatuan pun same gak..kalau mcm tu stp psatuan lbih komited boleh buat AGM dan buat laporan,pembentangan perbelanjaan kenapa tidak MPP??


banyak isu yg semakin menjadi2 dan sekatan perbelanjaan,tetapi lawatan MPP ke luar negara masih spt biasa..

Anonymous said...

banyak la kecik 80 ringit. kalu 100 org dah berapa. ayah hang cop duit ka.

bjw said...

setakat wat program2 untuk juak2 sendiri baik xpayah.. kami sebagai pelajar, yg membayar yuran, nk tau kemana duit tu dibelanjakan, klau utk program, berjaya ke program tu, berguna ke kpd mahasiswa..